kasut oh kasut

Akhirnya…tamatla sudah riwayat “kasut kesayangan saya”…huhu. tq kasut, sebab setia berkhidmat sehingga hujung nyawa. dengan ini, bermulala pencarian kasut baru yang penuh dengan cabaranDSC_0244. untuk aku, membeli kasut merupakan satu perkara yang paling menyusahkan! sebab…nak memastikan kasut yang dipilih tu selesa dan sesuai dengan citarasa, memang sukar. it must be like “love at first sight”. tak nak beli yang terpaksa beli semata-mata tak cukup masa untuk memilih atau sebab takde pilihan lain. kasut yang terbeli macam tu memang lastly cuma akan pakai sekali dua, then…simpan dalam rak kasut sampai berkulat ataupun kalau bernasib baik, mak akan bagi kat sepupu-sepupu atau anak-anak buah…

bila aku sukakan sepasang kasut, aku akan pabeetalk1407116558785kai sampai kasut tu rosak. then, baru la aku akan beli baru. apakah jenis kasut yang aku suka? kebanyakan kasut yang aku ada, memang bertutup penuh. yang tu aku memang akan pakai sampa
i rosak. secondly, kasut-kasut aku kebanyakannya comel-comel dan berwarna selain warna hitam. dulu2, aku ni agak skema juga la kalau nak turun kerja. mesti kasut hitam. tapi sejak akhir2 ni, memang jarang nak pakai hitam…sebab aku tengok ramai kat office pakai kasut macam2 pesen…so, aku pun ikut la “trend”…

jadi, hujung minggu ni bermula la misi mencari kasut baru. dah target beberapa kedai and i hope, pencarian kali ni takla susah sangat. or else, aku terpaksa la terus pakai wedges ni sampai wedges ni pun rosak jugak. alahai….teringin jugak nak tukar2 kasut seminggu sampai 5 jenis kan….apakan daya, aku ni jenis yang setia. pakai satu untuk seminggu cukup la. hari-hari lain selain kerja, pakai selipar jepun pun aku tak kisah.

uit. tunggu dulu… jom kongsi tips…memilih kasut sebelum membeli🙂

1 – Waktu yang terbaik untuk membeli kasut adalah TENGAHARI, PETANG  atau MALAM sebab…pada waktu tu kaki kita mengembang dan lebih besar dari biasa.

2 – Rupanya kaki kanan dan kaki kiri kita ni, tak sama saiz. Jadi, pastikan beli kasut yang ikut keselesaan kaki yang lebih besar. Sarungkan kasut pada kedua-dua belah kaki, lepas tu berdiri tegak dan berjalanla seperti model di runway untuk memastikan kasut yang dipilih tu selesa untuk dibawa berjalan.

3 – Pilih kasut yang sesuai mengikut aktiviti yang nak dilakukan. Takkan nak gi hiking, beli kasut high heel plak…(eh, boleh ke?)

4 – Pastikan tumit dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut. Jangan pilih kasut yang dirasakan ketat kerana ini akan menyebabkan kaki anda melecet dan kemudian meninggalkan parut yang mencacatkan kaki anda…(macam kaki saya…huhu)

5 – Walaupun ada jualan murah ataupun ada promosi beli 1 percuma 2….jangan terpedaya sehingga mengabaikan keselesaan kaki anda. Pastikan kualiti kasut tu tiptop, jahitan kemas dan bahannya boleh membenarkan kaki kita bernafas dengan baik (terbayangkan ikan plak…adui)

6 – Last! Yang ni pun aku baru tau. Elakkan memilih kasut berwarna terang seperti merah atau oren kerana ia akan menyebabkan kaki kelihatan besar dan pendek. OMG! selama ni aku pakai2 je kasut warna terang ni sebab aku rasa, kaki nampak comel dan  cerah macam pakai fair and lovely…hihu..

jadi, kesimpulannya…utamakan keselesaan dan kualiti. harga murah, cepat rosak…beli banyak2 kali pun akhirnya harga dia pun sama juga macam beli sepasang kasut yang berkualiti. biar la “alah membeli, menang memakai”…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s