servis kereta & APC

fuh! lebih setengah jam menunggu di luar perodua service. macam-macam hal berlaku hari nie. tadi silap ambil jalan nak ke sini. lepas tu kena tunggu lama plak sebab service centre ni tutup sampai pukul 2. nasib baik ada laptop n ada line. so, bolehla hilangkan rasa boring sikit.

banyak giler kerja hari nie. dari pagi tadi tolong guru besar ngan urusan LNPT dan kemaskini status anjakan gaji ngan status gaji melintang or menegak and last, anugerah perkhidmatan cemerlang. actually excited sebab dapat markah tertinggi LNPT tahun nie. aku tengok markah tu depan mataku sendiri masa edit keputusan tu.. 90.6 patut dapat anugerah cemerlang tapi sebab belum sah jawatan dan masih muda, so tak layak la nak dapat tahun nie. tak sedih pun, sebab rasa macam tak layak lagi nak dapat anugerah tu. masih banyak kerja dan kemahiran yang belum dikuasai, apa lagi pengalaman bekerja. tapi, i’m very happy that walaupun usaha dan tenaga kuselama ni macam tak diendahkan, sekurang-kurangnya di atas, aku dapat markah tinggi! hope dapat keep up that good work dan upgrade diri dari semasa ke semasa. mana tau, tahun depan dapat lagi… Alhamdulillah…

bila cinta

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

rasa sangat sunyi sejak akhir-akhir ni. entah apa yang kuharapkan lagi dari seorang yang bernama F. tiap-tiap hari menjenguk facebook dia dan apa yang kudapat hanyalah kedukaan.