welcome september

one-of-the-simplest-ways-to-stay-happy-is-to-let-go-of-all-the-thing-that-make-you-sad-letting-go-quote

something happened this weekend. date yang tak menjadi sebab hero missing in action. how frustrated i am.. šŸ˜„ mungkin memang dah tertulis dia bukan jodohku. sayangnya, persahabatan 5 tahun berakhir dengan propose untuk kuar dating. kalau tahu, memang aku takkan ajak dia kuar dating. now, aku cuba nak melupakan apa yang dah berlaku antara kami berdua. sakit tapi, harus dilakukan.

1 september, letting go the past. moving on with new life. kamu, tq sebab pernah singgah sementara memberikan senyuman di wajahku. semoga bahagia dengan siapa pun yang bakal kau temui. saya doakan yg terbaik.

kasut oh kasut

Akhirnya…tamatla sudah riwayat “kasut kesayangan saya”…huhu. tq kasut, sebab setia berkhidmat sehingga hujung nyawa. dengan ini, bermulala pencarian kasut baru yang penuh dengan cabaranDSC_0244. untuk aku, membeli kasut merupakan satu perkara yang paling menyusahkan! sebab…nakĀ memastikan kasut yang dipilih tu selesa dan sesuai dengan citarasa, memang sukar. it must be like “love at first sight”. tak nak beli yang terpaksa beli semata-mata tak cukup masa untuk memilih atau sebab takde pilihan lain. kasut yang terbeli macam tu memang lastly cuma akan pakai sekali dua, then…simpan dalam rak kasut sampai berkulat ataupun kalau bernasib baik, mak akan bagi kat sepupu-sepupu atau anak-anak buah…

bila aku sukakan sepasang kasut, aku akan pabeetalk1407116558785kai sampai kasut tu rosak. then, baru la aku akan beli baru. apakah jenis kasut yang aku suka? kebanyakan kasut yang aku ada, memang bertutup penuh. yang tu aku memang akan pakai sampa
i rosak. secondly, kasut-kasut aku kebanyakannya comel-comel dan berwarna selain warna hitam. dulu2, aku ni agak skema juga la kalau nak turun kerja. mesti kasut hitam. tapi sejak akhir2 ni, memang jarang nak pakai hitam…sebab aku tengok ramai kat office pakai kasut macam2 pesen…so, aku pun ikut la “trend”…

jadi, hujung minggu ni bermula la misi mencari kasut baru. dah target beberapa kedai and i hope, pencarian kali ni takla susah sangat. or else, aku terpaksa la terus pakai wedges ni sampai wedges ni pun rosak jugak. alahai….teringin jugak nak tukar2 kasut seminggu sampai 5 jenis kan….apakan daya, aku ni jenis yang setia. pakai satu untuk seminggu cukup la. hari-hari lain selain kerja, pakai selipar jepun pun aku tak kisah.

uit. tunggu dulu… jom kongsiĀ tips…memilih kasut sebelum membeli šŸ™‚

1 – Waktu yang terbaik untuk membeli kasut adalah TENGAHARI, PETANG Ā atau MALAM sebab…pada waktu tu kaki kita mengembang dan lebih besar dari biasa.

2 – Rupanya kaki kanan dan kaki kiri kita ni, tak sama saiz. Jadi, pastikan beli kasut yang ikut keselesaan kaki yang lebih besar. Sarungkan kasut pada kedua-dua belah kaki, lepas tu berdiri tegak dan berjalanla seperti model di runway untuk memastikan kasut yang dipilih tu selesa untuk dibawa berjalan.

3 –Ā Pilih kasut yangĀ sesuai mengikut aktiviti yang nak dilakukan. Takkan nak gi hiking, beli kasutĀ high heelĀ plak…(eh, boleh ke?)

4 – Pastikan tumit dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut. Jangan pilih kasut yang dirasakan ketat kerana ini akan menyebabkan kaki anda melecet dan kemudian meninggalkan parut yang mencacatkan kaki anda…(macam kaki saya…huhu)

5 – Walaupun ada jualan murah ataupun ada promosi beli 1 percuma 2….jangan terpedaya sehingga mengabaikan keselesaan kaki anda. Pastikan kualiti kasut tu tiptop, jahitan kemas dan bahannya boleh membenarkan kaki kita bernafas dengan baik (terbayangkan ikan plak…adui)

6 – Last! Yang ni pun aku baru tau. Elakkan memilih kasut berwarna terang seperti merah atau oren kerana ia akan menyebabkan kaki kelihatan besar dan pendek. OMG! selama ni aku pakai2 je kasut warna terang ni sebab aku rasa, kaki nampak comel dan Ā cerah macam pakai fair and lovely…hihu..

jadi, kesimpulannya…utamakan keselesaan dan kualiti. harga murah, cepat rosak…beli banyak2 kali pun akhirnya harga dia pun sama juga macam beli sepasang kasut yang berkualiti. biar la “alah membeli, menang memakai”…

hati riang

pagi yang cerah…malam tadi memang tak lena tidur sebab nur zara tidur denganku. kesian gak tengok dia, mak nya sedang berkursus di pahang untuk 6 bulan. ayah nya plak tak selesa di rumah kalau adikku tak ada. hmmm, actually kehadiran nur zara bagiku ibarat cahaya terang di hujung terowong yang gelap. ketika aku bersedih kehilangan KA, nur zara dilahirkan. ceh, macam melahirkan anak sendiri plak.

ok, balik kepada pagi yang cerah. mungkin kecerahan ini terasa sebab bos takde di office hari ni. so, tekanan tu agak kurang. ditambah lagi semalam, semua kerja berkaitan dengan dialog prestasi from my part dah SIAP! siap lepas dicross compare oleh 4 mata…jenuh plak asyik silap hantar data. kesian tukang kumpul. last2, pagi semalam aku decide, tunggu sampai semua final…baru hantar. biarla ingkar arahan pun, yang penting orang tak pening..tak salah menyenangkan urusan kawan.Ā akhirnya aku balik pukul 6 petang…

pagi ni ada mesyuarat untuk Anugerah Ketua Menteri Sarawak. aku just hadir untuk mewakili bos je…dapat ilmu baru lagi. sambil typing sambil breakfast…ahahaha…well, perempuan kan boleh buat banyak kerja dalam satu-satu masa. tapi, jangan sampai tercekik macam aku tadi. tengah makan, tiba-tiba bos besar masuk…nasib baik kuih tu tak terkeluar balik. uhuk2…hati2 ye. so, sebelum i g meeting. jom nyanyi2 untuk ceriakan hari rabu yang indah ini….Hati-hati from Amira Othman

Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas, aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hatimerpati-putih-dua
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Dalam cerita ada rahsia

Rahsia engkau, aku dan dia
Masih aku tertanya apa pengakhirannya
Lekas, aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Wahai merpati dua sejola
Jangan kau terlupa
Ikutkan hati engkau kan mati
Ikutkan rasa kau binasa

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Jagalah kau hati
Takut kan patah hati
Dan kali ini ku biar rasaku
Jadi kau hati-hati

aku yang dulu, bukanlah yang sekarang

Beautiful+Autumn+Scenery+Wallpapers+011

berlaku perubahan dalam hidup. perubahan yang sangat besar sekali. kahwin? haha..belum lagi. i’ve been promoted! yeay! alhamdulillah kerana usaha selama 5 tahun ni, dibalas dengan sesuatu yang tak dijangka. siapa sangka, seorang aku…mampu sampai ke tahap ini? erk, baru je beberapa hari tapi…i’ll give everything i have; my passion, my soul untuk laksanakan tugas ni sebaik mungkin. semoga aku terus kuat dan tabah. dan…terima kasih atas segala dugaan dan cabaran…walaupun jalannya penuh liku, tapi dengannya aku mampu melangkah LEBIH JAUH.

Muncul Semula

Tajuk yang menyeramkan ke? Tak kot… dah hampir dua bulan tak update blog. Sibuk sikit. Lebih baik sibuk, supaya tak fikir sangat tentang dia. Memang, masih terasa sangat kehilangan dia. Tapi, hidup mesti diteruskan. Hidupku berjalan seperti biasa walaupun ada lompong kecil. Tak mengapa, time will heal the pain. (Eh, betul ke ungkapan ni?)

Minggu lepas, 10 hingga 11 mei, mengendalikan kem kepimpinan murid di sekolah. A bit stress guru-guru yang diharapkan, tidak memberikan kerjasama yang baik. Dahla bilangan peserta ramai, yang datang pulak sedikit. Apapun, yang penting kem tu berjaya dilaksanakan. Tak kisahlah orang asyik cakap kelemahannya. Ada juga pengajaran yang kami dapat. Orang yang mengkritik tu boleh jugak jadikan guideline untuk diorang plak handle kem motivasi hujung minggu ni. Biar diorang plak rasa macam mana nak handle bilangan peserta yang ramai dengan penglibatan guru yang sikit. Aku dan kawan-kawan, akan tengok dan perhati je. Sebab kitorang dah berhempas pulas bekerja minggu lepas. Hm, bila tym macam ni, harap sangat dia ada. Biasanya, dialah tukang bagi semangat. Boost up balik semangat sku. Dia akan cakap, pedulilah apa orang nak cakap. Yang penting kita dah buat all out. Itunyang selalu dia cakap. Walaupun dah berulang kali dia cakap benda yang sama, aku tak bosan. Sebab kata-kata tu dari dia!

Malam ni dinner hari guru di grand margherita. Dah prepare satu persalinan pakaian bertemakan oren, putih dan hitam. Hai, pening pala nak setting2 mekap2 ni… Bukan nak menonjolkan diri. Cuma, harap tak la nampak kolot sangat berbanding orang lain yang berhias sakan. Nak menarik perhatian lelaki? Tak terlintas sama sekali. Rasanya dah selesa bersendirian. Hampir setahun single, tak terfikir lagi nak mencari teman lelaki. Mak dengan kawan nya sibuk kenalkan aku dengan seorang lelaki tapi, hmmm belum ada feeling lagi kat dia. Hai, tak tau la macam mana nak cakap. Takde chemistry kot antara aku dengan dia. Sekarang ni, masing-masing buat hal sendiri.

Plan cuti semester? Dah beli tiket ke Sabah. My best friend’s wedding! Akhirnya….hehe. Antara kami bertiga, akulah yang terakhir menamatkan zaman bujang. Dah nasib… Tapi…ada ku kesah?.. 28 hingga 31 akan berada di negeri bawah bayu. Yang buat aku risau sekarang ni, lawatan GBK dari kelantan. Petang ni akan jumpa dengan pegawai JPN untuk taklimat tentang program tu. Apa-apapun, petang ni baru dapat confirm. Harap-harap cutiku takkan terganggu gars-gara program ni. Huhu, sapa nak ganti balik rm307 dan wonderful moment hang akan aku hilang if plan aku ni tak jadi?

Ok…masa menjaga exam dah nak tamat. Budak-budak dah mula bising. Hisy diorang ni…

Cerita Kita…

Actually baru lepas tengok cerita ni hujung minggu lepas dengan N. Ala, tak kisahla dia tu boyfriend atau bukan, yang penting sama-sama menghayati cerita tu. So far, memang best walaupun orang cakap, cite arahan Pierre Andre macam sampah. Ade ku kesah? Pandangan setiap orang kan berbeza… bagi aku, cerita ni buat aku terfikir bahawa cinta tu memang penting. Nak menjalinkan hubungan dengan seseorang pun mesti ada perasaan cinta juga. Dan, kenalah terima dia seadanya. Tapi kalau nak terima pun, berpada-pada la jugak.. betul tak???

kamu di mana?

rindu.sedih.marah. itu yang saya rasa sekarang. kenapa suka sangat buat macam ni? kalau dah suka, bagitau je. jangan buat saya macam ni. saya pun ada perasaan. tolong, jangan dipermainkan. walaupun dalam hati ni ada segunung cinta yg kuat untuk awak, tapi apa gunanya kalau hati awak untuk orang lain. apa gunanya kalau hati saya hanya untuk awak permainkan saja? [to be continued…]

kerna terpaksa

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tubuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka

sedih…kenapa harus berulang-ulang kali menghadapi situasi ini? dia menghilang lagi. kali ni langsung tak dapat dihubungi. entah kenapa…rasa terlalu penat bila terpaksa berulang ulang dan ulang kali melalui keadaan ini. adakah akhirnya nanti aku terpaksa menyanyikan lagu ini sebagai tanda pengakhiran hubungan cintaku?

target…

4 bulan lagi…kalau jadi, alhamdulillah. kalau tak jadi, terpaksalah terus menunggu ataupun beralih arah. apa tu? actually i’m still in love with someone..dah 4 tahun starting 2008. someone yg aku kenal from the place i get my degree. šŸ™‚ dah plan dari awal tahun…hope semuanya berjalan lancar dan jadi kenyataan. bukan sekadar fantasi…takut tak jadi. kejadian yg lepas tu, buat aku trauma, fobia atau apa2 je perkataan yang seerti dengannya…tak mahu sejarah berulang lagi

persoalan yang terberat

ooohhh..ada lagi keluar isu ‘kahwin’. kahwin…kahwin…dan kahwin…makin bertambah usia, makin rasa tertekan plak. macam ni la rasa kawan sebilik ku dulu, masa dia berusia 28 TAHUN. ya tuhan…kenapa berat sangat permasalahan tak kahwin bila umur dah mencecah 28 TAHUN nie. memangla sekarang zaman dah berubah. tapi, tak semua orang dapat terima pemikiran bahawa, berkahwin di usia lebih 26 tahun ni is no big deal…pening kepala aku sekarang ni. fikir bila nak kahwin. dulu, masa belum capai umur 28 tahun, aku masih boleh rileks. tapi sekarang, tinggal beberapa hari aku rasa semakin muak dengar soalan, cerita dan apa2 je yang berkaitan dengan KAHWIN!!! oh no…nak je aku jawab, “nak buat macam mana, jodoh tak sampai lagi.” “nak buat macam mana, orang yang ditunggu tak datang2 lagi.” wahai manusia, cubalah faham keadaan aku sekarang ni. kalau aku nak kahwin, bila2 masa je aku tanya, confirm ada orang yang nak masuk meminang. masalahnya, orang yang aku tunggu tu….tengah menghilangkan diri. orang tu plak, macam tak faham2 plak perasaan aku sekarang. “awak, tolonglah faham keadaan saya sekarang. kerje, kerje jugak awak…jangan la sampai takde masa nak uruskan hal kita plak. stress saya macam ni tau tak…” huhu….