rasa bersalah

just nak share rasa bersalah yang kualami sekarang ni. cuti tahun baru cina…aka beberapa hari lepas, D datang ke kuching untuk bertemu denganku. mulanya, aku rasa gembira kerana keikhlasannya sanggup datang dari jauh semata-mata ingin berjumpaku. ketika itu, kurasa aku bersedia untuk menerima dirinya seadanya.

pagi pukul 7 dia menghantar mesej kepadaku mengatakan dia sudah berada di terminal bas ekspres dan sedang menungguku di sana. aku membangunkan adikku dan mengajaknya menjemput D. sampai di terminal, aku mencari-cari D dari dalam kereta. adikku lah yang lebih dulu melihatnya. dan apabila dia muncul… ADUH! aku hanya mampu menggelengkan kepala. tidak mampu berkata apa-apa lagi. ternyata, dia itu sangat rendah. dan aku langsung tak dapat menerima kekurangannya itu. akhirnya aku hanya mendiamkan diri dan sesekali menyampuk perbualannya dengan adikku walaupun kurasa sangat kekok sekali.

sampai di rumah, kenalkan dia kat bapak. lepas tu tinggalkan dia, dan aku menyibukkan diri di dapur. entah kenapa aku rasa seolah-olah tak ingin bercakap dengannya dan mahu dia segera keluar dari rumahku dan meninggalkan aku secepatnya. Ya Tuhan….

nanti sambung lagi. tak boleh nak continue plak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s