rindu

dah dua minggu lebih menghilang tanpa berita. sedih sungguh rasanya. bila sorang-sorang, asyik nak nangis je. napa dengan aku ni? kenapa dia x jawab call ataupun reply mesej? aku takut kehilangan dia. masa yang ditunggu-tunggu, pun berlalu macam tu je. dia tak datang. aku takut sangat nak menghadapi kenyataan yang aku akan kehilangan dia. dulu, masa couple dengan F pun dia buat macam nie jugak. menghilang tanpa kabar berita. tup2 dah jadi suami orang. oh tidak….sakit sangat rasanya menahan tangis nie supaya tak didengar orang lain. aku tak nak orang tau aku sedang dalam masalah.

memang aku banyak sangat masalah sekarang. terutama sekali masalah kerja. entah kenapa rasanya semakin susah nak menyesuaikan diri di sekolah ni. awal-awal tahun dah terpaksa menghadapi satu dugaan yang berat. selepas majlis permuafakatan dengan ibu bapa, tiba-tiba keluar satu artikel kontroversi. guru besar pula, suruh aku buat laporan yang teliti tentang perkara tu. tak dapat menolak sebab akulah orang yang sepatutnya melaporkan tentang program tu sebab aku diletakkan dalam AJK Pelaporan dan Dokumentasi. silapnya, kenapa aku tak menolak bila Cikgu tu masukkan aku dalam AJK tu padahal dia setiausaha, dia yang patut buat laporan. huhu…have to take the responsibility and terlibat secara terus dalam masalah ni. terpaksa juga membuat laporan yang TAK JUJUR berkaitan masalah tu. satu perkara yang aku sesalkan sehingga sekarang! nak cover orang punya pasal, diri sendiri terperuk dalam masalah besar.

dah tu, sekarang ni, gara-gara SKPM, aku juga terpaksa menanggung satu lagi masalah yang orang timbulkan. berdebar-debar tunggu hari selasa sebab pegawai tu akan datang ke sekolah untuk suruh PK2 dan guru besar jalankan tugas yang sepatutnya mereka buat. huhu…takut kena marah lagi!

aku harap sangat dia ada sekarang. dia satu-satunya tempat aku meluahkan segala kesedihan dan kepedihan. tapi dia tak ada…aku rasa keseorangan. tak ada tempat mengadu. tiap2 hari berteman air mata, mengharap dia kembali…sampai bila???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s