kami dan kenangan

aku keluar dengan bestfriendku, aien dan christina dua hari lepas. mula-mula menjemput mereka berdua di rumah Aien di kuarters PERYATIM. hah, awal2 lagi dah kena gelak ngan budak dua orang tu sebab aku pegi tempat yang salah. rupa-rupanya, kuarters PERYATIM tu di luar Kompleks PERYATIM. isk, harap2 orang kat situ tak perasan kedatangan aku. lepas jemput Aien dan Chris, kami terus ke Terminal Bas Batu 3 untuk membeli tiket bas ke Bintulu. Settle hal tiket, kami ke Boulevard – tak jauh dari terminal bas. Sekali lagi…aku buat lawak bodoh. tersilap tekan butang interkom la pulak. patut la tiket parking tak kuar2. isk…ketawa sampai sakit dada. hampeh betul la…macam mana aku boleh malukan diri sendiri macam ni. di boulevard, kami mulakan misi window shopping. hehe, tengok2 je. sekarang ni mana ada fulus nak borong barang2 tu. sakit mata tengok tag diskaun 70% yang bergantungan kat kompleks membeli belah tu… lebih sejam, chris pun mengadu sakit mata jugak n ajak kitorang gi cuci mata. so, kitorang kuar dari boulevard dan terus ke waterfront…

duduk dan makan aiskrim d waterfront sampai 6.30 petang. masng-masing berkongsi cerita tentang kehidupan bergelar seorang guru. pelbagai cabaran dan ragam manusia yang perlu dihadapi. kisah rakan-rakanku membuatkan aku cukup bersyukur dengan apa yang kumiliki sekarang. ternyata aku cukup bertuah kerana dihantar posting di sekolahku sekarang.

lapar…kitorang menjamu selera di Raja Ayam Penyet tak jauh dari Masjid India. sedap la jugak…sekurang-kurangnya terubat rindu kat nasi lalapan yang kitorang selalu makan di Miri. huh.

7.00 malam, hantar chris ke terminal bas. sedihnya saat-saat perpisahan. sebelum balik, chris kata ada rahsia yang nak diberitahunya. isk, apa pulak la rahsia yang budak ni simpan? finally…argh!!! chris pun dah kawin rupanya. cis, sia2 je aku kira dia sekali masa tengah kira berapa orang lagi classmates kitorang yang belum kahwin. hm…patut la dia ngan Aien sengih2.

sebelum balik, singgah sekejap di rumah Aien. huhu…gembira tengok kehidupan dia dan suaminya. best juga rupanya dah kahwin ni. aku tengok wajah diorang berseri-seri. dan yang paling ketara, perubahannya ialah kulit Aien dan suami dia macam makin cerah je. hm, ada kaitan ke kahwin ngan perubahan warna kulit???

Lastly, minta tolong Aien dan husband dia iring aku balik. dah pukul 8 lebih, aku rasa takut plak nak drive sorang-sorang. menyusahkan orang je. sempat sharing ngan Aien tentang hidup aku sekarang. itupun lepas Aien komen pasal kekurusan aku… Haha…kalau tak ada orang tegur, memang aku tak perasan tentang perubahan diri aku.

ok lah. cukuplah cerita hari ni. saje je nak luahkan feeling… 😉

minal aidil walfaizin

esok, semua umat Islam akan menyambut hari raya. syukurlah… baru pagi tadi aku merungut dah lama tak dengar budak2 jerit, “yea, yea esok raye!”. malam ni aku sendiri yang cakap, “yea, yea esok raye!” isk…macam budak2 plak. apa pun, yang pasti aku gembira sebab esok raya… erm, cuma rasa sedih ckit la sebab dia tak ada di sini untuk beraya bersama.

tadi tiba-tiba teringat nak ucapkan selamat hari raya n minta maaf kat F. tapi, aku dah takde no fon dia. nak email pun, entah aku berani ke tak nak hantar kat dia. sebenarnya, terdetik juga rasa menyesal kerana melepaskan dia n cakap tak nak ‘turning back’ kepadanya. entah apa yang meracuni fikiranku pada masa tu. aku fikir dia mungkin ada masalah, tapi…kenapa aku tidak bersabar dengan keadaan tu? sudahla, menyesal pun dah tak berguna lagi. aku dah melepaskan seorang calon yang baik. mungkin jodohku bukan dengannya… 😦 sekarang, aku cuma berharap…di mana pun dia berada, dia sentiasa gembira dan bahagia. aku berharap dia akan memaafkan segala kesalahanku. mungkin aku bukan calon yang terbaik untuknya. aku tidak dapat memahami kehendak dan kemahuannya…

2 September tahun lepas

rupa-rupanya dah setahun berlalu. kalau aku masih lagi ada contact dengan F, pasti hari ni kami akan menyambut ulangtahun pertama kami ‘getting close to each other’. 🙂 sayangnya, hubungan ni tak sampai ke hujung.

aku ingat lagi pada hari ini, setahun yang lepas aku masih lagi menjalani praktikum di sk st joseph, miri. bulan itu juga bulan Ramadhan. mungkin rahmat Ramadhan tahun itu, ialah rapatnya hubungan antara aku dan F yang sebelum ini langsung tidak dijangka sama sekali. bermula dengan mesej ucapan selamat menyambut Ramadhan, diteruskan dengan gurauan untuk berjodoh dan akhirnya… itulah yang terjadi.

apa pun, masa-masa yang dah berlalu tidak mungkin dapat diulang kembali. the past is past and the future has not yet come. tau lagu ‘jangan menyerah’ nyanyian kumpulan D’massive. best lagu tu…cuba la dengar mana tau akan dapat inspirasi.

1 Ramadhan yang lepas

baru ada masa nak buat catatan. sebelum ni hanya men ‘copy’ je artikel dari tempat lain. hari ni nak cerita pasal kuih apam balik dan sirap bandung. erm, apa kaitannya kuih apam balik dengan 1 Ramadhan? ada la kisahnya…hahaha

1 Ramadhan tahun yang lepas…
Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam, namun aku masih lagi sibuk menyediakan rancangan pembelajaran untuk hari esok. ketiadaan Iffa tidak membuatkan aku rasa takut kerana sudah lebih sebulan aku tinggal bersendirian di dalam bilik itu. walaupun dah macam-macam gangguan aku hadapi, aku sudah tidak rasa takut. tengah asyik menyiapkan kerja…telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk. tertera nama ‘pakcik’ di skrin telefon.

pakcik: salam, kau ada periuk nasi ke?
aku: tak ada. kenapa?
pakcik: tak pe la. aku ingat nak masak nasi. kau sahur dengan apa nanti?
aku: ada kurma. minum air masak je
pakcik: ok. nampak gayanya aku minum air masak je sahur esok
aku: boleh tahan ke? kalau nak, nanti ambik la kurma.
pakcik: insya Allah. tak pe.

esoknya, dia hantar mesej lagi dan tanya aku tak keluar ke bazar ramadan ke? aku cakap tak. kemudian dia tanya, aku tak beli makanan untuk berbuka ke? aku jawab, dah pesan kat kawan. kemudian dia cakap, dia nak keluar dan tanya aku nak pesan apa-apa ke? aku jawab tak. tak nak la susahkan dia. lagipun aku tak nak beli banyak-banyak. takut membazir.

tapi…aku kecewa. zira tak dapat nak belikan makanan. sudahnya, aku dan ain terpaksa ke dewan makan untuk membeli makanan. tengah bosan berbaris dan kerisauan takut nasi tak cukup, tiba-tiba pakcik call… dia suruh aku turun ambik makanan. wajahku berubah ceria. aku memberitahunya aku sedang berbaris di dewan makan. dia terus menyuruhku mengambil makanan.

huhu…terharunya. rupa-rupanya dia belikan aku air bandung dan apam balik, kuih yang kami sama-sama suka. ingat juga pakcik kat aku rupanya. dia tanya kenapa aku berbaris sedangkan dah pesan makanan kat zira. sempat lagi kutuk aku kuat makan. aku ceritakan hal zira tak dapat belikan makanan. dia tergelak. lepas tu minta diri untuk balik.

seronoknya…puasa hari pertama, dapat makan kuih kegemaran dari orang yang sangat istimewa dalam hidupku. terus tak jadi nak kecil hati kat zira. apa pun, menyambut 1 Ramadan di perantauan memang sangat bermakna bagiku. aku sedar erti kesyukuran, kesabaran dan rasa kasih sayang. juga rasa menghargai orang lain…

jangan ada dusta

ketika pertama kujumpa denganmu

bukankah pernah kutanyakan padamu

kasih…

takkan kecewakah kau pada diriku

takkan menyesalkah kau hidup denganku

nanti…

semua kuserah padamu

aku begini adanya

kuhormati keputusanmu

apa pun yang akan kau katakan

sebelum terlanjur

kita jauh melangkah

kau katakan saja….

memang kau bukan yang pertama bagiku

pernah satu hati mengisi hidupku dulu

dan kini semua kau katakan padaku

jangan ada dusta di antara kita

kasih…

aku memang suka sangat kat lagu ni. kata-katanya mendalam. maklumlah, orang dah pernah beberapa kali bercinta ni…mestila harap kekasih baru tu dapat memahami perasaan dia. harap dapat menerima diri dia seadanya. dan yang paling penting, mesti jujur dengan perasaan masing-masing.

kalau la ada sesiapa yang ada mp3 atau pun apa-apa cerita pasal lagu ni…janganla segan-segan nak kongsi ye. aku ingin sangat nak dengar lagu ni dimainkan kat laptop ni. tapi yang peliknya, asal nak download je…ada la masalah nya. tolong ye…

mimpi dan kisah hujan renyai-renyai

malam tadi aku mimpikan dia. mimpi itu buat aku sedih kerana kami membincangkan tentang perselisihan faham yang berlaku antara kami sebelum menamatkan pengajian. dia seolah-olah telah jauh hati terhadapku kerana tindakan terburu-buru yang kulakukan.

bila terbangun, aku cuba mengingat semula kisah yang berlaku. bulan-bulan terakhir di institut, aku cuba menjauhkan diri darinya. kenapa? kerana aku sangat takut dia akan mengetahui perasaanku terhadapnya. aku juga tidak mahu diketawakan oleh kawan-kawan. bukannya aku memperkecilkan dia. tidak. hanya aku tidak mahu orang berfikir aku tidak pandai memilih pasangan hidup. jadi, sehingga sekarang aku memendamkan perasaanku walaupun ternyata aku menyukainya.

aku perasan, ketika itu dia semakin cuba mendekatkan diri padaku. dia sentiasa mencari alasan untuk dekat denganku. aku pula, dalam pada ingin mengelak darinya, tidak dapat menafikan kehendak hatiku untuk mendampinginya.

akhirnya, kedinginanku itu disalah anggap sebagai cemburu pada hubungannya dengan seorang lagi rakan karib kami, U. katanya aku membuatkan dia rasa kekok untuk bergaul dengan wanita itu sedangkan dia tidak dapat membuat pilihan antara kami berdua. aku menafikan. hatiku rasa sangat sedih kerana dianggap seperti itu. di hadapan mereka berdua, aku akhirnya bersumpah bahawa hubungan aku dengan P hanya setakat kawan dan kami akan kekal berkawan sampai bila-bila. biarpun bibirku tersenyum, hatiku hancur ketika melafazkan sumpah itu. kurasa, kami semakin jauh.

masalah melanda hubungan kami lagi. ada fitnah melanda yang membuatkan aku semakin menjauh. dan lebih teruk lagi, kami bergaduh tentang U sehingga memutuskan hubungan persahabatan kami. sejak itu aku tidak mahu lagi bertegur sapa dengannya. aku marah kerana dia lebih mempercayai U berbanding aku. sejak itu aku sedar, dia lebih sayangkan U. aku mengambil keputusan untuk mengundur diri dari kehidupannya. aku tidak mahu lagi jadi orang yang penting dalam hidupnya. aku sangat sedih…

malam terakhir sebelum tamat pengajian, kami bertemu di hadapan pejabat pentadbiran. aku ceritakan kepadanya semua yang terjadi dan sebab-sebab aku menjauhi dirinya. yang pasti, aku masih tidak dapat meluahkan perasaanku terhadapnya walaupun hatiku memberontak untuk melepaskan segala perasaanku sebelum kami berpisah.

suasana pada malam itu kurasa sangat romantis. hujan renyai-renyai dan kata-katanya, “kalau kau lihat hujan yang turun renyai-renyai seperti sekarang ini, kau ingatlah pada malam pertemuan kita yang terakhir sebelum tamat pengajian.” hatiku menangis. terus terang, saat perpisahanlah saat yang paling kutakuti. aku tahu aku akan sangat merinduinya. kerana sejak setahun ini kami tidak pernah berpisah lama. kami juga kerap bersama dan banyak perkara yang telah kami lalui walaupun kami bukan pasangan kekasih. saat yang kutakuti akhirnya tiba dan kami berpisah pada malam hujan turun renyai-renyai.

menunggumu

yesterday once more

when i was young i listen to the radio, listen to my favourite song, when it played i sing a long and that’s make me cry…
kenangan lalu akan sentiasa menggamit memori. kadang manis,masam, kadang pahit dan kadang-kadang pahit macam hempedu. apapun kenangan itu, ia tidak mungkin akan menghilang kerana ia telah menjadi sebahagian dari lukisan yang mewarnai cadar hidup kita.