kalaulah awak tahu…

awak…

dah masuk tahun 2011. sedar tak sedar, dah hampir 2 tahun kita kenal. dah macam-macam peristiwa dan kejadian kita lalui bersama. susah senang, sedih gembira, tawa dan tangis…semuanya menghias kisah kita selama hampir dua tahun ni…

awak…

pertama kali kita kenal, saya tak tahu pun rupa awak macam mana. awak selalu telefon saya tak kira awak ada kredit ke tidak. kalau awak tak ada kredit pun, awak call saya guna telefon awak dan awak cakap, awak tak kisah kalau bos marah. yang penting bagi awak, awak dapat berbual-bual dengan saya.

25 Jun, kita buat janji temu di spring… wah, jantung saya berdegup sangat kencang tak tahu kenapa. yang pasti, saya tak sabar nak jumpa dengan awak. bila saat-saat pertemuan hampir tiba, saya rasa tak mampu nak berjalan. badan saya mula keluarkan peluh dingin…saya sangat nervous. mungkin saya bimbang awak tak dapat terima saya. mujur ada kawan temankan saya jumpa awak, jadi dia dapat bantu saya tenangkan diri.

8.30 pm, kita akhirnya bertemu di sebuah pondok di depan spring. waktu tu, awak pakai baju belang merah putih. saya pula kenakan baju lengan panjang warna hijau gelap. kita sama-sama malu. mujur ada teman yang menjadi penghangat suasana. sumpah, lidah saya kelu melihat awak untuk pertama kali. tak sampai setengah jam bertemu, kita berpisah. Hati saya rasa berat untuk lepaskan awak tapi saya hanya mampu mendiamkan diri. setelah berlalu, awak kirim SMS minta saya pulang awal ke rumah. leganya saya kerana walaupun masih ragu, saya rasa awak dapat terima saya.

awak…

lepas tu, kita selalu bertemu. ada saja alasan yang dibuat agar kita dapat bersua muka. masa tu, awak sanggup temankan saya ke mana saja, walau sekejap, walau jauh, yang penting kita dapat berjumpa. saya ingat lagi kita dan kawan awak ke kota samarahan semata-mata nak belikan saya jam tangan. masa perjalanan balik, curi-curi awak pegang tangan saya dan tiba-tiba awak sarungkan cincin emas ke jari manis saya. saya rasa terharu sangat sebab awaklah orang pertama yang hadiahkan cincin kepada saya.

awak,

cinta kita telah diuji berkali-kali. keluarga saya tidak suka saya berkawan dengan awak kerana pekerjaan awak. walaupun mereka tak suka, saya tetap suka awak sebab saya yakin awak tak seperti yang mereka sangkakan. saya tetap percaya awak seorang insan yang baik. tapi, kehadiran seseorang telah berjaya memisahkan kita. dia mengambil hati ibu bapa saya dan memaksa saya menerimanya dengan mengugut ingin bunuh diri. maafkan saya kerana terpaksa memutuskan hubungan kita walaupun hati saya terlalu sayangkan awak. awak pula, menerima keputusan saya dan sanggup melepaskan saya kerana tidak mahu saya dimarah oleh ibu bapa. jujur, saya kecewa dengan reaksi awak. kenapa awak tidak mahu pertahankan cinta kita? kenapa awak mengalah tanpa berjuang untuk mendapatkan saya? tidakkah awak tahu betapa hancurnya hati saya mendengar reaksi awak?

awak tahu tak, bagaimana saya melalui hari-hari saya tanpa awak? tiap-tiap hari saya nangis bila lalu kat tempat awak keja. tiap-tiap saat saya renung cincin emas yang awak bagi pada saya. tiap-tiap detik saya ingat saat-saat pertemuan kita. sakit sungguh rasa hati saya setiap kali kenangkan awak. akhirnya, saya membuat keputusan untuk putuskan hubungan dengan dia. saya nekad untuk jalani hidup ini sendirian. saya bimbang awak tak mahu terima saya lagi kerana tindakan saya meninggalkan awak.

awak…saya tak dapat tipu perasaan saya yang terlalu cintakan awak. saya sangat rindukan awak. akhirnya, saya tebalkan muka kirim SMS kepada awak. saya ingin sangat tahu tentang diri awak. bila awak balas SMS saya, saya rasa bersyukur sangat. rupa-rupanya, awak juga tidak dapat melupakan saya. diam-diam, kita jalinkan semula hubungan kita. dan hidup saya kembali ceria…bagi saya, awaklah sunshine yang telah kembalikan sinar hidup saya.

rupanya, begitu banyak dugaan yang harus kita tempuhi. sekali lagi kita berpisah. sungguh, saya rasa terseksa sangat walaupun tahu, ia adalah untuk kebaikan saya. awak tidak mahu saya terus-terus dimarahi kerana berkawan dengan awak. walaupun berpisah, awak mahu saya terus hubungi awak sebagai seorang adik. saya penuhi permintaan awak. bermacam-macam peristiwa buruk menimpa saya. hidup saya jadi tak menentu dan diselubungi awan hitam. hampir-hampir saya menjadi pembunuh kerana hilang fokus semasa memandu. tiap-tiap hari saya turun kerja dengan mata yang bengkak. berat badan saya pun turun mendadak. saya asyik rindukan awak.

masa terus berlalu…tanpa sedar, kita jalani semula hubungan kita sebagai pasangan kekasih. kita terus mencipta kenangan-kenangan indah yang tak mungkin dapat saya lupakan untuk selamanya sepanjang hidup saya.

2010…genap setahun hubungan kita. tapi, awak langsung tak ingat tarikh tu. hari jadi saya pun awak lupa. awak semakin sibuk dan jarang hubungi saya. ada ja alasan awak untuk mengelak dari berjumpa saya. awak selalu buat saya kecewa bila awak batalkan temujanji kita. saya sedih sangat. akhirnya, awak beritahu awak tak ada bajet nak jumpa saya. awak segan kalau saya yang keluarkan duit untuk belanja kita. dah la tak dapat jumpa, awak pun jarang hubungi saya. bila saya call, jarang awak nak angkat. kalau angkat pun, dapat cakap sekejap je sebab awak cakap awak sibuk. mesej saya pun awak jarang balas. awak, saya betul-betul tak kisah tentang hal tu. tak terniat pun di hati saya nak menunjuk-nunjuk kat awak. bagi saya, yang penting kita dapat berjumpa dan saling berhubung antara satu sama lain.

sekarang, saya rasa kita dah semakin jauh. semakin kerap saya mimpi awak digoda perempuan lain. bila saya cerita kat awak,  awak pujuk saya dan cakap jangan percaya pada mimpi tu. yang penting kita berdoa supaya hubungan kita kekal ke akhir hayat. walaupun awak tenangkan saya, saya masih risau. saya rasa cemburu walaupun hal tu hanya terjadi dalam mimpi. saya takut awak betul-betul pergi kepada perempuan lain. saya takut kehilangan awak. saya takut memikirkan yang kita akan berpisah lagi untuk kali ketiga dan mungkin untuk selama-lamanya.

awak, kalau lah awak tahu bagaimana perasaan saya sekarang ni kan bagus…saya rasa penat nangis sorang-sorang fikirkan tentang awak. entahlah sama ada awak kat sana fikir tak tentang saya. huhu… saya nak sangat hubungan kita ni tak pernah berakhir. saya berharap hati awak masih untuk saya selama-lamanya. tapi harapan saya yang paling besar sekali ialah supaya awak kembali menjadi insan yang satu waktu dulu bersungguh-sungguh untuk ambil tahu tentang diri saya.

One thought on “kalaulah awak tahu…

  1. Haa..lebih kurang mcm kesah rakan saya!
    tapi rakan saya tu..hatinya maseh kuat ngn ex-bf die..
    selalo die bedoa utk dirinya dan ex-bf nye..lepas buat istikharah..mmg hati kawan saya tu berat kat ex-bf die..
    byk jgk bende yg tak elok jd kat rakan saya tu..dlm sebulan je berat badan die turun 4kg..skrg rakan saya tu nmpk mcm lebih dekat ngn Allah..die bgn tgh malam buat solat sunat..
    saya doakan agar die tenang dan kuat..dan juga kuat jodohnye dgn ex-bf nye tu..sbb die kate hati die mmg ‘berat’ kan ex-bf die..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s