Muncul Semula

Tajuk yang menyeramkan ke? Tak kot… dah hampir dua bulan tak update blog. Sibuk sikit. Lebih baik sibuk, supaya tak fikir sangat tentang dia. Memang, masih terasa sangat kehilangan dia. Tapi, hidup mesti diteruskan. Hidupku berjalan seperti biasa walaupun ada lompong kecil. Tak mengapa, time will heal the pain. (Eh, betul ke ungkapan ni?)

Minggu lepas, 10 hingga 11 mei, mengendalikan kem kepimpinan murid di sekolah. A bit stress guru-guru yang diharapkan, tidak memberikan kerjasama yang baik. Dahla bilangan peserta ramai, yang datang pulak sedikit. Apapun, yang penting kem tu berjaya dilaksanakan. Tak kisahlah orang asyik cakap kelemahannya. Ada juga pengajaran yang kami dapat. Orang yang mengkritik tu boleh jugak jadikan guideline untuk diorang plak handle kem motivasi hujung minggu ni. Biar diorang plak rasa macam mana nak handle bilangan peserta yang ramai dengan penglibatan guru yang sikit. Aku dan kawan-kawan, akan tengok dan perhati je. Sebab kitorang dah berhempas pulas bekerja minggu lepas. Hm, bila tym macam ni, harap sangat dia ada. Biasanya, dialah tukang bagi semangat. Boost up balik semangat sku. Dia akan cakap, pedulilah apa orang nak cakap. Yang penting kita dah buat all out. Itunyang selalu dia cakap. Walaupun dah berulang kali dia cakap benda yang sama, aku tak bosan. Sebab kata-kata tu dari dia!

Malam ni dinner hari guru di grand margherita. Dah prepare satu persalinan pakaian bertemakan oren, putih dan hitam. Hai, pening pala nak setting2 mekap2 ni… Bukan nak menonjolkan diri. Cuma, harap tak la nampak kolot sangat berbanding orang lain yang berhias sakan. Nak menarik perhatian lelaki? Tak terlintas sama sekali. Rasanya dah selesa bersendirian. Hampir setahun single, tak terfikir lagi nak mencari teman lelaki. Mak dengan kawan nya sibuk kenalkan aku dengan seorang lelaki tapi, hmmm belum ada feeling lagi kat dia. Hai, tak tau la macam mana nak cakap. Takde chemistry kot antara aku dengan dia. Sekarang ni, masing-masing buat hal sendiri.

Plan cuti semester? Dah beli tiket ke Sabah. My best friend’s wedding! Akhirnya….hehe. Antara kami bertiga, akulah yang terakhir menamatkan zaman bujang. Dah nasib… Tapi…ada ku kesah?.. 28 hingga 31 akan berada di negeri bawah bayu. Yang buat aku risau sekarang ni, lawatan GBK dari kelantan. Petang ni akan jumpa dengan pegawai JPN untuk taklimat tentang program tu. Apa-apapun, petang ni baru dapat confirm. Harap-harap cutiku takkan terganggu gars-gara program ni. Huhu, sapa nak ganti balik rm307 dan wonderful moment hang akan aku hilang if plan aku ni tak jadi?

Ok…masa menjaga exam dah nak tamat. Budak-budak dah mula bising. Hisy diorang ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s