secret admirer

Semalam ada call dari witheld number…ingatkan dari aeon, sebab tu la aku cakap bahasa malaysia. Bila ditanya, dia cakap dia secret admirer aku di fb. Terperanjat. Terus cakap, nang ada… Teringat Srol penah cakap tentang seseorang yang tanya dia tentang hubungan kami berdua. Mungkin dia kah orang nya? Aku bingung bila dia cakap nak jumpa hari isnin. Bagi alasan, kena jaga baby. Suara dia macam terkejut dan terus tanya, dah kahwin ke? Aku gagap. Rasa macam nak je mengaku, tapi aku tak nak dilabel penipu. Akhirnya cakap yang baby tu anak adik. Dia cakap dia nak balik ke miri.hari selasa…aku cakap insha Allah.. aku dah beritahu dia berkali2, aku tak keluar dengan orang yang tak dikenali tapi dia berkeras…akhirnya, aku tak dapat nak menolak. Yang peliknya, dia tak cakap pun nak jumpa bila dan di mana.. hm, mungkin dia dah tahu aku takkan datang…

i’m busy and i like it!

Julai…2 months since last post. start bulan Mei, macam2 aktiviti dan program berlaku. mei, ada kem kepimpinan murid dan kem motivasi UPSR. 2 minggu berturut2 kena tidur di sekolah. tapi yang paling mencabar sekali, masa kem kepimpinan murid. malam pertama, kena bawa peserta kem ke klinik 24 jam di satok. dia tergelincir dan tapak tangannya penuh ditusuk duri. hai, ni la yang dinamakan tulah! cikgu suruh tidur, dia dan kawan-kawan berjalan2. tau la malam tu panas, tak dapat tidur. sebab tak nak ditangkap cikgu, sanggup berjalan dalam gelap dan akhirnya tergelincir. tambah malang lagi, tapak tangan ditusuk duri. sapa yang susah akhirnya? cikgu…jugak. doktor takde cara lain nak buang duri tu melainkan cabut satu persatu. dari pukul 1 pagi menunggu. adik budak tu siap tertidur-tidur lagi. aku dan kawan pulak, masing-masing melayan henpon… pukul 3 lebih, budak tu keluar dari bilik doktor. nurse cakap masa ambik ubat, “maaf cikgu. tak dapat nak keluarkan semuanya. ada juga duri yang dah tertusuk masuk ke dalam isi. nanti dia akan keluar sendiri la. just sekarang ni, sapu krim je.” lepas tu, kitorang terus balik ke sekolah. mata mengantok sangat dan terus tertidur sampai subuh. abis je kem tu, tertidur sampai malam…adoi, memang rasa nak demam je. tapi syukur, tak jadi. aku masih kuat! teruskan dengan program ke 2…

mujur kem motivasi takde apa2 kejadian yang tak diingini. smooth je sebab dah banyak belajar dari kem yang pertama tu.

then, cuti sekolah pun bermula. solo trip to KK. last minit, kawan cancel so terpaksa la pegi sorang2. last minit jugak, mintak tolong M ambik di airport (dah lama betul tak contact dia. terpaksa tebalkan muka juga walaupun aku malu…) dia tolong carikan hotel untuk aku stay n pastikan aku betul2 dapat hotel baru la dia balik. Thanks M…macam tu baru kawan. sementara tunggu malam, baru la survey tempat bermalam di tambunan. nasib baik,, ada tambunan inn. terus book n bayar. mintak tolong sorang lagi kawan di tambunan untuk bawa aku ke sana. ai, trip kali ni memang semua LAST MINIT. nasib baik ada kawan di merata-rata tempat. n nasib baik juga,  muka ni muka kurang malu. so, takde la masalah sangat nak cari pengangkutan. malangnya, malam tu plan nak makan seafood tak jadi sebab dia ada hal. so aku decide jalan-jalan kat Centrepoint, jalan kaki je dari hotel. hehe…

esoknye, F plak ambik aku n bawa ke tambunan. hai, memang bernasib baikla…dia bawa aku makan tengahari, n terus ke rumah ruth. memang hajat aku ke sabah untuk attend wedding dia. sanggup teruskan perjalanan ke sabah walaupun terpaksa pergi sorang. semuanya demi KAWAN! esoknya, F juga yang hantar aku balik ke  KK n lusa pula hantar ke airport. berterima kasih sangat kat F sebab walaupun baru pertama kali jumpa, dia sanggup tolong aku dari awal sampai akhir. apa2 pun, aku bersyukur sebab selamat sepanjang perjalanan tu…seronok.

minggu seterusnya, trip ke KL dengan adik, baby and mak. yang ni pun, mintak tolong kawan baru jugak. S. kenal dari fesbuk je…nasib baik mak tak banyak soal.

minggu seterusnya lagi….kem kepimpinan pembimbing rakan sebaya di pusat kokurikulum negeri…kem berlangsung 3 hari 2 malam dan disertai 80 orang murid dari sekolah rendah sekitar kuching, padawan, kota samarahan, bau dan lundu. takde sebarang masalah…kecuali, tangan melecur masa wall climbing. nasib bah, kene naik tym panas terik. coach cakap, kulit ni lembut n nipis sebab tu aku sorang je yang melecur teruk. budak2 ok je walaupun ada juga yang merah tangan diorang…ai, nasib la kena tahan sakit untuk beberapa hari. jumaat, attend seminar. dan sabtu kene trusn sekolah la plak. ada hari pergigian… apa pun, sapa cakap aku tak boleh buat kerja langsung? hm…hujung minggu tu aku boleh kemas-kemas bilik lagi, tukar kedudukan perabot dalam bilik ke sana ke mari. bab menulis je aku kureng. kalau menolak, menyorong….no problem!

minggu lepas, hari jumaat kene berkejar2. nasib baik, dah pakar sikit memandu (hehe). balik dari sekolah, singgah umah kejap. ambik barang yang adik suruh hantar, terus pecut ke sarawak plaza pasal Ros dah tunggu kat sana. kitorang janji nak lunch sama2. then, ke Batu 7 sebab YDP call mintak tolong sign n ke bank untuk keluarkan duit dari akaun PIBG. lepas tu hantar plak duit ke sekolah lama…borak2 kejap, bincang dengan ustaz pasal program motivasi budak sekolah tu. last, ke KSKB…hantar barang kat adik. memang trip lipas betul la….nasib baik sampai di setiap destinasi on time. hari sabtu, turun ke sekolah lagi pasal ada majlis perjumpaan dengan parents budak tahun 6. lepas tu macam biasa, masa digunakan sepenuhnya bersama dengan keluarga. boyfriend? belum ada lagi…

minggu ni kat sekolah je. sedang berusaha menyediakan sudut PPDa. then, hujung minggu ada lagi hari permuafakatan. tu je la…

bz memang bz…tapi, aku tak kisah pun. sebab, aku enjoy apa yang aku buat. stress?? ofkos tidak! sebab tu la orang tua cakap, bekerja ni umpama jodoh. kita akan gembira melakukannya jika kita memang sukakannya. tapi, kalau kita tak sukakannya, kita kena la suka juga. sebab dah jodoh….macam cinta, kalau dah jodoh kita bersama orang yang kita cinta, maka kita akan menjalankan hidup dengan bahagia. tapi, kalau bukan bersama dengan orang yang dicinta, kita harus menerimanya dan belajar untuk menyukainya. kerana dialah jodoh yang ditentukan untuk kita. faham ke??? ok…