Bayu Kasih – Part 7

Dia sudah tidak terdaya lagi untuk memujuk Maisarah. Siapa sangka, kesetiaan Maisarah padanya hilang sekelip mata gara-gara dia menyatakan hasrat untuk berkahwin dua. Jujurnya, dia sangat mengasihi gadis itu. Dia tak mungkin dapat melupakan Maisarah dengan mudah. Tempoh dua tahun yang mereka lalui bersama seolah-olah sudah sebati dengan dirinya. Dia memandang ke arah Anita yang sudah sah menjadi isterinya. Begitu besar pengorbanan wanita itu kerana sanggup dimadukan dengan Maisarah biarpun niat tersebut terpaksa dibatalkan. Anita juga sanggup berdepan dengan penentangan orang tuanya yang sehingga kini masih tidak mahu menerima perkahwinan mereka. Perhatiannya dialihkan pula kepada Sarah Mitchell. Gadis cilik itulah yang menjadi penyeri rumah tangga dia dan Anita.

“Abang masih fikirkan Maisarah?” Suara Anita menerpa ke telinganya. Wanita itu muncul dengan dulang minuman.

“Bukanlah. Abang tengah perhatikan Sarah Mitchell. Seronok betul dia bermain. Nanti kalau baby dalam kandungan Nita sudah lahir, dia takkan keseorangan lagi sebab ada adik temankan dia.” Ujar Haris sambil mengusap perut Anita yang sudah memboyot.

“Betul ke?” Anita menduga hati suaminya.

“Ya… Bagi abang, cukuplah dengan kehadiran Nita dan Sarah Mitchell. Memang betul kata papa, abang gila kerana sanggup memadukan dua orang wanita.” Haris tersenyum. “Sudah. Cukuplah dengan kisah lalu. Lupakanlah kalau ia hanya akan merosakkan rumah tangga kita.” Anita memeluk bahu suaminya erat.

*****

Tiada guna kau kembali. Mengisi ruang hati ini. Semuanya telah belalu bersama lukaku. Semua yang telah berakhir antara hatiku dan hatimu takkan ada cinta seperti yang dulu… Tiada guna kau berjanji untuk setia menemani hatiku yang tlah terluka kerna dustamu. Semua yang telah berakhir antara hatiku dan hatimu. Takkan ada cinta seperti yang dulu…Semua yang telah berakhir antara diriku dan dirimu takkan ada rindu seperti yang dulu…

Lagu nyanyian kumpulan band Indonesia itu terus berkumandang di telinganya. “Apa pula lagu sedih pagi-pagi buta ni?” Maisarah merungut. Lagu ni buat orang hot aje pagi-pagi ni… Dia tersentak apabila sebuah kereta memberikan isyarat kepadanya supaya berhenti. Maisarah memberhentikan keretanya di bahu jalan. Seorang lelaki melangkah keluar dari kereta itu.

“Maaf ye. Tu… Tangki minyak awak tak ditutup rapat.” Kata lelaki itu. Dia menanggalkan cermin mata hitam yang dipakainya sambil menunjukkan ke arah penutup tangki minyak Maisarah yang terbuka. Terkocoh-kocoh Maisarah keluar dari keretanya dan mengetatkan penutup tersebut. Lelaki itu berlalu meninggalkannya. Maisarah meneruskan pemanduannya ke pejabat.

*****

“Mai…” Langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil. Hadi mendekatinya sambil tersengih. “Jom naik sama-sama.” Hadi mencapai briefcase yang dipegang oleh Maisarah.

“Eh, kau tak takut ke… digosip dengan singa betina ni?” Pertanyaan Maisarah dijawab dengan tawa. Dia memandang Hadi kehairanan. “Apa yang kau seronok sangat ni?”

“Kau le… Dasar…”

“Dasar apa?” Semakin kuat pula tawa Hadi.

“Dasar singa betina. Pagi-pagi dah marah. Apa kes? PMS ke? Mai… Cubalah sekali-kali kau tersenyum. Tak le orang takut nak dekati kau. Kalau macam aku ni, tak apalah. Aku memang tahu perangai kau macam mana. Tapi… budak-budak kat office tu tak tahu betapa kau ni seorang wanita yang lemah-lembut satu masa dulu.” Terkekek-kekek Hadi bercakap.

“Huh… Kau ni. Biarlah mereka tak tahu. Senang aku buat kerja.” Jawab Maisarah. Dia juga mula ketawa. Wajahnya kembali serius apabila mereka bertembung dengan beberapa orang pekerja lain. Seperti biasa, mereka hanya tunduk selepas memandangnya. Takut… Maisarah tersenyum di dalam hati.

*****

Kotak coklat yang berada di atas mejanya itu direnungnya tajam. Di sebelah kotak itu pula tersusun beberapa kuntum bunga anggerik yang cantik. “Siapa punya kerjalah ni? tak berfaedah langsung.” Maisarah merungut. Dia menekan butang interkom dan memanggil Sufiah, pembantunya. Tidak lama kemudian, Sufiah menjengukkan mukanya ke dalam bilik pejabat itu.

“Fi… Siapa yang letakkan coklat dan bunga ini di atas meja?” Dia bertanya.

“Tak tahu, cik. Erm…” Tergagap-gagap Sufiah menjawab soalannya. “Maaf, cik. Sebenarnya tadi, ada seseorang minta kebenaran masuk ke dalam bilik ini. Untuk memastikan dia tidak ambil atau kacau apa-apa, saya yang perhatikan dia. Dia cuma meletakkan kotak coklat dan bunga anggerik ni di atas meja cik.” Jelas Sufiah takut-takut. Risau kemarahan Maisarah akan meletus seperti gunung berapi. Dan yang paling dia risau, seluruh pejabat akan riuh dan ribut angkara kemarahan wanita itu.

“Erm… Tak mengapalah. Terima kasih.” Sufiah melepaskan nafas lega. Nampaknya mood Maisarah baik hari ini. Mungkin dia mengenangkan yang hari ini ialah Hari Kekasih. Wajah lelaki yang merayu untuk masuk ke dalam bilik Maisarah bermain di kepalanya. Walaupun sekadar berpakaian kasual, dia kelihatan segak sekali.

“Cik… Untung cik dapat boyfriend handsome macam lelaki tu. Kalau nak kahwin nanti, jangan lupa jemput saya, ye.” Terbeliak mata Maisarah mendengar kata-kata terakhir daripada Sufiah.

“Ehm… Sufiah. Tak ada apa-apa lagi yang saya tanya kat awak, kan? Lebih baik awak keluar dan buat kerja awak sekarang.” Maisarah mengelak daripada terus berbicara mengenai kehadiran lelaki misteri itu. Entah siapa. Jangan-jangan ada orang yang sengaja nak main-mainkan aku. Maklumlah, orang macam aku ni bukannya ada peminat pun.

Dia kaget apabila sejambak bunga muncul sebaik sahaja dia membuka pintu. Haris tersenyum memandangnya. “Happy Valentine’s, sayang.” Ucapnya romantis. Dia menarik tangan Maisarah keluar dari rumah sewanya.

“Susah-susah aje abang belikan bunga. Bukannya dapat dimakan…” Maisarah mencemikkan bibirnya. Sengaja ingin menyakiti hati Haris. Haris tergelak kecil.

“Kalau ini, kenyang tak?” Dia mengeluarkan sekotak coklat Ferrero Rocher dari belakangnya. “Abang tau, Sarah suka makan coklat…”

“Terima kasih… E… Baik betul boyfriend saya ni. Sayang…. abang.” Maisarah tersenyum memandang Haris.

“Sayang aje? Tak ada kiss ke?” Dia menyuakan pipinya mendekati wajah Maisarah. Maisarah mengelak daripada Haris.

“Jangan nak menggatal.” Pantas tangan Maisarah mencubit lengan Haris. “Sarah tak suka le. Pipi abang tu ada jambang. Geli.” Sengaja Maisarah mengelak. Memang, dia geli melihat rambut-rambut halus yang mula tumbuh di pipi Haris.

“Hm…yalah-yalah. Abang tak sempat nak cukur. Sibuk sangat. Itulah… Kalau ada orang jaga, tak pe juga. Tapi orang tu, asyik tangguh-tangguh aje.” Wajah Haris berubah. “Sayang… tak boleh ke kita percepatkan pernikahan kita?” Dia bertanya. Lama Maisarah mendiamkan diri. Dia akhirnya membuat satu keputusan.

“Abang bincanglah dengan ibubapa kita. Apa pun keputusan mereka, Sarah terima.” Jawapan Sarah menggembirakan Haris. Berkali-kali dia mengucup tangan Maisarah.

Maisarah tersenyum pahit. Kenangan itu masih lagi berada dalam dirinya. Hari Valentine yang tidak mungkin dapat dilupakan. Seumur hidupnya, hanya bersama lelaki itulah dia menyambut Hari Valentine. Tanpa sedar, air matanya mengalir lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s