rinduku pada negeri di bawah bayu

 15 Mei 2007

tanjung aruketika mula melangkah kaki di negeri itu, aku seolah-olah jatuh cinta. bayunya yang lembut menghembus membuatkan aku rasa damai. aku terasa seolah-olah kembali semula ke tempat asalku. dan aku begitu pasti, percutianku dan rakan-rakan di bumi di bawah bayu ini akan meninggalkan memori indah yang takkan terlupakan.

kami mulakan pengembaraan dengan menjejaki Pantai Tanjung Aru. pantainya bersih, pasir2 pula putih halus dan mesra. aku menelusuri keindahan pantai itu dengan kagum. aku sempat tersipu malu apabila ada yang mengenyitkan mata ke arahku tatkala berpapasan. malam itu aku tidur lena dibuai angin malam kota kinabalu…

16 Mei 2007

setelah menikmati sarapan di tengah ibu kota Kota Kinabalu, kami di bawa ke pasar filipina. sungguh, aku jadi rambang mata melihat keunikan barang-barang perhiasan yang kebanyakannya diperbuat daripada mutiara! apa lagi…pilihlah mana2 perhiasan yang memikat hati. hampir kering juga poket dibuatnya…banyak juga tempat yang kami lawati hari ini sehingga kaki ni terasa lenguh berjalan. dari pasar filipina, kami ke centerpoint dan destinasi terakhir yang dilawati hari ini ialah Bukit Bendera.

17 Mei 2007

pengembaraan keesokan harinya dimulakan dengan sajian pemandangan indah di pantai di Karambunai Beach Resort. ternyata pantai ini lebih indah lagi dengan warna airnya yang kebiruan. aku terleka lagi…

selepas setengah hari, kami ke bandar untuk ‘menakluki’ pusat-pusat membeli belah di tengah bandar Kota Kinabalu. sebelum pulang, kami bersiar-siar di Bukit Padang. Wah, boleh tahan juga penatnya menaiki bukit ni. tapi, kehijauan pemandangan di sini memang mengkagumkan. ramai juga pengunjung yang melakukan aktiviti riadah di sini. sebagai penutup untuk pengembaraan hari ini, kami singgah di restoran di tengah tasik untuk menikmati makan malam sambil menghayati pemandangan indah lampu-lampu yang menerangi sekeliling tasik itu.

18 Mei 2007

Berangkat ke Tambunan. Sudah ada sebuah range rover menanti kami di stesen bas. setiap seorang dikenakan tambang RM 13. hujan gerimis sepanjang perjalanan membuatkan hatiku agak berdebar-debar, risau kemalangan berlaku memandangkan jalan yang licin dan bersimpang siur ditambah lagi dengan kecuramannya. namun, ketakutan itu cuba kubuang jauh-jauh. aku hanya berdoa agar kami selamat sampai di Tambunan. dalam perjalanan, kami singgah di Gunung Mas untuk berehat. sempat juga snap beberapa keping gambar untuk kenangan. ketika kami sampai di rumah temanku di tambunan, hari hampir gelap. masuk saja ke bilik, masing-masing terbaring keletihan…

19 Mei 2007

hush…pagi yang sangat sejuk. kami dinasihatkan menjerang air untuk menghangatkan air sejuk paip yang disambung dari gunung. dek kerana takut kesejukan, kami menunggu sehingga jam 8 pagi untuk mandi.

jam 9, semua dah bersiap untuk ke Pusat Informasi Rafflesia. pagi masih diselaputi kabus tebal dan ibu rakanku membawa van dengan berhati-hati. macam-macam maklumat tentang rafflesia yang kami perolehi di pusat informasi itu. sayangnya, kami terlepas melihat bunga terbesar di dunia itu kerana menurut pegawai yang bertugas, bunga itu telah pun berkembang pada hari sebelumnya.

destinasi seterusnya…masakob waterfall. tempat ni memang cantik. airnya pun sejuk. tapi, aku tak boleh mandi. cukuplah sekadar merendam kaki untuk merasai kesejukan air terjun… selepas puas menikmati keindahan pemandangan di sana, kami ke Tambunan Village Recreation Center. aku seronok melihat pelbagai jenis haiwan yang dijaga di sana dan yang paling menggembirakan ialah memberikan ikan makanan!

selepas TVRC, kami ke pekan Tambunan untuk mencari van yang akan membawa kami ke Ranau pada keesokan harinya. setelah berunding dan berjanji dengan salah seorang pemandu van…kami bersiar-siar di pekan itu. sempat juga melawat tugu peringatan Mat Saleh dan makan ABC di gerai berdekatan.

malam, kami sibuk mengemas barang-barang. esok kami perlu berangkat pagi untuk ke destinasi seterusnya – Ranau. Suasana sedih menyulubungi kami bertiga kerana Ruth tidak akan mengikuti kami meneruskan pengembaraan ini.

20 Mei 2007

terpaksa bangun dan mandi awal. huhu…sangat sejuk! ibu Ruth membantu kami mengemas barang sambil memberikan beberapa kilo beras huma sebagai buah tangan. aku sungguh berterima kasih kepada Ruth dan keluarganya yang telah melayan kami dengan baik selama kami singgah di rumahnya. selepas bergambar sebagai tanda kenangan, kami dihantar oleh ibu Ruth ke pekan. van yang dijanjikan sudah sedia menunggu.

bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s