Teman Kecilku

1994

“Umur baru 10 tahun, dah pandai tulis-tulis surat cinta!” Aku terdengar Cikgu Roziah berleter dari kelas sebelah. Entah sapa la mamat yang kantoi tulis surat cinta tu? Hm, peliknya sebelum ni tak pernah pun ada kes orang tulis surat cinta di sekolah ni. Mesti budak baru yang buat ni… Aku menumpukan semula perhatian pada papan tulis. Bimbang juga kalau-kalau kena marah gara-gara sibuk nak tahu hal orang lain. 10.00 pagi, loceng rehat berbunyi. Aku hanya duduk di dalam kelas dan membuka bekalan yang disediakan emak pagi tadi.

“Posto, posto!” Sekeping surat melayang di atas mejaku. Juliza tersengih. “Dari Zam,” bisiknya ke telingaku. Mataku terbeliak memandang rakan dari kelas 4M itu. Isk, biar betul.. Aku pantas memulangkan surat itu kepada Juliza. Namun dia segera memasukkan surat itu ke dalam begku dan berlari keluar dari kelas.

Alina, saya sukakan awak. Nak tak jadi girlfriend saya? Saya tunggu awak balik sekolah nanti.

~zam~

Aku tersengih. Budak ni rupanya yang kena marah tadi. Tapi…aduh, mesti teruk aku kena sindir oleh Cikgu Roziah lepas ni. Mati la kalau kawan-kawan pun tahu juga pasal surat ni. Alahai… Hatiku berdebar-debar menunggu Cikgu Roziah masuk ke dalam kelas selepas waktu rehat.

 “Alina, berdiri!” Alamak… Wajahku mula merah. “Ada dapat surat dari Zamri?” Rakan-rakan sekelas mula bising. Ada yang bersiul-siul…

“Ada cikgu. Tapi, saya tak…”

“Dah pandai ye. Kecil-kecil dah pandai main-main cinta. Awak tu ketua kelas. Beri contoh yang baik kepada kawan-kawan. Okay, duduk.” Nasihat Cikgu Roziah dengan nada suara yang lembut namun penuh sindiran. Aku duduk di tempatku. Malunya. Tak pasal-pasal kena sindir. Sebab budak baru tu la. Tunggu kau balik sekolah nanti!

12.40 petang

Aku menjeling Zamri yang berdiri tidak jauh dari pintu kelasku. Amboi, mamat ni tak malu betul. Aku pura-pura tidak melihatnya dan terus bercakap dengan Faizal.

“Saya nak cakap dengan Alin kejap.” Zamri menarik tanganku. Faizal terpinga-pinga melihat aku ditarik ke belakang kelas. “Alin, saya cemburu awak bercakap dengan Faizal macam tu.”

“Apa hal awak ni?” Aku bertanya. Geram juga dengan tingkahlakunya.

“Awak kan dah dapat surat saya? Saya cakap saya tunggu awak lepas sekolah. Saya nak awak jadi girlfriend saya.” Nada suaranya tegas. Aku memandang wajah lelaki bermata sepet itu.

“Tak mahu.” Aku meninggalkan dia dan terus mengambil beg sekolahku. Aku teringat sindiran Cikgu Roziah. Itu sudah cukup membuatkan aku merasa malu.

1995

“Alin, saya nak bagi awak bunga. Awak tunggu sekejap ye.” Dia menghilang bersama beberapa orang rakannya, masuk semula ke dalam Taman Pemulihan itu. Dia muncul tidak lama kemudian dengan sekuntum bunga anggerik berwarna oren.

“Terima kasih.” Ucapku.

“Saya sayang awak.” Katanya sambil tersenyum. “Nanti, awak mesti berhati-hati. Saya susah hati betul balik ni tak naik bas yang sama dengan awak.”

“Tak apa lah.” Jawabku. Aku terharu dengan tindakannya semasa kami berjalan-jalan melawat di taman itu tadi. Macam ni peristiwanya… Masa tengah berjalan-jalan, aku terdengar beberapa orang budak perempuan di belakang kami bercakap-cakap tentang dia. Memuji kehensemman dia… Amboi, bangga la dia kena puji hensem…bisikku. Tiba-tiba kakiku terpelecok. Aku pasti terjatuh kalau dia tidak cepat-cepat menyambutku.

“Hati-hati… Eh, korang. Ini la girlfriend aku.” Dia membantuku berdiri dengan betul lalu menoleh ke arah budak-budak perempuan di belakang kami. Aku tersentak mendengar kata-katanya tapi tidak membantah. Sudahnya, kami berjalan beriringan sehingga keluar dari tempat itu. Aku hanya mendiamkan diri. Rasa selamat juga dia ada di sebelah…

Sejak hari tu, kami mula rapat. Walaupun aku tidak pernah mengaku menjadi teman wanitanya, dia tetap melayanku dengan baik dan menganggap aku temannya. Dia sangat baik padaku… Selalu berikan sokongan, dan selalu je ada muka dia kat tepi padang masa aku bertanding main Bola Jaring, Bola Tampar atau apa-apa je pertandingan yang aku ikut.

Sehingga la tengah tahun 1996…

Ada budak perempuan baru masuk ke kelas kami. Su namanya. Dia cantik dan berambut panjang. Satu hari, aku terdengar rakan-rakan sekelas Zamri cakap kat Su, Zamri kirim salam. Aku pura-pura tidak tahu tentang hal itu tapi, sejak hari itu, hubungan aku dan Zamri renggang. Aku selalu mengelak dari bertemu dengannya. Dan akhirnya…aku dengar Zamri dah kapel dengan Su. Sedih juga, tapi… nak buat macam mana? Hati orang dah berubah. Aku pun tak reti nak buat apa-apa. Masa tu filem Kuch Kuch Hota Hai belum keluar lagi. Kalau tak, aku pun tak tahu apa yang akan terjadi…hahaha…merepek!

kuch2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s