sedih…lagi

actually not in a good condition right now. mata bengkak lepas nangis semalaman. macam-macam hal berlaku dalam satu hari ni. tak tahulah kenapa mudah sangat air mata ni jatuh padahal aku dah kuatkan hati agar terus tabah hadapi cabaran hidup ini.

sedih kerana tiga perkara

1) konflik dengan mak – malas nak cerita kenapa. tapi aku tahu memang aku salah. aku degil dan tak dengar cakap

2) rasa bersalah kat dia sebab dah banyak susahkan dia kerana kedegilanku ini

3) terlalu rindukan F. ini adalah consequence (1) dan (2).

sebenarnya, hari terakhir bulan ramadhan aku ajak dia keluar berbuka puasa sama-sama. mana la tau lepas ni dah takde peluang nak berbuka puasa sama-sama lagi. walaupun aku tahu, dia sedang kawal bajet tapi aku nak jugak keluar dengan dia. aku ingat, nak belanja di makan di Mc Donalds sebab dia cakap dia ingin nak makan bubur kat situ.

bila mak tahu, aku nak keluar dia marahlah. sebab esok nak raya, aku sibuk nak keluar jugak tak nak tolong orang berkemas kat rumah. mengenangkan janji yang dah dibuat dengan dia, aku berkeras nak keluar. makin la mak marahkan aku.

jumpa dia…hari hujan. aku pesan dia bawak payung sebab takut dia basah. bila sampai, rupa-rupanya dia berdiri dalam hujan. sedih aku tengok keadaan dia. then, mula cari tempat untuk berbuka. pergi ke McD batu 3, full…tempat-tempat lain pun sama. akhirnya masuk waktu berbuka pun kami masih dalam kereta lagi. dia pun cakap, kawan-kawan dia kalau tahu nak berbuka di luar pukul 4 dah keluar. aku tahu dia rasa kesal sebab aku lambat dan akibatnya kami lambat berbuka. kan tak elok melambat-lambatkan waktu berbuka.😦

akhirnya berbuka di Sugar Bun Tabuan. kena tunggu lama lagi, dia suruh aku duduk dekat meja. meja tu pulak orang baru tinggalkan dan masih berkemas. aku panggillah budak yang bekerja tu suruh bersihkan tapi budak tu cakap hold dulu. dia p kemaskan meja lain dan beberapa kali, meja tu dilimpas nya je. macam mana la aku tak marah! terus muka ku berubah masam. tak suka orang yang kurang ajar macam tu. kalau lelaki minta, cepat-cepat je dia buat. last-last kami pindah ke meja lain.

balik, aku rasa sedih sangat. tak dapat nak berbual sangat dengan dia. dia pun sibuk layan SMS raya dari kawan-kawan. last-last kami diam je sampai ke depan kem dia. macam biasa, sebelum dia keluar aku kena cium tangan dia. dia pegang macam tak nak lepaskan tanganku. tiba-tiba dia sentuh pipi ku. huhu…tahan tangisan. sedihnya! sebelum keluar, dia pesan jangan pandu laju-laju dan beritahu kalau dah sampai di rumah. aku hanya mampu mengangguk.

dalam keta, mula nangis. huhu..napa la aku macam ni….

sampai umah, orang umah tengah sibuk mengemas. aku terus masuk ke bilik. solat isyak dan jamak maghrib dan terus berkurung dalam bilik. lepas solat, tiba-tiba F hantar mesej. tangan ni gatal plak nak call dia. ingin nak luahkan kesedihan ni kat dia tapi, aku tak mampu. akhirnya aku cakap je aku hanya nak dengar suara dia je. lepas tu talian terputus.

baca Quran sampai mengantuk. tidur.

sampai hari ni, aku masih rasa sedih kenangkan F. dah takde harapan lagi dekat dia. sebab aku terbaca kat facebook, dia nak ke rumah bakal mertua raya ni. huhhuhhuhuhuhu…nangis sampai bengkak mata. terpaksa redha atas apa yang berlaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s