dah tengah malam

dia call. katanya dia dah beritahu ayahnya yang dia nak kawin denganku. seronok betul dia tadi. dia minta aku bersabar sementara dia kumpulkan duit. aku jawab, aku akan tunggu. aku rasa, aku semakin yakin yang dia betul-betul cintakan aku. aku cuma tidak mahu menaruh harapan terlalu tinggi kerana takut kecewa lagi. biarlah masa yang tentukan jodoh kami. yang pasti, sepanjang kami berhubung…aku akan setia pada dia. akan sayangkan dia…dan akan ambil berat pasal dia.

kesal

baru semalam dia luahkan kekesalannya kepadaku, tentang tekanan yang dihadapinya kepadaku. tengahari tadi, kecoh bila dia diserang oleh seorang ibu murid gara-gara menghukum anaknya keluar dari kelas. aku terkejut dengan tindakan ibu itu yang bertindak terburu-buru. kenapa nak pertahankan anak yang memang sah bersalah? -> tak mahu buat kerja sekolah yang cikgu beri. bukannya cikgu suka-suka nak menghukum…ada sebab dan alasan.

aku hanya mampu menggelengkan kepala. pasti rakanku itu merasa malu diserang di hadapan rakan sejawat yang lain. lebih-lebih lagi setelah ibu itu menolak kasar kepalanya. bagiku, tindakan ibu itu sudah melampaui batas. menolak kepala seorang guru – tidakkah itu tindakan yang kurang ajar? guru memberikan ilmu kepada anaknya, sedaya upaya menjadikan anaknya anak yang pandai…tapi dia pula langsung tidak tahu berterima kasih, sebaliknya memaki hamun dan mencederakan seorang guru di hadapan orang lain! kenapa tidak nilai kesalahan diri dalam mendidik anak? kenapa mempersoalkan tindakan guru yang berniat ikhlas untuk mengubah sikap anak menjadi lebih baik??? kenapa, kenapa dan kenapa…hanya ibu-ibu seperti itu lah yang dapat menjawab nya.

kesal.

Si Tompok dan Si Tompet

haha…(gelak sorang-sorang). lucu bila ingatkan apa yang rakanku ceritakan masa beli kuih kat kantin tadi. dia cakap, ada budak terkencing dalam kelas. pastu semua budak2 dalam kelas merungut ada bau kencing kucing. jadi, kawanku gelarkan budak tu si Tompok. si Tompok pulak bergaduh ngan budak yang selalu gaduh ngan dia. macam anjing dengan kucing. jadi, budak tu digelar si Tompet. haha…jadi, sekarang di dalam kelas 3M ada la si Tompok dan si Tompet.

semalam, lepas terkencing dalam seluar, kawanku terdengar si Tompet bercerita dengan kawan dia sambil pegang-pegang tangan. lepas tu dia cakap, kat dalam ni ada p***. terbeliak mata kawanku. sah, dah rosak betul-betul otak budak ni lepas tengok vcd lucah. imaginasi dia dah melangkau tahap budak umur 9 thn (ish3, seram….). kawan aku pun cakap, dia tak nak budak tu tengok dia lagi. semacam je… sambil tergelak, dia kata bimbang budak tu fikir yang ‘bukan-bukan’ plak nanti. mana tau dia terkhayal sesuatu yang ada dalam pakaian dia ni…

hm, itu la…sampai sekarang aku tersenyum dengan perasaan yang risau dan bimbang. senyum bila ingat kisah si tompok dan si tompet. risau plak bila fikirkan masa depan budak tu. dan risau jugak kalau dia ter imagine yang bukan-bukan kat depan aku….huhu

malam ni – macam2 rasa

aduh..pening, pening… bosan tol dok sorang-sorang macam ni. takde kawan ngan bersembang. nak call takde kredit plak…huhu…nasib baik ada laptop sebagai teman, ada tv sebagai penghibur. kalau tak, boleh jadi ‘gila’ aku agaknya. macam2 kat otak aku sekarang ni.

keta aku masuk workshop sebab accident semalam…belum sampai sebulan pun keta tu ‘dilahirkan’…aku geram betul la ngan orang yang langgar keta aku tu. pelanggar lari. kurang ajar la. adik aku pun satu, tak tengok no plat keta tu. ish…tension, sedih! apa boleh buat, benda dah nak jadi.

bila fikir tentang dia, aku rasa happy plak. aku rasa sejak akhir-akhir ni, hidup aku berubah. hidupku jadi ceria. tension macam mana sekalipun, aku masih sempat lagi senyum. isk…rindunya. kalau la dapat bercakap dengan dia sekarang… tak suka tol masa talian terputus tadi. tak sempat nak habiskan cerita. 😦

bila fikirkan esok, aku rasa berat hati plak. petang esok ada budak2 nak datang belajar kat umah. bukannya aku malas nak mengajar…tapi, kurang suka kalau budak2 datang ke rumah. rasa macam hilang privacy untuk relaks2…nak hilangkan tekanan…nak berehat…huh!

Berkahwin Selepas Jumpa Surat Cinta

Steve Smith dan Carmen Ruiz-Perez akhirnya bertemu jodoh.

KALAU sudah jodoh tak ke mana. Begitulah yang berlaku pada sepasang kekasih di London, England, yang terpisah lama akhirnya berkahwin gara-gara surat cinta yang dihantar 10 tahun lalu ditemui semula.

Steve Smith dan Carmen Ruiz-Perez, masing-masing berusia 42 tahun, berkahwin selepas 16 tahun berpisah.

Pasangan itu jatuh cinta dan bertunang ketika usia mereka 20-an apabila Carmen berhijrah ke England untuk berlajar.

Bagaimanapun, selepas setahun pasangan itu terpaksa berpisah disebabkan Carmen berpindah balik ke Perancis.

Beberapa tahun kemudian Steve menulis surat kepadanya dalam usaha untuk menyambung percintaan yang terkandas.

Malangnya surat tersebut tidak sampai ke tangan Carmen apabila ia terjatuh dan terselit di tepi tempat pendiangan di rumah Carmen.

Carmen hanya dapat membuka surat cinta itu 10 tahun kemudian selepas ia ditemui apabila tempat pendiangan tersebut, baru-baru ini dirobohkan untuk pengubahsuaian.

Carmen yang masih bujang dan tidak pernah melupakan percintaan pertamanya itu – menerima surat Steve yang antara hanya menyebut: “Saya harap anda sihat. Saya menulis untuk bertanya sama ada anda telah berkahwin atau masih mengingati saya.”

Menurut Steve, dia tidak menulis panjang kerana mengagak Carmen sudah berkahwin.

“Tidak pernah terfikir selepas 10 tahun kami dapat bertemu semula,” katanya.

Pasangan itu kemudian bertemu di Paris beberapa hari kemudian dan mengambil keputusan berkahwin – 17 tahun selepas jatuh cinta kali pertama.

Sumber: Utusan Malaysia Online (22/06/09)

guru dan cabaran

kesian juga pada rakan sekerjaku tadi. mesti dia dah tak tahan sangat2 tekanan yang dihadapi gara-gara tingkahlaku murid-murid kat sekolah ni. sebenarnya aku pun merasai apa yang dia rasa. aku juga menghadapi apa yang dia hadapi, malah aku juga tahu apa yang dialaminya. TEKANAN!

sejak mula bekerja beberapa bulan lepas, aku rasa keadaan di tempat kerjaku semakin teruk. disiplin murid la yang semakin teruk. susah sangat nak diajar lebih-lebih lagi kalau pasal buang sampah. tak kira di mana, bila dan dengan siapa mereka berada…kat situ la juga mereka buang sampah. kami cikgu-cikgu yang melihat ni yang sakit mata rasa bagai dicucuk-cucuk melihat tingkahlaku budak-budak tu. belum lagi dengan sikap kurang ajarnya… bising, tak beri tumpuan dalam kelas, bergaduh… ditambah lagi campur tangan dari mak bapaknya… ish3…sapa la yang tak rasa tertekan?

aku ingat lagi reaksi kawan-kawan masa tau aku ditempatkan di sekolah ni kawan2ku cemburu. siap ada yang buat spekulasi aku minta tolong orang dalam aturkan supaya dapat mengajar di tempat sendiri. tapi hakikatnya, cabaran yang aku kena hadapi sangat la berat dan susah. aku bukannya orang yang tak tahan cabaran. cumanya, aku rasa letih terpaksa menghadapi keadaan ini selama berbulan-bulan. kadang2 terfikir juga kenapa cabaran ini diberikan kepadaku sedangkan aku sebenarnya bukan insan yang kuat dan tabah.

tapi bila difikir dan direnung-renungkan…Allah tahu tahap kekuatan makhlukNya. Dia takkan memberi kita kesusahan yang kita tak mampu nak tanggung. maksudnya di sini, aku diberi cabaran ini kerana aku mampu untuk menghadapi cabaran ini. mungkin juga cabaran inilah yang akan mematangkan aku dan menjadikan aku makhluk yang lebih bersyukur dan memahami kekuatan dan kelemahan diri.

jadi, aku kena hadapi juga cabaran ni walau apa pun yang terjadi. aku perlu kuat dan tabah.

awal pagi ni

terlewat sampai ke sekolah… terukla. pukul 6.15 baru terbangun. lepas tu berkemas-kemas macam lipas kudung. hahaha…itu je yang dapat menerangkan keadaan aku pada pagi ni di rumah sewaku yang kecil dan comel. memang macam ni la nasib orang yang duduk sorang2… terlambat bangun, tak de sapa nak kejutkan. kalau di rumah, emak la yang tukang kejutkan kalau aku dah tak sedar-sedar diri nak bangun pagi.

apa pun, next week…aku takkan tinggal sorang. mak dah suruh aku pindah balik ke kampung. dah tak bagi aku menyewa. risau juga rupanya orang tua aku bila aku dok sorang-sorang ni. maklumla…anak dara. hehehe…

aku pun dah bagitau kat tuan rumah yang aku akan pindah keluar kalau tak minggu ni, minggu depan. sempat lagi mengadu pasal tangan aku yang berbintik-bintik merah lepas meredah rumpun serai hujung minggu lepas. pakcik tu cakap, kena gigit agas. hah, padan muka aku. lepas tu dia suruh anaknya hantarkan krim sapu untuk letak kat tangan…hari ni masuk dua hari aku letak krim sapu tu tapi takde kesan apa-apa pun. risau ni… apsal lambat sangat baiknye…

malam tadi H berleter kat aku sebab tak bagitau dia pasal tangan yang gatal ni. dia komplen aku, tak pernah bagitau orang kalau sakit ke, demam ke…suka sangat simpan sorang-sorang. dah tu, tak nak makan ubat. degil sangat. haha…bagi aku hal ni hal kecik je. kalau sampai aku masuk hospital baru la bagitau dia. aku tak suka buat orang risau. sebab tu la kalau sakit tak teruk, aku tak cakap kat sesapa…tanggung sorang-sorang je. hm, belum lagi dia tau pasal aku bawa kerja balik ke rumah. lagi teruk aku kena leter kalau dia tau…hehe…pasal tu biar la rahsia. biar dia tak tau. shhhhhhh…

feeling good

j0440916
awal pagi ni hati aku rasa gembira sangat. tak tahu kenapa tapi…memang aku rasa bersemangat nak turun ke sekolah walaupun dah terlewat 5 minit (5 minit je…). budak2 macam biasa, menyapa apabila aku lalu di sebelah mereka dan aku rasa hari ni senyumanku paling manis berbanding hari-hari sebelum ni.

ish…kenapa ek? aku rasa pelik semacam je. mungkin kehadiran dia juga salah satu faktor yang menyebabkan hidupku jadi ceria dan bermakna. ditambah lagi dengan kewujudan murid2 di sekolah yang sentiasa ada di sisiku. lagipun, aku rasa tak ada salahnya aku rasa macam ni. kalau tiap2 hari rasa gembira, segar, bersemangat…pasti aku akan jadi insan yang paling bahagia di dunia ni.

aku rasa sangat bertuah sebab tiap2 hari aku dipuji cantik…manis… dan baik hati…oleh murid2 di sekolahku. pujian itu buat aku rasa dihargai dan disayangi. 🙂