kehilangan

dah lebih 2 bulan…dia pun dah pergi meninggalkanku untuk selama-lamanya. semalam hari lahir dia yg ke 29..tp dia sudah tiada lagi di sisiku. sangat sedih bila memikirkan orang yang disayangi pergi untuk selama-lamanya. lebih-lebih lagi dialah satu-satunya sumber kekuatanku selama ini. tanpa dia, aku kehilangan tempat mengadu, tempat berkongsi suka duka…selama tempoh 2 bulan ni, bukan tak pernah aku cuba luahkan kesedihan ni dalam blog tapi, aku masih tak mampu menanggung kesedihan setiap kali mengenangkannya. hari ini, aku kuatkan hatiku kerana aku dah tak tahu lagi ke mana nak meluahkan segala yang terbuku dalam hatiku selama tempoh “berkabung” ni…

terus terang, aku rindu suaranya..aku rindu kehadirannya disisiku walaupun dia jauh di seberang laut china selatan, aku rindu kata-kata semangatnya setiap kali aku bersedih, aku juga rindu usikannya. bagiku, dialah segalanya ketika aku rasa semua orang disisiku memandangku dengan sinis dan tanpa hormat. Ya ALLAH…air mata ini mula mengalir laju mengenangkan dia..

2 minggu lalu, aku terlibat dalam kemalangan. hujan sangat lebat, sehingga penglihatan menjadi sangat kabur. memandu sendirian membuatkan aku lebih berhati2..tetapi, tiba-tiba sebuah kereta dipandu laju ke hadapanku membuatkan aku panik.aku pantas menekan brek kerana berfikir, pasti keretaku akan menjunam ke bawah jambatan sekiranya aku membelok ke kiri.. lega kerana berjaya menyelamatkan diri. tiba-tiba keretaku dilanggar dari belakang. pemandu kereta di belakang memarahiku namun aku bersyukur kerana ada penunggang motorsikal yang menyaksikan perkara sebenar. dia memberitahu pemandu kereta itu dan membantu mengejar pemandu kereta kancil yang menyebabkan kemalangan. malangnya, aku terpaksa menanggung kerugian kerana terpaksa menanggung kos membaiki bumper keretaku yang rosak. pemandu kereta belakang tu tak mahu bertanggungjawab membayar kerugian yang kualami. it’s ok…Tuhan pasti akan membalasnya untukku nanti…

kemudian, aku dimarahi pula oleh Cikgu C dihadapan rakan-rakan sekerja. aku rasa sangat malu dan terasa seperti diperbudakkan. how come someone aged 28 like dipermalukan seperti itu? aku pun ada perasaan. dan aku bukannya melakukan kesalahan. i know what i should do. sekarang aku sangat benci kepada cikgu tu. i wont forget her for all her sins to me. kalau pertama kali dia marah macam tu, aku tak kisah…tapi dah berkali-kali. i have my own pride too…untuk cikgu C…dunia ni umpama roda. walaupun pada masa sekarang kau gah kerana berada di atas, suatu masa nanti, kau juga akan merasa bagaimana rasanya berada di bawah ketika maruahmu diinjak-injak seperti apa yang telah kau lakukan padaku.

this week became more stressful. kawanku kata, rumors tentang hubunganku dengan Encik Yang Gatal Miang tu dah tersebar dan diketahui orang kampung. aku rasa sangat malu. rasa demotivated untuk turun bekerja tapi, aku takkan mengabaikan tanggungjawab demi orang yang meaningless seperti mereka berdua.

at home….lagi stres. i wish i can get out of this house as soon as possible. but what’s the best reason to do that? rasa tersisih… my prince dah passed away dan i don’t have someone who will help me to get out of this hell…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s