rasa bersalah

just nak share rasa bersalah yang kualami sekarang ni. cuti tahun baru cina…aka beberapa hari lepas, D datang ke kuching untuk bertemu denganku. mulanya, aku rasa gembira kerana keikhlasannya sanggup datang dari jauh semata-mata ingin berjumpaku. ketika itu, kurasa aku bersedia untuk menerima dirinya seadanya.

pagi pukul 7 dia menghantar mesej kepadaku mengatakan dia sudah berada di terminal bas ekspres dan sedang menungguku di sana. aku membangunkan adikku dan mengajaknya menjemput D. sampai di terminal, aku mencari-cari D dari dalam kereta. adikku lah yang lebih dulu melihatnya. dan apabila dia muncul… ADUH! aku hanya mampu menggelengkan kepala. tidak mampu berkata apa-apa lagi. ternyata, dia itu sangat rendah. dan aku langsung tak dapat menerima kekurangannya itu. akhirnya aku hanya mendiamkan diri dan sesekali menyampuk perbualannya dengan adikku walaupun kurasa sangat kekok sekali.

sampai di rumah, kenalkan dia kat bapak. lepas tu tinggalkan dia, dan aku menyibukkan diri di dapur. entah kenapa aku rasa seolah-olah tak ingin bercakap dengannya dan mahu dia segera keluar dari rumahku dan meninggalkan aku secepatnya. Ya Tuhan….

nanti sambung lagi. tak boleh nak continue plak…

takkan pernah ada – geisha

dia

memang hanya dia

kuselalu memikirkannya

tak pernah ada habisnya

benar dia

benar hanya dia

kuselalu menginginkannya

belaian dari tangannya

mungkin hanya dia

kata yang paling terindah

di perjalanan hidupku

sejak gerak denyut nadiku

mungkin hanya dia

indahnya sangat berbeda

kuhaus merindukannya

kuingin kau tahu isi hatiku

kau lah yang terakhir dalam hidupku

tak ada yang lain hanya kamu

tak pernah ada

takkan pernah ada

lagu fevret aku sejak akhir-akhir ni…

My Valentine

If there were no words
No way to speak
I would still hear you

If there were no tears
No way to feel inside
I’d still feel for you

And even if the sun refuse to shine
Even if romance ran out of rhyme
You would still have my heart
Until the end of time
You’re all i need
My love, my valentine

All of my life
I have been waiting for
All you give to me
You’ve opened my eyes
And showed me how to love unselfishly

I’ve dreamed of this a thousand times before
In my dreams i couldnt love you more
I will give you my heart
Until the end of time
You’re all i need
My love, my valentine

La da da
Da da da da

And even if the sun refuse to shine
Even if romance ran out of rhyme
You would still have my heart
Until the end of time
Cuz all i need
Is you, my valentine

You’re all i need
My love, my valentine

cemburu…

cemburu tengok gambar kahwin kawan-kawan. cemburu bila dengar kawan-kawan nak tamatkan zaman bujang…huhu…tapi, dalam cemburu tu aku rasa bahagia pulak untuk mereka. syukur, akhirnya cinta mereka dapat diteruskan ke alam pernikahan. aku pula…masih terjatuh bangun dalam perjuangan mencari cinta sejati..

hari kekasih

esoklah harinya… tapi, aku rasa…seperti tahun-tahun yang lepas, aku takkan menyambutnya. ingin, tapi..sudahlah. mungkin aku tak patut menyambutnya pada 14 Febuari sama seperti pasangan kekasih yang lain. kan masih ada hari yang lain…

sekarang ni…aku masih lagi berhubung dengan H. dah putus, tapi…aku tak mahu hubungan kami terhenti. biarlah kami terus berhubung sebagai teman rapat walaupun hakikatnya bila bertemu, kami tak ubah seperti pasangan kekasih yang masih dilamun cinta. huhu…sabar je lah. tak ada apa lagi yang boleh dilakukan selain menerima hakikat yang kami hanya boleh bercinta secara rahsia. tapi, sampai bila???

F…mungkin aku sudah seharusnya melupakan dia. lepas jumpa dengan kak aisyah, aku rasa cintaku untuknya hancur berkecai2….aku pun berusaha membunuh rasa cinta itu dengan rasa benci. benci kepadanya kerana membiarkan aku sendirian padahal dia sudah ada teman yang lain. kejamnya dia. kalau ye pun dah ada orang lain, cakaplah. jangan diam je dan biarkan aku tertunggu-tunggu macam orang bodoh.  nasib baik aku ada instinct yang kurang baik tentang hubungan ni dan buat keputusan untuk putuskan hubungan dengan dia. tapi aku masih tak puas hati lagi. sebab dia langsung tak bagi respon langsung tentang tindakan aku. agaknya itulah yang dia nak selama ni. aku yang putuskan hubungan, supaya aku rasa sedih dan menyesal buat keputusan tu. aduh, sakit betul rasanya.

dahlah. apapun aku patut bersyukur sebab sehingga sekarang aku tak pernah sendirian lama-lama. pasti ada yang ‘singgah’ di hatiku dan menemani aku. memang aku beruntung berbanding rakan-rakan yang masih lagi single dan tak pernah mengalami rasa cinta. aku, single…tapi…selalu jatuh cinta dan selalu dalam perhubungan cinta…dan oleh kerana selalunya aku jatuh cinta, maka selalu lah juga aku terluka. haha…betapa ironisnya! (tawa dalam tangisan)

mengulit kenangan

semalam, akhirnya aku menjejakkan kaki ke MRSM Kuching. sekolah lama yang meninggalkan banyak kisah dalam hidupku. suasananya masih terasa sama walaupun ada beberapa perubahan berlaku selepas 9 tahun aku meninggalkannya. 9 tahun…wow!

sebenarnya, semalam adalah kali pertama aku menyampaikan ceramah di luar sekolah. entah kenapa aku memberanikan diri untuk meng ‘grab’ kan peluang yang dibuka oleh kak aisyah kepadaku 2 minggu lepas. 2 minggu untuk mendapatkan keberanian bercakap di hadapan orang yang tidak dikenali. aku ragu-ragu, namun demi perkembangan diri dan kerjayaku aku beranikan diri. akhirnya… tempoh 2 minggu aku kumpulkan kekuatan itu akhirnya kulepaskan selama 2 jam di MRSM Kuching. aku mengakhiri ceramahku dengan rasa lega.

nak balik…sempat berbual dengan kak aisyah tentang dia. huhu…dalam gelak ketawa, aku menyembunyikan kehancuran hatiku apabila mendengar berita yang dia akan berkahwin dengan orang lain tidak lama lagi. sedihnya! aku hanyut lagi dalam kesedihan.

sampai di rumah, aku berlagak seperti biasa walaupun hakikatnya aku sedang bersedih. untuk cuba lupakan perasaan ni, aku pun mula mengingat kenangan-kenangan di zaman sekolah menengah. sekurang-kurangnya tak la aku fikirkan sangat tentang dia.

kesedaran…

dah dua hari tak ke sekolah. demam. kalau ikutkan hati, aku nak ke sekolah. sekurang-kurangnya ada kerja yang boleh aku buat. tapi, risau juga kalau keadaan aku ni menyusahkan orang lain. mana tau ada orang tak tahan dengar bunyi batuk. dan aku risau kalau anak-anak murid aku terkena jangkitan pula. tau-tau je la budak-budak tu tak boleh nampak aku. kalau dah nampak, memang diorang akan datang padaku. macam ahli sihir pula.

beberapa hari dalam keadaan sakit. sebenarnya, aku nak salahkan diri sendiri kerana cuai menjaga kesihatan. terlalu ikutkan perasaan sampai memaksa diri. inilah akibatnya…demam dan batuk-batuk. kerja terbengkalai. padan muka!

aku mula sedar, harus sayangi diri sendiri. kemudian, barulah sayang orang lain. selama ni terbalik prinsip yang kupegang. terlebih sayangkan orang, sampai abaikan diri sendiri. aku sedar, sayangkan diri tak bermaksud pentingkan diri. hanya memberikan kasih sayang untuk diri sendiri. itulah yang paling utama.

jadi, mulai hari ni…mesti sayang diri sendiri. jaga diri dengan baik. tak mahu paksa-paksa diri dengan teruk lagi. cukuplah apa yang dah berlaku sebelum ni. jadikan pengajaran.