dia juga manusia

aku mimpi tentang dia awal pagi tadi. pukul 4 pagi tadi tiba-tiba dia call dan kata rindu padaku. dia ingin sangat berjumpa denganku. tapi, aku tertidur plak.

yang tak seronok lagi, aku kena tadah telinga dengar mak berleter. aku rasa tertekan. aku tahu, kalau terus-terus di rumah memang aku akan hilang sabar. di fikiranku pada waktu itu hanya dia. jadi, aku buat alasan nak tempah banner untuk keluar dari rumah.

dalam kereta, aku call abang. ingatkan nak ke pantai untuk tenangkan fikiran, tapi dia cakap ramai kawan-kawannya ke tempat macam tu hari ni. hm, sedihnya. akhirnya kami buat keputusan untuk keluar sama-sama dan dia nak ajak kawan dia sekali. walaupun tak berapa suka dengan cadangan tu, aku tak kisah sebab yang paling penting ialah aku dapat jumpa dia dan keluar dari rumah.

sementara tunggu kawan dia datang, kami sempat berbincang. dia minta hari ni kami tak guna panggilan diri masing-masing (means ‘abang’ dan ‘sayang’). aku setuju (ni satu lagi yang buat aku rasa kurang senang. isk…). jadi, kami hanya akan panggil ‘awak’ dan ‘saya’ atau sebut nama je. bila kawan dia datang, kami akhirnya setuju untuk menjenguk rumah sewa kawan tu di samar indah. sepanjang perjalanan, aku lebih banyak bercakap dengan kawan dia je. dia pulak diam dan sesekali menyampuk. hm, tak cemburu ke? aku plak yang rasa tak sedap ati tengok dia macam tu.

sampai di samar indah, rupa-rupanya dah ada orang pindah masuk ke rumah sewa tu. kitorang tunggu sampai orang tu datang dan aku diperkenalkan kepada dua lagi kawan dia. masa kawan dia berbual-bual, kitorang sempat bercakap sekejap. tak lama di situ, kami pun balik semula ke satok dan tempah banner. lepas tu aku balik…

itu je la yang berlaku antara kami hari ni. kurang bercakap. tapi, aku hargai masa yang diluangkannya untukku. aku rasa, dia tak pernah menolak untuk berjumpa denganku kecuali kalau dia betul-betul kena bertugas. dan, sejak dia balik ke kuching, dia tak pernah kata ‘tidak’ untuk berjumpa denganku malah dah dua kali dia berdegil nak berjumpa.

malam ni, aku chat ngan adik yang belajar di Jordan. dia tanya perkembangan hubunganku dengan H. aku kata, ok je dan kami selalu jumpa pada hujung minggu. macam biasa, adik nasihatkan aku supaya tidak terlalu berharap. adik bimbang aku akan dikecewakan lagi. jadi, aku beritahu adik. soal jodoh, Tuhan yang tentukan. aku hanya berusaha untuk mendapatkan cinta dari seorang lelaki dan aku sentiasa berharap dia adalah insan yang dipilih Tuhan untukku.

sebenarnya aku rasa sedih…kenapa orang selalu fikir perkara yang negatif tentang dia? ramai orang menentang hubungan kami hanya kerana profesyen yang dimilikinya padahal bagiku dia juga manusia dan dia juga punya perasaan. dia juga layak untuk mencinta dan dicintai. jadi, salahkah aku bersama dengan dia?

namun begitu, tak semua orang menentang hubungan kami. aku masih ada cikgu-cikgu di sekolah yang menyokongku kerana mereka juga telah berkahwin dengan insan seperti dia. sokongan inilah yang menguatkan semangatku untuk meneruskan hubungan ini. aku juga sentiasa kata-kata dari seorang rakan, pertahankanlah hubungan ini jika kamu berdua benar-benar menyayangi antara satu sama lain. jadi, aku bertahan habis-habisan.

tapi, seandainya memang benar kami tidak berjodoh…aku redha. aku dah bersedia dan aku sudah ada rancangan sendiri…

hanya ingin kau tahu-repvlik

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo

aku rindu…sayang kamu

hehehe…tajuk jiwang. betul-betul rindu kat dia. malam tadi dia topupkan number aku. huhu…terharunya. mungkin dia risaukan aku sebab langsung takde mesej dia siang tu. aku sibuk sangat ngan laporan yang perlu dihantar. lepas pukul 12 aku terus stay d sekolah sampai pukul 4 petang.

sempat la tido dalam 10 minit, pastu aku terkejut bila budak2 kecoh kawannya terhantuk dekat gril besi depan Pusat Sumber. budak tu diusung masuk ke bilik bimbingan dan kaunseling. aduh…banyaknya darah. menitik-nitik atas tikar di bilik B&K. rasa macam nak pitam seketika. isk…ni yang aku ‘lemah’ sangat ni. terpaksa tahan diri dan lapkan darah di kepala budak tu. lepas tu aku bawa dia ke bilik Guru Besar untuk ubatkan lukanya. tapi…Guru Besar terus suruh aku telefon mak bapak budak tu supaya cepat-cepat ambil dia di sekolah. lepas budak tu balik, aku sambung kerja sampai pukul 4…

sampai d rumah pukul 5 petang dan terus tertido…isk, letihnya hari ni. terasa betapa lambatnya masa berlalu. malam, dia mesej. sempatla balas 1 mesej je, kemudian kredit habis. tak lama lepas tu dia topupkan rm10 untukku. tak puas mesej, dia call…lepas tu, masuk tido…

hari ni plak, aku rasa lega sebab dah siapkan laporan L4R- laporan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah rendah. tinggal laporan esei lagi…esok aku nak buat habis-habisan sampai petang. seronok pula stay di sekolah sampai petang sambil buat kerja. mengantuk memang mengantuk. tapi…kerja cepat settle.

lepas hantar laporan di PPD tadi, aku terus balik rumah. lupa nak beritahu dia yang aku dah sampai. pukul 4 baru dia call dan tanya. hm, rupa-rupanya dia duty malam ni dan dia balik awal. isk, kalau aku beritahu dia tadi aku nak balik, mungkin kami boleh jumpa hari ni… takpe la…esok2 kan masih ada. 🙂

cukupla cerita untuk hari ni. letih plak dan ada kerja rumah yang perlu dibereskan….

dating…

kuar ngan dia hari ni. tapi…bukan dengan dia je. ada kawannya sekali. kawan yang dia bawa masa jumpa aku hari rabu lepas. tak kisahlah, yang penting dapat jumpa. kitorang g kota samarahan. dia cakap, dah lama sangat dia tak pergi ke rumah keluarga angkatnya. aku ikut je…sebab bagi aku, yang penting dapat sama dengan dia. masa kuar dari rumah, adik bongsu je yang tinggal. jadi, aku tinggalkan pesan kat dia supaya beritahu kat mak dan ayah aku nak keluar jumpa kawan.

sampai depan kem dia pukul 11.30 pagi. terlewat setengah jam. nasib baik dia tak marah. mungkin sebab kitorang kena tunggu kawan dia yang masih tengah bersiap. bila kawan dia sampai, aku suruh dia drive…aku plak jadi mem kat belakang. haha…seronok.

sampai je kat rumah keluarga angkat tu, macam biasa aku rasa kekok sikit. masih kena buat ice breaking. untuk mengisi masa lapang, kitorang tengok tv. sambil2 tu, ada la borak2 ngan tuan punya rumah. borak punya borak, baru la aku perasan diorang dah salah faham. diorang ingat aku kapel dengan kawan abang…huhu. apa kes? sakit juga la telinga bila dengar diorang asyik suruh abang cari… nak cari apa lagi? bukan dah jumpa ke dengan yang dekat depan mata ni? aku merungut dalam hati. dia plak asyik cakap tak sedia je. isk…

dalam rancak2 berborak tu, orang yang ditunggu pun tiba bersama dengan seorang budak yang comel. budak tu la teman aku berborak sepanjang kat rumah. abang dengan kawan-kawannya sibuk membelek kereta yang tersadai di tepi rumah. ish, ingatkan dapat la berbual dengan abang…tapi, dia sibuk ngan kawan2 plak. aku rasa diriku diabaikan…x besh nye!

4.30 petang – kitorang berangkat pulang. sedihnya bila satu hari yang panjang berlalu macam tu je. langsung takde feel dating. masa kuar dari keta, dia hulurkan tangan. aku tengok muka dia. pelik…sejak bila plak nak men salam2 ni? oleh sebab ragu2 tu…akhirnya, tak jadi la kitorang bersalam. aku masuk ke kereta dan memandu pulang.

dalam perjalanan, tiba-tiba plak aku rasa menyesal. kenapa aku tak cium tangan dia sebelum pergi tadi? mesti dia rasa sedih. bila sampai di rumah, aku call dia…hm, nasib baik dia faham.

malam ni, dia duty. tapi, aku sempat berbual dengan dia tadi. dia masih rindukan aku walaupun dah jumpa. bila aku merungut pasal dia buat tak acuh je kat aku tadi, dia cakap, dia memang ada cuba nak tarik aku tapi…aku pula sibuk melayan budak kecik. sebab tu la dia ikut kawan-kawannya keluar. kalau ikut hati, dia memang nak dukung aku supaya jauh dari budak tu. alamak…aku tak perasan la. kesian dia. lepas tu, kitorang cakap pasal anak. dia nak didik anak dengan baik. dia nak, anak kami panggil aku ‘ibu’, dia plak dipanggil ‘ayah’. dan yang paling aku suka dengar, dia cakap yang paling penting, aku dah jadi milik dia. bahagianya aku rasa masa tu. hilang rasa sedih aku disebabkan dating tak menjadi siang tadi.

dia ajak aku keluar lagi esok. kali ni hanya kami berdua je yang akan berjumpa. takkan bawa orang lain. aku betul2 tak sabar tunggu esok. sebab…dia dah janji nak bagi gambar kat aku. sekarang, aku dah tak sabar nak tidur supaya esok hari cepat tiba…huhu…

semoga esok adalah hari yang bahagia untuk kami berdua…amin

(T_T)

hm…sedih plak rasanye. bila GB umumkan pertunangan rakanku tadi, semua mata memandang ke arahku lepas pandang dia… aku faham maksud pandangan tue…huhu. dan sekelip mata, ruang bilik guru tu pun ‘bising’ dengan pertanyaan ‘yang sorang single tu, bila lagi?’.

sebenarnya, aku ni tak kisah sangat bila orang tanya bila nak bertunang, bila nak kahwin, bila nak tamatkan zaman bujang. betul-betul aku tak nak peduli pasal hal nikah kahwin ni. tapi, kadang-kadang tu…aku rasa fedap jugak. letih nak mengulang jawapan yang sama, ‘tunggu lah’, ‘lama lagi’, ‘belum…’, ‘kumpul duit dulu’… kenapa la orang-orang ni sibuk sangat nak tengok aku kahwin? bukan selamanya aku nak hidup single macam ni. cuma masanya masih belum tiba. hal kahwin-kahwin ni mana boleh buat sembarangan. kena fikir masak-masak, hati pun mesti dah tekad bulat-bulat nak hidup berkeluarga, nak hidup dengan orang tu, dan bersedia nak tanggung komitmen untuk seumur hidup.

aku…rasanya masih ada sedikit rasa berat hati nak kahwin sekarang. nak fikir masak-masak dulu tentang keputusan yang maha berat ni. memang aku ingin bersama dengannya..tapi…

kisah semalam – Sarawak Cultural Village

dapat bangun lewat sikit hari ni. semalam Guru Besar cakap tak perlu datang ke sekolah. terus datang ke Kampung Budaya (Sarawak Cultural Village) memandangkan rumahku tak jauh dari situ. seronoknya, dapat juga bangun lewat sikit hari ni. selepas mandi dan berkemas…aku memanaskan enjin kereta. alamak! penanda aras minyak berkelip-kelip. hm, terlupa beli minyak. nasib baik kedai depan rumah tu ada jual minyak. selamat… 8.30 aku bertolak ke Kampung Budaya Sarawak…

8.45 sampai di parking lot tapi rombongan sekolah kami masih belum sampai. jadi, aku duduk menunggu di dalam kereta. berbual sekejap ngan buah hati tercinta. tak dapat bual lama-lama sebab dia kena g perbarisan. sempat lagi dia puji aku ‘comel’ semalam. hehe…makaseh abang…

9.15 – sampailah rombongan sekolahku. aku mengekori mereka dari belakang. nampak je kelibatku, semua kelihatan terkejut. hehe, surprise! diorang tak tau aku akan menyertai mereka dalam lawatan kali ni menggantikan Cikgu Ann. budak2 tu nampak gembira betul sebab sebelum ni diorang memang harap sangat aku dapat ikut diorang. akibatnya, semua nak ikut aku. nak jalan sama-sama, duduk sama-sama, ambik gambar sama-sama…dan sepanjang lawatan tu asyik nama aku je yang kena sebut. aduh, malu juga rasanya. tapi, yang best nya…dapat imbas balik zaman sekolah rendah dulu. percaya tak kalau aku cakap, dulu aku pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tarian tradisional? ha…disebabkan hal tu la aku selalu ke kampung budaya zaman sekolah dulu. memang seronok. selain dari ikut kumpulan tarian, aku pun pernah belajar main angklung…bangganya bila bercerita ngan budak2 tentang ‘zaman kegemilangan’ku dulu. 🙂

letihnya berjalan…perut pun rasa lapar. lepas belajar buat cincin manik, 12.45 baru dapat makanan. tiba-tiba aku panik. aiks, mana kunci kereta aku ni? habis isi beg aku selongkar. budak-budak dan cikgu-cikgu lain pun jadi panik. apa lagi aku yang takut sangat kalau-kalau aku tertinggal kunci di dalam kereta dan pastu kereta aku dibawa lari. sungguh-sungguh aku berdoa supaya kereta aku masih ada di parking lot dan kuncinya pun masih ada. tau apa terjadi? aku terselamat! kereta dan kuncinya masih ada di tempatnya. Alhamdulillah…masa tu aku rasa bersyukur sangat. marah juga pada diri sendiri sebab cuai sangat. nasib baik kereta aku tak dibawa lari. kalau tak…menangis air mata darah aku agaknya.

2.00 petang aku sampai di rumah. tau apa lagi yang tertinggal? kuih baulu coklat dan kuih cincin yang aku beli kat kampung budaya tadi…huhu….apa punya perempuan la aku ni? apasal pelupa sangat sejak akhir-akhir ni? teruk betul.

hm…perkara nak berlaku. apa pun, aku masih happy atas apa yang berlaku semalam. jumpa ngan buah hati yang dirindui. sekejap je…tapi cukup buat aku lupa nak buat kad ATM baru, lupa nak isi minyak kereta. hahaha….

happy

awal pagi dapat mesej dari dia. katanya dia dah ada di lapangan terbang, nak bertolak ke kuching. aku rasa seronok sangat sebab dia balik ke kuching hari ni. maklumlah, dah terlalu lama rasanya menunggu. janji nak jumpa esok…harap-harap jadi. rindu sangat kat dia….

lepas tu, sibuk ngan persiapan untuk ceramah kesihatan seksualiti remaja dan bengkel pencegahan dadah anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching. tiba-tiba pula kena jadi MC. banyak yang aku belajar dari Dr. Sarina tentang seksualiti. ada juga baiknya budak-budak didedahkan dengan perkara ni. sekurang-kurangnya, mereka dapat mengelak daripada mengikuti perkara-perkara yang tidak baik dan menghancurkan masa depan mereka. sibuk sangat sampai tak sedar ada mesej dan missed call. huhu…dah sampai rupanya dia. pukul 1 baru aku call dia balik. tapi, tak dapat cakap lama-lama sebab ramai budak2 datang nak bersembang. isk3….

balik dari sekolah, aku ke BSN. nak uruskan pasal kad ATM aku yang asyik bermasalah tu. hm, ingatkan dapat settle hari ni jugak. tapi, rupa-rupanya kad pengenalan aku tertinggal di rumah. isk, geram betul. buang masa dan buang minyak je…esok aku kena settle kan juga hal ni. kalau tak, memang susah la hidup aku. [konon!] hahaha….

agaknya minggu ni tak la rasa tertekan sangat macam minggu lepas. tak kisah la kena tegur ngan Guru Besar sebab bawa budak2 main ‘bola beracun’ yang berbahaya tu. malu juga la rasanya…tapi aku tau aku tak salah. dalam buku PJK kan ada permainan tu? hmm, mungkin Guru Besar risau ngan keselamatan budak2. sebab tu la dia larang main permainan tu…

bahagia dan derita

seseorang rakan pernah berkata kepadaku;

“orang yang tidak diuji tidak akan tahu tinggi rendah langit di atasnya. orang yang hidup dalam kemewahan akan mudah tenggelam tambahan pula jika kemelaratan tak pernah menyentuh jiwa dan atmanya…mana mungkin dia tahu nilai sesuap nasi. oleh itu, apabila Tuhan memberi ujian, bererti Tuhan mahu mengajarkan sesuatu…bila adanya gelap, erti sebatang lilin jadi berharga. apabila Tuhan bawa rusuh, erti bahagia jadi berjuta-juta. siapakah yang mampu memberi nilai rasa selain Tuhan? oleh itu, syukurlah pada Tuhan jika diri dilanda ujian.”

aku rasa, minggu lepas adalah minggu yang paling teruk dalam sejarah hidupku. ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, macam-macam peristiwa buruk berlaku. hari selasa, aku menghadiri temuduga pengesahan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. awal pagi lagi tayar keretaku pecah tak jauh dari jambatan santubong. mujur juga tempat tu masih tak jauh dari kampungku, dan nasib baik adikku ada di kampung minggu tu. kalau tak, aku pun tak tahu macam mana agaknya keadaan aku menukar tayar yang pecah tu. lepas peristiwa tayar pancit, tag nama ku pula patah. aduh, aku terpaksa gunakan klip kertas untuk lekatkan pin yang tercabut tu dengan tag nama. isk, nampak selekeh je…

khamis, mengalami pendarahan yang banyak a.k.a kebocoran sehingga terpaksa ke tandas untuk tukar pad baru. tak sampai 15 minit, dah ada budak yang bergaduh. dalam masa yang sama, budak2 tahun 3M cari aku kerana ada kelas PSV. aku kalut. mana nak uruskan budak tahun 6 yang bergaduh, mana nak masuk ke kelas PSV lagi…masa tu aku cuma fikir, alangkah baiknya kalau badan ni boleh dibahagi-bahagikan…boleh la aku buat lagi banyak kerja dalam satu-satu masa. hari yang sungguh meletihkan, juga sangat menegangkan. tension!

sabtu – lain hal pulak terjadi. scratch kan kereta orang. nasib baik orang tu tak maki hamun aku bila tengok bumper kereta dia scratch…aku lagi sedih tengok bumper depan kereta aku yang lagi teruk scratch nya daripada kereta dia. huhu, nangis tak berair mata….balik rumah, teruk juga kena leter ngan adik. belum selesai kes tayar pecah, ni dah tambah kes scratch kan kereta orang. memang confirm bajet aku bulan ni tak cukup….

perisitwa-perisitwa ni buat aku rasa heran dan tertanya-tanya kenapa aku asyik bernasib malang je. macam-macam hal kan.

aku muhasabah diri. mungkin itulah cabaran hidup yang aku kena lalui, kena jadikan pengajaran. mungkin ada hikmahnya. sebab sesuatu yang terjadi itu, pasti ada perkara yang tersurat dan tersirat di sebaliknya. siapa tahu… mungkin ini ujian dari Allah sebagai ingatan kepadaku. seperti yang kawan aku cakap…kita takkan menghargai kebahagiaan seandainya tidak pernah merasai derita.

aku harap, minggu ni keadaan akan berubah. dia pun akan balik ke sini esok. sekurang-kurangnya bila adik tak ada di sini, dia ada…namun yang pasti, Tuhan sentiasa ada untukku tak kira di mana dan bila saja aku memerlukan-Nya. Allahu Akbar!

huargh…

mengantuk nye…betul-betul kurang tidur ni. aku rasa dah macam ‘low bat’ plak. hilang tenaga. letiiiiiiiih banget. lepas sekolah tadi, aku langsung tak mampu nak drive. akhirnya, buat keputusan untuk tidur. sedar-sedar, jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. kelam kabut aku mengemaskan barang-barang dan bertolak pulang.

balik rumah…carik makanan tapi, nasi ada lauk tak ada. sedihnya aku. last2 aku g kedai beli mee maggie…