Bayu Kasih – Part 2

Tudung berwarna krim itu dilipatnya kemas. Ketika mengemas barang-barang lama tadi, dia terjumpa tudung itu terselit di bawah skirt panjang beropol miliknya. Skirt itu pernah digunakannya semasa Farewell Dinner fakultinya beberapa tahun lepas. ‘Masih elok lagi. Bolehlah minta tolong mak berikan kepada Juriah.’ Bisik Maisarah. Dia mula mengumpul pakaian-pakaian lama yang masih elok. Esok dia akan meminta mak menyerahkan pakaian tersebut kepada adik-adik sepupunya.

“Kamu betul-betul nak balik esok, Mai?” Pertanyaan bapanya dijawab dengan anggukan. “Kamu tak ada cuti panjang ke?” Tanya bapa lagi. Encik Razlan agak terkilan apabila Maisarah memberitahu yang dia akan pulang awal pagi esok.

“Tak, ayah. Cuti ni pun susah payah Mai  nak dapat. Syukurlah dapat 3 hari daripada tak dapat langsung.” Jawab Maisarah. Kalau ikutkan hatinya, dia memang ingin cutinya dipanjangkan lagi. Tidak puas rasanya duduk di kampung. ‘Kelibat Izwan pun langsung tak nampak. Di mana agaknya lelaki itu sekarang. Sudah tiga hari dia di kampung, batang hidung pun tak nampak. Sibuk sangat ke bekerja sampai tak sempat nak singgah menjenguk aku?’ Keluhnya kesal.

“Susah-susah, kamu cari aje kerja di sini.” Cetus Encik Razlan. Dia sangat risaukan anaknya yang seorang ini. Anak sulung yang sejak kecil diletakkannya harapan untuk membela nasib keluarga. Mengubah taraf hidup keluarga menjadi lebih baik. Walaupun Maisarah telah berjaya menunaikan harapannya, ketegaran dan ketabahan Maisarah tidak mampu menyembunyikan susuk tubuhnya yang kian susut. Bukannya dia tidak tahu, anak gadisnya itu memang kurang pandai menjaga diri sendiri. Asyik fikirkan pasal orang lain, tapi diri sendiri langsung tidak diperhatikan. Sudah makan ke… Sihat ke…

“Tengoklah dulu, yah. Mai masih suka bekerja di situ.” Itu sahaja jawapan yang mampu diberikan oleh Maisarah. “Lagipun, Abang Haris ada di sana juga. Kan dia boleh jaga Mai…” Maisarah cuba memujuk hati bapanya yang dilanda kerisauan.

“Erm… Yalah. Nanti kamu sampaikan salam bapa pada dia dan keluarganya. Bila agaknya mereka akan datang ke sini lagi?”

“Nantilah Mai tanyakan.” Maisarah meminta diri ke dapur. Dia membungkus ikan masin kering yang dibuat sendiri oleh ibunya. Fikirannya melayang ke sisi Haris. Rasa bersalah kerana tidak memberitahu kepulangannya ke kampung menyelimuti hati Maisarah. Kesibukannya dan Haris sejak akhir-akhir ini membuatkan masa untuk mereka bersama semakin berkurang. Kalau dia ada sedikit masa lapang, Haris pula kena out-station. Bila Haris balik out-station, dia pula yang kena menghadap komputer sehingga lewat malam. Maisarah melepaskan keluhan berat.

Dia mula merindui saat-saat mereka mula bercinta. Setiap saat bagaikan tidak boleh berenggang dari telefon bimbit. Maklum, masing-masing jauh. Maisarah di Kuching, Haris pula di Miri. Telefon bimbit itu sajalah yang menjadi penghubung kasih mereka berdua. Dia masih ingat lagi ketika dia kehilangan telefon bimbitnya. Nasih baik dia ada memberikan Haris nombor telefon rumahnya. Hampir sejam dia mendengar Haris berleter di telefon. Setelah Haris berhenti bercakap, barulah Maisarah dapat menjelaskan hal sebenar kepada kekasihnya itu. Beberapa hari selepas kejadian itu, Haris mengirimkan kepadanya sebuah telefon bimbit Nokia beserta dengan kad sim nya sekali. Kali ini, giliran Maisarah pula yang memarahi Haris. Akhirnya, dengan selamba Haris berkata, “Terima ajelah. Nanti dah ada duit, ganti balik.”

*****

Haris memerhatikan wanita yang baru keluar dari supermarket itu berulang kali. Wajah wanita itu seolah-olah sangat dikenalinya. Perlahan dia mendekati wanita itu.

“Anita?” Dia bertanya, inginkan kepastian. Wanita itu mengangguk. Dia kelihatan kaget melihat wajah Haris.

“Haris!” Nama itu terkeluar dari bibirnya yang merah. Dia tersenyum lebar. Wajah lelaki itu tidak pernah terpadam dari kotak memorinya. Kenangan manis ketika mereka di kampus mengusik mindanya. “Dah lama tak jumpa.” Ucap Anita.

“Ye. Nampaknya you dah banyak berubah sekarang.” Haris membalas senyuman wanita itu. Mana mungkin dia melupakan wanita pertama yang bertakhta di hatinya. Wanita yang pernah mengajarnya erti cinta. Pertemuan semula dengan wanita itu umpama membuka semula memori indah ketika mereka bersama dahulu. “Anyway, you free tak sekarang? Apa kata kalau kita singgah minum sekejap?” Pelawaan Haris diterima dengan senang hati. Mereka berjalan beriringan ke sebuah kafe yang terletak tidak jauh dari supermarket itu.

“Wow! I tak sangka kita akan berjumpa lagi.” Anita memulakan bicara selepas mereka memesan minuman. Matanya tidak lepas memandang wajah Haris. Wajah tampan itulah yang pernah singgah di hatinya suatu masa dulu.

“Ya. Apa yang you buat sekarang? Still in modelling profession ke?” Haris bertanya. Anita menggeleng. Wajahnya berubah muram.

Actually, I dah quit since I married Johan.” Jawapan Anita mengkagetkan Haris. Hampir-hampir telefon bimbit yang dipegangnya terjatuh ke lantai. “Nasib I sekarang ni ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.” Keluh wanita itu.

Sorry if my question…

“Tak mengapa. I rasa, sebagai kawan, you patut tahu juga. Few years ago, I met this guy from Australia. Kami kahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan. Sayangnya, perkahwinan kami tidak bertahan lama. Dia meninggal dunia dan I buat keputusan untuk pulang ke Malaysia.” Anita bercerita.

“Mesti anak you comel, kan?” Haris meneka. Anita ketawa sambil mengangguk.

“Yup. Mestilah. Sarah Mitchell yang chubby, lincah… Dialah punca semangat I. Mungkin satu hari nanti I akan kenalkan dia kepada you. Tapi kesian dia, di usia yang masih kecil dia kehilangan kasih sayang seorang ayah.” Anita mengeluh lagi. Haris hanya mendiamkan diri. Nama Sarah Mitchell membuatkan fikirannya melayang kepada Maisarah yang sudah beberapa hari tidak ditemui. Apa khabar Sarah sekarang? Mungkinkah sekarang dia masih lagi sibuk menghadap komputer?

“Oh ya. Asyik I yang bercerita. You pula macam mana? Still solo?” Pertanyaan Anita membuatkan Haris terkejut.

I’m fine.” Haris ketawa kecil. Bayangan wajah Maisarah yang singgah dihapuskannya dari ingatan. “And still…a bachelor. Actually, I attend kursus 5 hari di sini. Sudah tamat semalam. Jadi, I ada dua hari lagi di sini sebelum balik semula ke Miri.” Jelas Haris. Dia menghirup orange juice yang baru sahaja dihidangkan di atas meja.

“Oh… Baguslah kalau macam tu.” Ucap Anita.

“Ya. Bolehlah kita luangkan lebih banyak masa bersama. And I pun ada masa untuk jumpa dengan Sarah Mitchell.” Sambut Haris. Nampaknya, masa dua hari yang disangkanya membosankan akan berubah. Perlahan-lahan wajah Maisarah lenyap dari ingatannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s