Bayu Kasih – Part 4

Wajah Haris kemerahan memandang Maisarah. Maisarah sudah mula menangis. Haris memandang lemah ke arah gadis itu. Sangkanya, Maisarah akan menerima kehadiran Anita di antara mereka. Sangkanya, Maisarah tidak akan menghalang niatnya. Sangkanya, Maisarah tidak sama seperti segolongan wanita lain yang menentang poligami.

“Sarah tak sanggup, bang.” Teresak-esak Maisarah menangis. Kata-kata yang disampaikan Haris sebentar tadi benar-benar mengguris hati wanitanya. “Kalau abang benar-benar nak bersama dengan wanita tu, Sarah tak menghalang. Tapi, jangan harap Sarah akan hidup bersama dengan abang dan dia.” Haris mendekati Maisarah dan memeluk bahu gadis itu.

“Sarah. Abang tak mahu lepaskan Sarah dan dalam masa yang sama, abang juga cintakan dia. Kalau boleh, abang tak nak kehilangan kedua-dua orang wanita yang abang sayang. Sebab itulah abang ingin lihat Sarah hidup rukun dengan Anita. Sarah tak kesian kat Anita ke?” Maisarah melepaskan tangan Haris yang melingkar di bahunya.

Go to hell with Anita. Kalau abang nak sangat hidup bersama dengan Anita dan anaknya, go on. Sarah takkan menghalang. Sebab mulai saat ini, pertunangan kita diputuskan!” Maisarah melontarkan cincin pertunangan yang dilucutkan di jari manisnya ke muka Haris. Dia meninggalkan Haris yang masih termangu mendengar keputusannya.

Tanpa tujuan, dia memandu keretanya keluar dari kawasan taman awam itu. Hatinya hancur berkecai. Telefon bimbit yang berdering sejak tadi dibiarkan berbunyi sehingga senyap sendiri. Dia tahu, Haris cuba menghubunginya. ‘Persetan dengan poligami. Aku benci kau, Haris!’ Bentak hatinya. Dia menekan minyak dan terus memecut laju ke Pantai Tanjung Lobang. Dia ingin menenangkan perasaannya untuk seketika.

*****

Wajah tegang Betty menyambut kepulangannya.

“Kau ke mana, Mai? Berkali-kali Haris telefon kau di rumah. Katanya kau off kan telefon bimbit. Kau bergaduh dengan dia ke?” Pertanyaan Betty dibiarkannya sepi. Dia masuk ke dalam bilik dan menguncikan diri. Seketika kemudian, dia teresak-esak menangis mengingatkan kejadian di taman awam tadi.

“Sarah… Sebenarnya, ada perkara yang abang nak bincangkan dengan Sarah. Pasal perkahwinan kita. Erm… Abang belum beritahu hal ni kepada mama dan papa sebab abang nak persetujuan daripada Sarah dulu.” Haris menarik nafas berat seolah-olah ada perkara penting yang ingin disampaikannya.

“Kenapa, bang? Nak tangguhkan perkahwinan ke?” Tanya Maisarah. Keriuhan kanak-kanak bermain di kolam mandi menggamit Maisarah untuk memerhatikan mereka. Dia kembali menumpukan perhatian pada Haris yang berdehem kepadanya. Maisarah memandang wajah itu seketika. Cuba menebak persoalan yang ingin dibincangkan. Mungkinkah Haris perlukan masa lebih untuk persiapan, sehingga perlu menangguhkan perkahwinan mereka yang akan berlangsung sebulan lagi?

“Erm… Macam ni. Bukannya nak tangguhkan perkahwinan. Sebenarnya, abang nak minta kebenaran Sarah. Abang nak kahwin dengan Anita.” Luruh jantungnya ketika mendengar kata-kata Haris. Lama dia mendiamkan diri. Cuba mengenalpasti adakah dia kini berada di alam realiti atau sedang terperangkap dalam satu mimpi buruk bersama dengan Haris… “Sarah…” Haris mencuit bahu Maisarah yang seolah-olah patung, langsung tidak bergerak.

“Siapa Anita?” Akhirnya soalan itu terkeluar dari bibir Maisarah. Dengan berat hati dia mendengar Haris membuka semula kisah silamnya dan bagaimana dia bertemu semula dengan Anita. Maisarah mendiamkan diri sementara mendengar Haris bercerita walaupun hatinya terasa ditusuk-tusuk sembila tajam tatkala Haris menceritakan kemesraan dia dan Anita semasa zaman percintaan mereka. ‘Aduhai lelaki, tidakkah kau rasa, betapa hancurnya hati seorang wanita apabila mendengar kekasihnya menceritakan keindahan kisah lama bersama dengan wanita lain?’ Maisarah menahan rasa.

“Kalau boleh, abang nak menikah dulu dengan Anita. Seminggu sebelum perkahwinan kita.” Kata Haris mengakhiri ceritanya. Kata-kata itu ibarat bom nuklear yang meluluhkan hati Maisarah. Air mata yang ditahannya sejak tadi, mula mengalir deras. ‘Maksudnya aku akan berkongsi kasih dengan kekasih pertama Haris? Maksudnya aku akan dimadukan dengan kekasih pertama Haris dan ironinya, aku akan menjadi isteri yang kedua? Gila!’ Hati Maisarah berbisik. Dia memandang wajah Haris yang kemerahan. Siapa sangka, lelaki budiman ini akan menghancurkan hatinya? Siapa sangka, lelaki ini akan berpaling tadah pada cinta pertamanya yang muncul baru sebulan yang lalu? Maisarah mengeluh. Dia akhirnya nekad. Tidak mahu tunduk pada kemahuan Haris. Cinta memang cinta. Dia sendiri tidak menafikan dalamnya cintanya pada Haris. Siapa yang sanggup mengakhiri cinta yang dibina selama dua tahun itu gara-gara seorang wanita yang berlabel ‘kekasih pertama’ tunangannya? Dia memang tidak sanggup. Apakan daya… Dia hanya seorang wanita biasa. Seorang wanita yang tidak ingin berkongsi kasih dengan wanita lain dan dengan semudahnya dijadikan isteri kedua. Pada hari ini juga, dia nekad melucutkan cincin pertunangan yang disarungkan oleh ibu Haris dan memutuskan pertunangan mereka. Dia meninggalkan Haris Iskandar bin Ahmad Khaidir, kerana hatinya yang telah terluka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s