cinta monyet

 

love at first sight

love at first sight

usia 13 tahun, aku mengenali E melalui sepupunya. apabila sering diusik, kurasakan aku mula sukakannya. kami sering bertemu secara kebetulandi dalam bas. maklumlah, ketika itu aku sudah pun masuk ke sekolah asrama dan dia pula berulang-alik ke sekolahnya di bandar. setiap kali kami berdua berada di dalam bas yang sama, pasti ada yang perasan dan keadaan di dalam bas itu mula riuh. aku hairan macam mana ramai orang tahu tentang gosip yang melibatkan kami berdua. bermacam peristiwa indah berlaku dan mula mengisi ruang hidupku. aku terus menyukainya dalam diam…

tahun berganti tahun, tak sedar 9 tahun aku memendam perasaan terhadapnya. aku cuba untuk mencintai orang lain tetapi hatiku tidak dapat melupakannya. aku terlalu mengharapkan cintanya. akhirnya, setelah mengumpulkan sepenuh kekuatan dan keberanian, pada satu malam aku membuat keputusan untuk meluahkan perasaanku. malangnya, niatku terpaksa ditangguhkan. malam itu juga dia meluahkan kesedihannya kerana putus cinta. hatiku hancur. namun, aku sedaya upaya memberikan sokongan kepadanya sebagai seorang kawan. tidak sekali pun aku menyebut tentang perasaanku. mulai saat itu juga, aku belajar untuk menerima hakikat yang hubungan ini tidak mungkin akan dapat diteruskan ke tahap yang lebih tinggi. aku pasrah dia hanya menganggapku sebagai teman biasa sahaja.

sehingga kini kami masih berkawan walaupun jarang sekali berhubung. aku kini dengan hidupku dan dia pula sudah ada teman baru. rasa cintaku? mungkin akan hilang seiring waktu

Leave a comment