SEMUA DAH BERAKHIR

 

akhirnya, aku memutuskan untuk berpisah dengannya. hari rabu, awal pagi aku menghantar sebuah mesej ringkas yang menerangkan maksud hatiku. aku ingin pergi dan tidak akan kembali semula padanya. sehingga hari ini, dia langsung tidak menghubungiku. mungkin itulah kata-kata yang memang diinginkannya sejak dulu. dan aku rasa, itulah keputusan yang terbaik sekarang. melepaskan orang yang tidak mencintaiku supaya hidupnya lebih gembira.

aku? aku rasa sedih. siapalah yang tak rasa sedih kalau melepaskan orang yang dicintai. malam tu aku mimpi ngeri gara-gara terlalu memikirkan dia. aku menangis dalam mimpi!

apapun, semuanya dah berakhir. i’ll not looking back for him. sekarang, someone is waiting for me. look very crazy for me. and i hope this is the last time i fall in love. huhu…very hurt.

kupinjam satu bintang

Ku rindukan dia, ku mahu belaian manja, ku ingin selalu disisinya…

Inikah bahagia, inikah kasih asmara, bernyanyilah hatiku dengan cinta

Ku tak ingin lagi berjauhan, usah kau hampiri perpisahan, seharusnya kau mengerti kasih hanya engkau di hatiku

Andai mampu ku menyentuh awan, akanku pinjamkan satu bintang dan kupancar seri yang gemilang itu kasih ke wajahmu

Ku berjanji sayang, ku menunggu dikau pulang, membawa cintamu yang terindah

Dengarlah kata hati

Kurindukan kasih dia, kumahu belaian manja, takkan kulupa cinta pertama

15 Jun 2009 (Isnin)

agak lama juga tak update blog ni. cuti sekolah, blog pun cuti jugak…hehe…

4 sampai 8haribulan… aku seronok sangat. walaupun bukan jalan-jalan tapi berkursus, macam-macam pengalaman manis yang aku perolehi. aku buat perkara-perkara yang aku tak pernah buat, aku buat masa kursus tu. dan satu perkara yang aku takkan lupa seumur hidup ~ rakit terbalik. aku satu-satunya perempuan yang naik rakit terakhir tu. masa dah nak bertolak, entah macam mana rakit tu boleh terbalik. yang aku tau, aku dah tenggelam dalam air dan aku pegang life jacket aku kuat-kuat. aku cuba tenangkan diri dengan menutup mata. akhirnya, aku timbul semula ke permukaan tasik. cepat-cepat aku berpaut pada rakit yang terapung tidak jauh dariku.

malangnya, aku pulak la orang terakhir yang diselamatkan. isk, tak patut betul. tapi, tak pe la…ada orang yang kurang bernasib baik yang tengah tercungap-cungap minta pertolongan…hihi…aku sempat ketawa tengok N yang tengah panik kat sebelah kayak Pegawai Penyelamat tu. selepas semua budak2 lelaki diselamatkan, rakit tempat aku berpaut ditarik ke tepi. dua orang fasilitator segera menarikku naik…huhu…aku dah menggigil kesejukan kerana dah terlalu lama berendam. akhirnya, saat-saat enjoy the moment tu pun berlalu…haha. lucu betul la…belum lagi ingatkan kes tiup belon sampai pecah. naik merah juga hidung aku terkena letupan belon tu.

masa 3 hari berkursus memang berlalu dengan cepat. sedar tak sedar, masuklah ke acara penutupan dan baru la terasa badan yang sakit-sakit kerana pelbagai aktiviti yang dah dijalankan selama beberapa hari tu.

balik dari KL…kawan-kawan satu sekolah rendah datang ke rumah. ‘menjemput’ku untuk bermain badminton. aku dengan selamba memberitahu ayah dan ibu aku nak keluar bermain dengan kawan-kawan. ibu dan ayah geleng kepala tapi, mengizinkan aku keluar. hari tu, seharian aku di luar rumah.

semalam…aku menghadiri kursus anjuran syarikat untuk kali yang pertama. memang sangat seronok walaupun terpaksa mendengar talk dari 4 penceramah. alhamdulillah, ilmu yang aku dapat hari ni sangat banyak dan bermanfaat. semangatku untuk menggapai impian pun makin tinggi. impianku pasti akan terwujud suatu hari nanti selagi aku tak berputus asa dan terus berusaha semaksimal mungkin.

hari ini…hari pertama ke sekolah. terlewat bangun! sudah tu…lupa pula kat mana aku letak kunci office. yang satu lagi spare ada kat dalam office. hm, mujur juga loceng belum dibunyikan ketika aku melangkah ke perkarangan sekolah. akhirnya aku terpaksa minta kunci pendua dari pejabat. malu sungguh. apapun, hari ini aku seorang insan yang positif…aku berjaya untuk tidak marah pada hari ini. 🙂 budak-budak pun semuanya baik hari ni.

tentang dia? malas la nak cerita. baik abaikan je. kalau asyik fikir, mungkin hari-hari yang kulalui ni akan jadi kelam, menyedihkan atau makin mengelirukan. biarlah dia dengan dunianya dan aku dengan duniaku. aku ada misi yang lebih penting untuk dilaksanakan sekarang. misi [3C=1iphone]. chaiyo2!

new_iphone

11 HINTS OF LIFE

1. It hurts to love someone and not be
loved in return. But what is more
painful is to love someone and never
find the courage to let that person
know how you feel.

2. A sad thing in life is when you
meet someone who means a lot to you,
only to find out in the end that it was
never meant to be and you just have to
let go.

3. The best kind of friend is the kind
you can sit on a porch swing with,
never say a word, and then walk away
feeling like it was the best
conversation you’ve ever had.

4. It’s true that we don’t know what
we’ve got until we lose it, but it’s
also true that we don’t know what
we’ve been missing until it arrives.

5. It takes only a minute to get a
crush on someone, an hour to like
someone, and a day to love someone-but
it takes a lifetime to forget someone.

6. Don’t go for looks, they can
deceive. Don’t go for wealth, even
that fades away. Go for someone who
makes you smile because it takes only
a smile to make a dark day seem bright.

7. Dream what you want to dream, go
where you want to go, be what you want
to be. Because you have only one life
and one chance to do all the things
you want to do.

8. Always put yourself in the other’s
shoes. If you feel that it hurts you,
it probably hurts the person too.

9. A careless word may kindle strife.
A cruel word may wreck a life. A
timely word may level stress. But a
loving word may heal and bless.

10. The happiest of people don’t
necessarily have the best of
everything they just make the most of
everything that comes along their way.

11. Love begins with a smile, grows
with a kiss, ends with
a tear. When you were born, you were
crying and everyone
around you was smiling. Live your life
so that when you die,
you’re the one smiling and everyone
around you is crying

cuti

472493645l

dah mula cuti beberapa hari lepas. tapi, kali ni aku balik lewat sikit ke kampung. aku settle kan semua kerja2 sekolah dan kemas2 rumah sewa sebelum balik. hari ahad baru la aku balik ke kampung. belum sampai sejam di rumah, El call ajak keluar. kali ni aku menerima ajakannya. kesian juga bila kenangkan ajakannya yang sering kutolak.

tepat jam 2.30, dia menjemputku di rumah. lepas minta permission dari ayah, kami pun keluar. destinasi pertama-wisma saberkas. lepas tu kami menuju ke TJ untuk makan tengahari merangkap makan petang…

kemudian pegi ke POPULAR dan jalan2 ke batu 7. jauh sungguh berjalan. sempat juga tengok kilang tayar yang terbakar kat jalan muara tuang tu. El pun siap rakam lagi kejadian kebakaran tu.

lepas tu, kami menuju ke rumah sewaku untuk mengambil sekotak besar hadiah yang kuterima semasa sambutan hari guru yang lalu. seronok betul tengok dia terkejut melihat kebesaran kotak yang kugunakan untuk mengumpulkan hadiah-hadiah tu. mengah jugak dia nak mengangkat kotak yang besar giler tu…hahaha…

hampir pukul 7 baru sampai di rumah. dia minta diri untuk pulang kerana takut terlepas solat Maghrib.

4hb ni aku akan bertolak ke kuala lumpur dengan partner-partner ku. huh…gementar juga lepas tengok video pasal kursus team building tu. harap-harap ia tak le seteruk yang ditunjukkan tu. dan semoga aku selamat sepanjang kursus tu berlangsung.

there’s one more news..tak tahu sama ada news ni baik atau tak baik. ada orang nak hantar pinangan ke rumah. aku rasa risau sangat. sebab aku tak kenal sangat orang tu. malam tadi tiba-tiba dia call dan cakap nak hantar pinangan. aku terus cakap jangan. tak boleh la… buat masa ni aku tak nak fikir langsung tentang cinta. hatiku masih sakit disebabkan oleh F. semalam dia mesej tanya untuk apa aku ke KL. aku reply la. then, dia tak balas-balas lagi mesej aku sampai sekarang. sakit hati…dia macam ‘chipsmore’ dah sekarang ni. sekejap muncul…sekejap hilang. dia ingat tu dia siapa nak muncul dalam hidup orang sesuka hati dia? dia memang jahat. suka buat aku tertunggu-tunggu macam orang bodoh. huhu… malang nasib aku ni.

apa-apa pun, aku akan teruskan hidup ni. banyak lagi perkara indah yang boleh aku cipta kalau aku berfikiran positif. dia bukan segala-galanya. aku masih ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa di sisi untuk menemani aku. dan yang paling penting sekali…aku masih ada cinta dari Allah Yang Maha Pengasih. doakan aku menjadi muslimah yang sejati…