kisah seorang wanita…

tengah surf internet, tiba2 kisah seorang wanita menarik perhatianku. dr aafia? siapa tu…..jom kita baca entry ni sama2.

DR. AAFIA SIDDIQUE

:: BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM ::
Salam. Sekembali dari usrah dari Masjid As-Syakirin KLCC ke bilik kolej kediaman, sahabat sebilik memberikan sehelai artikel yang dia dapat di pasar malam. Saya membelek-belek sumber arikel itu, rupa-rupanya artikel dari satu NGO. Melihat nama NGO itu, saya hampir tawar hati untuk membaca. Namun pabila sahabat saya ini menyatakan: ” Fa, kite tak tahu pun kisah ni.” Maka, tergeraklah hati ingin membacanya.

Dr. Aafia Siddique. Siapa dia? Hati wanita saya terganggu dan sedikit tercabar. Benarkah kisah yang saya baca ini. Jari jemari terus memanggil En. Google untuk memastikan berapa luas liputan berita mengenai beliau tersebar di dunia ini….Ya, ia bukan berita lapuk. Ayuh, saya mengajak kalian membaca kisah DR. AAFIA SIDDIQUE…


Gambar di atas ialah seorang wanita Pakistan yang mempunyai kelulusan PhD. di dalam bidang neurology daripada Universiti Harvard. Juga, seorang hafizah al-Quran. Sebagai pengenalan ringkas, beliau telah diculik bersama dengan 3 orang anak-anaknya oleh FBI Amerika daripada tempat tinggalnya di Karachi (dengan bantuan kerajaan Pakistan) kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda. Sekarang beliau berada di penjara di Amerika, dan telah hilang ingatan berikutan seksaan fizikal, psikologi dan seksual yang berterusan ke atas dirinya (dia dipenjarakan bersama banduan-banduan lelaki).

Mengikut sumber lain pula, iaitu daripada laman web Wikipedia, sebelum misteri kehilangannya bermula, beliau bekerja di Universiti Aga Khan sebagai seorang neuroscientist. Pada 1 Mac 2003, Khalid Sheikh Muhammad, suspek ketua perancangan peristiwa 11 September telah ditahan di Rawalpindi, Pakistan. Dikatakan bermula daripada penahanan inilah, nama Aafia adalah salah seorang yang telah disebut oleh Khalid (Khalid dikatakan mungkin menyebut secara rambang, kerana tidak tahan diseksa), yang membawa kepada siri penahanan seterusnya, termasuklah Aafia sendiri.

Pada hari yang sama, Aafia telah menghantar emel kepada salah seorang professor di Universiti Brandeis dan menyatakan minatnya untuk bekerja di Amerika, kerana kekurangan peluang kerja di Pakistan yang sesuai dengan kelulusannya. Beberapa hari kemudian, Aafia didapati telah hilang setelah dilihat meninggalkan rumah ibubapanya bersama dengan 3 orang anaknya. Aafia telah mengambil teksi untuk menaiki penerbangan ke Islamabad, di mana dia merancang untuk melawat pakciknya. Berbagai andaian telah timbul bagaimana misteri kehilangan Aafia bermula daripada perisitwa ini, dan apa yang terjadi padanya sejak itu (2003) sehinggalah 2008. FBI Amerika dan kerajaan Pakistan pula berterusan menafikan mengetahui mengenai kehilangannya ini.


5 tahun selepas misteri kehilangannya ini berlaku, akhirnya FBI Amerika mengaku bahawa Aafia masih hidup dan berada di dalam tahanan pihak Amerika di sebuah penjara di Afghanistan. Menurut sumber kerajaan Amerika, Aafia dikatakan hanya ditahan pada Julai 2008 oleh tentera Amerika di Ghazni, Afghanistan atas tuduhan cuba menjadi pengebom berani mati dan dikatakan memiliki bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bom. Aafia telah didakwa di Mahkamah Daerah New York, atas tuduhan menyerang, cubaan membunuh warga Amerika, dan juga dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda.

Perbicaraan atas tuduhan pertama (menyerang dan cubaan membunuh) telah bermula pada Selasa, 19 Januari 2010 di Mahkamah Persekutuan Manhattan. Walaupun bukti-bukti yang ada menunjukkan kelemahan pada tuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa (ketiadaan peluru, atau sisa-sisanya, dan tiada kesan tembakan di tempat kejadian), namun Aafia telah disabitkan dengan tuduhan tersebut pada 3 Februari 2010 dan perlu menunggu keputusan pada May 2010 untuk mengetahui nasibnya yang sedang berhadapan dengan hukuman 60 tahun penjara.

Pada bulan Ogos 2008, sebuah penulisan dalam The News telah mendedahkan penderaan yang telah dilakukan terhadap Aafia semasa beliau ditahan di bawah penjagaan Amerika:
• Sebelah dari buah pinggangnya telah dibuang
• Semua gigi beliau telah dicabut
• Hidung beliau telah dipatahkan dan dibetulkan semula dalam keadaan yang tidak sempurna
• Luka tembakan beliau tidak dirawat dengan sempurna, menyebabkan darah berterusan mengalir dari lukanya dan dibiarkan membasahi pakaian beliau

Pada 11hb Ogos 2008, akhbar Reuters melaporkan, Aafia muncul di hadapan mahkamah untuk bersidang dengan berkerusi roda, dan peguamnya telah merayu kepada hakim supaya memastikan beliau mendapat rawatan perubatan yang sepatutnya. Elizabeth Fink, salah seorang peguam beliau berkata kepada hakim:

“ Dia telah berada di sini selama seminggu wahai Tuan Hakim, dan tiada seorang doktor pun yang merawat beliau, walaupun pihak berkuasa Amerika tahu bahawa beliau telah ditembak.”

Peguam Aafia, Elizabeth Fink memberitahu hakim persekutuan di New York bahawa terdapat bukti yang menunjukkan Aafia telah dipenjarakan dan diperlakukan tanpa peri kemanusiaan dalam jangka masa yang panjang. Menurut dokumen yang diserahkan oleh Fink kepada mahkamah, Aafia telah memberitahu kakitangan penjara, beliau sangat risaukan anak-anaknya dibiarkan kelaparan, kebuluran dan diseksa. Beliau seterusnya menyuruh mereka untuk membungkus makanan dari pinggannya dan menghantarkan kepada anaknya di Afghanistan.

Seorang lagi peguam beliau, Elaine Whitfield Sharp berkata, “Kami tahu beliau pernah berada di penjara Bagram untuk jangka waktu yang lama. Ianya sangat lama. Menurut klien saya, beliau ditahan di sana beberapa tahun didalam penjagaan pihak Amerika, dan beliau diperlakukan dengan amat kejam.”

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder)

Sejak 2008 apabila kes Dr. Aafia ini didedahkan oleh Asian Human Rights Commision dan diketahui media dan dibawa ke mahkamah, AS terus-menerus membuat pendakwaan dan perbicaraan karut ke atas wanita malang ini. Setelah melalui siri perbicaraan yang panjang, akhirnya pada 23 September 2010 yang lalu, Dr. Aafia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun oleh Mahkamah Persekutuan AS di Manhattan, New York atas kesalahan cubaan membunuh.
(sumber: raufasufrina87.blogspot.com)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s