senggugut

Hilangkan-Sengguguti hate this pain… setiap bulan terpaksa menempuhi kesakitan ni. duduk sakit, baring sakit, berdiri lagi la sakit…serba tak kena dibuatnya. kalau kat umah, memang sepanjang hari la aku akan terbaring terguling-guling kat katil macam la kesakitan tu dapat dikurangkan…yang ni, belum lagi tambah rasa sakit belakang, rasa mual, pening dan macam-macam lagi penyakit yang timbul gara-gara SENGGUGUT seperti lenguh, rasa mencengkam dan sakit di bawah bahagian perut, belakang dan kaki, kejang di bahagian pinggang, dan bengkak di payudara.

sebenarnya, tak semua wanita akan mengalami senggugut setiap kali datang haid. dan yang tak mengalami senggugut tu, memang la wanita yang sangat bertuah sebab boleh menjalani kehidupan seharian dengan normal berbanding wanita-wanita yang mengalami senggugut.

bagi aku, dah bermacam-macam cara aku buat agar kesakitan ni dapat dikurangkan. minum banyak air, sapu minyak panas, tuam perut dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam2 panas,  minum teh panas yang dicampur dengan halia, tidur, dan makan ponstan (yang ni opkos last opsyen sebab aku BENCI makan ubat!)…

actually, kalau nak disenaraikan, ada banyak petua dan pantang larang untuk orang yang mengalami senggugut teruk ni. kalau rajin buat research di internet, memang banyak info yang sangat membantu. cumanya, rajin atau tak nak buat…itu terpulang pada diri sendiri. antara langkah-langkah/ tips untuk mengurangkan kesakitan selain apa yang aku buat di atas adalah:

  • minum air suam dengan kerap untuk melegakan kekejangan di samping melancarkan peredaran darah serta merehatkan otot rahim yang kejang.
  • elakkan pengambilan minuman berkafein sebaliknya cuba la minum teh chamomile yang mampu memberikan ketenangan, mengatasi masalah gangguan perut di samping boleh mengubati insomnia dan penyakit migrain.
  • senaman ringan seperti yoga dan aerobik boleh dilakukan semasa atau sebelum haid untuk melancarkan peredaran darah serta menggalakkan pengeluaran hormon endorfin.
  • minum air rebusan halia pun boleh membantu mengurangkan rasa sakit senggugut.

whatever it is, hidup mesti diteruskan. setakat ni, aku masih belum sampai ke tahap perlu ambil cuti gara-gara senggugut. masih boleh bertahan walaupun kesakitan dan rasa tak selesa tu memang aku rasa dan mendatangkan kesan juga pada prestasi kerja untuk beberapa hari.

Leave a comment