sakit jiwa sakit

agak stress sejak akhir-akhir ni. hm, bila ada masalah je, mesti ada je post terbaru kan? rasanya, inilah tempat yang paling sesuai untuk luahkan isi hati aku yang tak dapat nak diluahkan kepada sesiapa pun. ada beberapa perkara yang membuatkan aku agak tertekan.

1 – kerja

perasaan tak puas hati terhadap bebanan kerja di sekolah membuatkan aku hilang motivasi untuk bekerja. mula dari minggu peperiksaan yang lepas aku rasa diriku semakin tak dihargai. minggu tu, ramai betul cikgu yang tak hadir ke sekolah. ada yang berkursus, mesyuarat dan ada juga yang bercuti. jadi, seperti biasa, aku la yang kena sit in untuk orang-orang yang tak hadir tu. nak dijadikan cerita, namaku diletak dua kali di waktu yang sama di kelas yang berlainan. cuba bayangkan macam mana aku nak jaga dua kelas yang berlainan dalam satu masa? bingung, aku bertanya pada cikgu-cikgu yang ada di bilik guru yang mahu menggantikan aku menjaga kelas yang satu lagi tu. sedih dan kecewa bila ada satu suara yang merungut dia dah terlebih masa menjaga kelas. aku tergamam. selama ni, aku tak pernah merungut kalau diberi sit in kelas yang banyak padahal kerjaku sendiri masih banyak yang perlu diselesaikan demi untuk  membantu mereka. sekarang bila aku menghadapi masalah, macam tu pula rungutan yang dikeluarkan. rasa ingin menangis, namun aku tahu tak ada maknya menangis di hadapan orang-orang yang tak berhati perut seperti itu. syukur, di saat akhir seorang ustazah lain mahu membantu. jangan ingat aku akan lupakan perkara yang telah berlaku itu sebab aku akan ingat perkara ni sampai bila-bila! mujur juga, lepas minggu peperiksaan aku lebih banyak keluar dari sekolah untuk menghadiri bengkel dan mesyuarat. tapi bila dah balik ke sekolah, banyak pula kerja yang menanti. rasa letih sangat.

2 – orang rumah

macam biasa, jenuh menghadapi sikap orang yang suka berleter dan mencari kesalahan orang lain. kadang-kadang, tak pasal-pasal meradang menghentak-hentakkan barang, bercakap kasar dan kadang-kadang mendiamkan diri tak layan orang tengah berbual dengan dia. memang aku rasa terlalu fed up dengan orang yang bersikap macam tu!

3 – cintaku

malas nak cerita. sakitkan ati je. memang dah macam chipsmore. muncul bila perlu aku tapi hilang sebelum dan selepas tu. apa lah nasib badan malar jak nemu orang macam ya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s