please come back to me

minggu ni kurasa amat sukar sekali untuk bernafas. beban kerja kian bertambah. rupa-rupanya susah juga jadi SU Peperiksaan. banyak buat analisis dan guna aplikasi-aplikasi dan sistem-sistem yang sangat canggih dan memeningkan kepala. namun kesibukan ni sedikit sebanyak mengurangkan tekananku di rumah. konflik dengan dia juga mungkin boleh dikira langsung tidak ada.

tapi, masalahnya sekarang…kesibukan ini membuatkan aku lupa janjiku untuk memberikan jawapan kepada seseorang. hari isnin yang lepas, aku ber ‘chatting’ dengan pakcik. seperti biasa, dia pasti bertanya aku rindu tak kat dia. dan seperti biasa, aku takkan mengakui perasaanku yang sebenar terhadapnya. aku tidak mahu hatinya berubah. dia sudah jadi suami orang.

<pakcik> ko bila gik nak nikah?

<aku>belum gik. lamak gik kali

<pakcik>ney aku dengar ko dah ada calon

lama aku terdiam. berfikir, harus ke aku berterus terang dengan dia tentang statusku sekarang?

<aku> sik jadi

<pakcik>mun camya, ko nikah ngan aku jak.

terbeliak mataku membaca ayat di skrin laptopku. itulah impian yang pernah singgah di hatiku satu masa dulu. hidup bersamanya, menjadi pendampingnya. namun, impian itu sudah kupadam dan memori tentangnya sudah mula kulupakan sejak mengetahui dia akan berkahwin pada hujung tahun lepas. aku frust menonggeng, berendam air mata beberapa hari gara-gara itu. kenapa baru sekarang dia menyatakan kata-kata itu? kenapa tidak ketika dia masih belum menjadi milik orang lain? akhirnya, aku menguatkan hati untuk menganggap kata-katanya itu sebagai gurauan.

aku ‘mengutuknya’ kerana ada hati ingin berkahwin dua. dia menjawab, tak salah kerana itu sunnah nabi. aku pun berterus terang dengannya yang aku tidak dapat menerima poligami. aku paling benci poligami! kemudian, dia memaksaku mengaku bahawa aku rindukannya. dia juga mengaku dia merinduiku.

aduh…sakitnya bila mengingat perkara yang dibualkan semasa chatting tu. katanya, dia mahu memberikanku kasih sayang. jadilah kekasihnya dan dia akan memberikanku kebahagiaan. memberikan cinta yang tak sempat diberikannya satu masa dulu. dia mahu menjadi kekasihku sehingga aku menemui insan yang benar-benar mencintaiku. setelah itu berlaku, dia akan mengundurkan diri.

alangkah mudahnya berkata-kata. aku jadi emosi. kukatakan padanya, aku letih bercinta. bahagia hanya sementara dan di akhirnya pasti akan terluka.

dia kemudian mengingatkanku tentang kata-katanya suatu masa dulu, “kalau kau sakit, aku juga akan merasa sakit. kalau kau sedih, aku juga akan merasa sedih.” bagiku, apa yang dikatakannya hanyalah sekadar pemanis bibir. kalau benar dia dapat merasakan kesakitan yang kurasakan, kenapa dia kahwin dengan orang lain? kalau dia benar dapat merasakan apa yang kurasa, kenapa dia tidak merasakan perasaan cintaku terhadapnya?

Ya Allah…sedihnya aku rasa sekarang. Jap lagi, mesti hujan turun lagi. kenapa begini akhirnya???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s