my confession

stress sejak kebelakangan ni. actually, bukan pasal kerja sebab bagi aku bebanan kerja dah jadi macam nasik dan lauk dalam kehidupanku sekarang ni. aku rasa tertekan dengan wujudnya ‘partner’ yang sentiasa mendesak aku untuk mencapai impian. memang niatnya baik tapi…aku rasa apa yang perlu aku lakukan untuk mencapai impian tu tak sama seperti apa yang kumahu. jalannya terlalu complicated, frigthening dan need hardwork which is i’m not capable to do it. today untuk pertama kalinya aku mengaku yang aku telah terjebak dengan sebuah kelab elit yang menjanjikan pulangan wang yang sangat lumayan.

terus terang aku menyesal terlibat dengan hal ini. kerananya aku terpaksa menanggung hutang yang banyak mungkin – untuk seumur hidupku. silapku kerana terpesona dengan janji-janji manis dan angan-angan indah yang dibentangkan ke depan mataku. apa yang kufikirkan ketika itu ialah, aku ingin menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang anak sulung yang mampu memenuhi keperluan kewangan keluarga. sekarang, hasilnya ialah aku hanya mampu memberi sedikit sahaja wang kepada keluarga gara-gara gajiku yang dipotong akibat meminjam wang dari bank untuk membayar keahlian memasuki kelab tersebut.

selain tidak dapat membantu memperbaiki taraf kewangan keluarga, aku juga telah beberapa kali terpaksa berbohong kepada ibu bapa kerana ingin keluar menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh kelab – tujuannya agar aku dapat mengajak rakan-rakan menyertai kelab itu. sekali lagi, aku terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membiayai mereka namun hasilnya hampa kerana tiada antara mereka yang keluar denganku ingin menyertai kelab sebaliknya hanya ingin berseronok dan memikat hatiku. tapi yang paling aku kesalkan ialah bila partner ku menganjurkan agar aku menggunakan daya tarikanku untuk memikat lelaki agar mahu menyertai kelab itu. aku benar-benar MENYESAL!

sekarang, apa yang ingin aku lakukan ialah…aku ingin menjauhkan diri dari mereka. aku merasa keberatan terpaksa mengorbankan wang dan kepercayaan keluarga terhadapku semata-mata ingin mendapatkan wang yang lebih banyak. kurasa pengorbanan yang telah kulakukan selama ini tidak berbaloi langsung! biarlah aku mencari sumber rezeki lain yang halal, yang mampu menampung kehidupanku tanpa perlu aku merendahkan martabatku.

aku letih asyik didesak melakukan perkara yang aku tidak suka. sekarang aku semakin sedar bahawa ada banyak cara untuk mencapai impian dan yang paling penting sekali, impian haruslah dicapai menggunakan cara yang menyenangkan hati, bukannya dengan adanya desakan dan tekanan. i want to get out of this problem and still thinking the right time to walk out of it. Allah, please give me strength and good health to face all this problem.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s