mengulit kenangan

semalam, akhirnya aku menjejakkan kaki ke MRSM Kuching. sekolah lama yang meninggalkan banyak kisah dalam hidupku. suasananya masih terasa sama walaupun ada beberapa perubahan berlaku selepas 9 tahun aku meninggalkannya. 9 tahun…wow!

sebenarnya, semalam adalah kali pertama aku menyampaikan ceramah di luar sekolah. entah kenapa aku memberanikan diri untuk meng ‘grab’ kan peluang yang dibuka oleh kak aisyah kepadaku 2 minggu lepas. 2 minggu untuk mendapatkan keberanian bercakap di hadapan orang yang tidak dikenali. aku ragu-ragu, namun demi perkembangan diri dan kerjayaku aku beranikan diri. akhirnya… tempoh 2 minggu aku kumpulkan kekuatan itu akhirnya kulepaskan selama 2 jam di MRSM Kuching. aku mengakhiri ceramahku dengan rasa lega.

nak balik…sempat berbual dengan kak aisyah tentang dia. huhu…dalam gelak ketawa, aku menyembunyikan kehancuran hatiku apabila mendengar berita yang dia akan berkahwin dengan orang lain tidak lama lagi. sedihnya! aku hanyut lagi dalam kesedihan.

sampai di rumah, aku berlagak seperti biasa walaupun hakikatnya aku sedang bersedih. untuk cuba lupakan perasaan ni, aku pun mula mengingat kenangan-kenangan di zaman sekolah menengah. sekurang-kurangnya tak la aku fikirkan sangat tentang dia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s