kerja biar sampai rebah

tergelak setiap kali ingat ungkapan seorang rakan sebaik sahaja selesai meeting PSS tadi. mungkin dia keletihan. aku pun sama, keletihan… dengan suasana baru yang dibawa oleh pentadbir baru, aku yakin semua staf dan guru berada dalam situasi yang tertekan lebih-lebih lagi banyak perubahan dilakukan oleh pentadbir baru. secara peribadi, aku rasa sangat lelah. baru awal tahun nie…macam mana nak teruskan 10 bulan lagi?? aduhai…semoga semua ni berlaku di peringkat awal transformasi sahaja.

mesyuarat dengan pegawai PPD tadi berjalan dengan lancar, tanpa tekanan. macam tu barulah dikatakan berunding…tak macam hari tu, rasa macam ditekan2 supaya mengaku salah. atau mungkin sekarang ni, aku menjadi semakin matang selepas peristiwa 25 Januari tu. bersikap lebih tenang dan kurang bercakap sebaliknya JUJUR terhadap setiap pernyataan yang dibuat. oklah. cukup dengan rungutan tentang kerja. semakin diingat, semakin letih pula. semoga esok, hati ni akan dipenuhi dengan semangat semula.

tadi terdengar perbualan antara mak dengan ayah kat ruang tamu. ada guru di sekolah rendah dulu yang mengeluarkan kenyataan yang ‘mengembangkan’ hidungku. hehe… ayatnya, “cikgu J tanya, kenapalah ee tak diposting di sekolah ni. mungkin keadaan sekolah akan berubah. suruh lah ee mintak transfer ke sini…” terus mak cakap lagi, “mana boleh dia mintak transfer sekarang. tak boleh ada 2 orang guru *** kat sekolah tu sebab budak2 kat sekolah tak ramai.” ehmmm…apa ye motif cerita nie?

p/s: opsss…riak tak baik utk kesihatan…. (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s