tawa dalam tangisan

akhirnya, dia sah menjadi suami orang. terus terang, aku merasa sangat kecewa! 20.12.2011…tarikh keramat bagi dirinya dan si isteri. seharusnya aku bergembira kerana berita ini membuatkan aku berhenti untuk terus berharap. tapi, entah kenapa air mata pula yang mengalir setiap kali mengenangkan betapa hancurnya hatiku ini. tanpa sedar, kehampaan ini melukakan hati insan lain…aku sedih. tanpa rela, pipiku dibasahi hujan air mata. tak tahu macam mana lagi nak luahkan kesedihan ni dengan kata-kata. (pending….)

Lara Lagi….

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia…

sedih bait2 kata dalam lagu nie..harap2 kisah cintaku tak jadi macam nie. tinggal lebih kurang dua bulan lagi untuk memastikan hala tuju hubungan nie. a bit nervous, but apa pun yang terjadi…aku akan terima.

menggatal

cuti akhir tahun dah bermula…lebih suka duduk di rumah, merehatkan diri…(padahal, hampir tiap2 hari kuar rumah. hehe). apa pun, untuk 2-3 hari ni, aku nak bersembunyi. sebenarnya dah tipu seseorang. aku cakap, aku di betong sekarang. bohong wajib namanya nie. mana taknya, kalau tak bohong, alamat kenala keluar dengan orang yang tak disukai @ laki orang merangkap bapak orang. huhu…apa la nasib! aku rasa makin rimas la sekarang bila si laki orang tu asyik call ajak keluar. yang si pakwe nie pulak, makin kuat melenting sejak tau si laki orang nie asyik ganggu aku. pantang betul dia bila aku lambat angkat call atau balas mesej. aiya…pening suda…. ntah apa2 la si laki orang tu gila menggatal nak ajak aku keluar. tau la aku nie setiausaha  yang baru. tapi, perlu ke sentiasa nak berhubung? i don’t think so…….aduhai…….tak cukup-cukup lagi ke dah 3 kali keluar bersama (kerana terpaksa dan tak dapat mengelak). cukup-cukup la tu…tak tahu la macam mana lagi bahasa sopan yang perlu diucapkan kepada si laki orang tu supaya tak mengganggu lagi di luar waktu kerja. kang cakap bahasa kasar, kita nie cari makan di tempat dia. tak pasal-pasal, silap hari bulan, dapat nama buruk plak. kontroversi sungguh! rasa macam nak letak jawatan pun ada nie. tapi, tak pa. sabar3… kang dah sampai masanya, selamat tinggal la kepada tempat kerja tu, kawan2 yg bekerja di tempat tu, dan individu2 yang berkaitan dengan tempat tu…aku pergi untuk mendapatkan kebahagiaan. chewaah…akhir kata yang sangat la jiwang…