headcount a.k.a kira kepala

saje letak title macam tu. sebenarnya baru je siapkan laporan ‘headcount’ peperiksaan UPSR untuk tahun ni. rasa lega sikit sebab benda ni dah buat hidup aku miserable sejak minggu lepas lagi. sebabnya, aku kena beri tumpuan sepenuhnya kat benda ni dan kena belajar perlahan-lahan, bimbang tersilap memasukkan data yang diperlukan. dan sistem ni plak agak complicated dan rumit. kalau bukan jenis orang yang sabar, agak-agaknya meletup laptop dibuatnya [macam la aku ni penyabar sangat] mana taknya, lepas key in semua markah individu calon UPSR Tahun 2007 hingga 2009, tiba-tiba bila buka balik, semua data tu hilang. kosong semula. bengang betul aku rasa sebab dah buang terlalu banyak masa kerja dan masa tidurku.

memang susah juga nak buat benda yang kita tak pernah buat apatah lagi bila benda tu baru pertama kali kita tengok dan jumpa. tapi semua ni perlulah dilihat dari sudut positifnya. jangan hanya tengok pada perkara negatifnya sahaja. sebenarnya banyak yang aku pelajari. satu, mengira prestasi murid-murid dan menentukan potensi yang ada pada diri mereka; dua, menguji setinggi mana tahap kesabaran yang ada pada diri aku sendiri; dan ketiga, menambahkan kepercayaan bos-bos terhadap kemampuanku melaksanakan apa jua tugas yang diberikan.

so, itu saja luahan hati untuk waktu ni. nak sambung buat kerja yang lebih penting dan menarik pulak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s