penantian

pagi tadi aku ke rumah terbuka cikgu K. tengah sibuk berkemas2, tiba-tiba dia hantar mesej kata dia on the way balik ke Johor. dia minta maaf lagi sebab tak dapat tunaikan impian nya untuk berdamping denganku. aku sedih lagi. kataku padanya, cukup2 la minta maaf dan jangan dikenangkan apa yang dah berlaku. aku harap dia akan jaga diri.

petang, sampai je di rumah dia hantar mesej lagi. tanya boleh tak dia datang ke rumah. aku jawab, boleh tunggu cuti nanti. dia cakap nak datang hari ni jugak. aku pun heran, kan ke pagi tadi dia cakap dah on the way balik ke johor? dia tak jawab, tapi terus tanya ada di rumah ke tak. aku jawab ada. then dia kata petang ni nak datang ke rumah dengan adik. tunggu dia sampai tertidur-tidur. tersedar pukul 6. hantar mesej kat dia, tanya di mana. rupa-rupanya dia masih beraya ngan kakak. penantian ini sungguh menyeksakan! tak nak tunggu lagi.

sedih…lagi

actually not in a good condition right now. mata bengkak lepas nangis semalaman. macam-macam hal berlaku dalam satu hari ni. tak tahulah kenapa mudah sangat air mata ni jatuh padahal aku dah kuatkan hati agar terus tabah hadapi cabaran hidup ini.

sedih kerana tiga perkara

1) konflik dengan mak – malas nak cerita kenapa. tapi aku tahu memang aku salah. aku degil dan tak dengar cakap

2) rasa bersalah kat dia sebab dah banyak susahkan dia kerana kedegilanku ini

3) terlalu rindukan F. ini adalah consequence (1) dan (2).

sebenarnya, hari terakhir bulan ramadhan aku ajak dia keluar berbuka puasa sama-sama. mana la tau lepas ni dah takde peluang nak berbuka puasa sama-sama lagi. walaupun aku tahu, dia sedang kawal bajet tapi aku nak jugak keluar dengan dia. aku ingat, nak belanja di makan di Mc Donalds sebab dia cakap dia ingin nak makan bubur kat situ.

bila mak tahu, aku nak keluar dia marahlah. sebab esok nak raya, aku sibuk nak keluar jugak tak nak tolong orang berkemas kat rumah. mengenangkan janji yang dah dibuat dengan dia, aku berkeras nak keluar. makin la mak marahkan aku.

jumpa dia…hari hujan. aku pesan dia bawak payung sebab takut dia basah. bila sampai, rupa-rupanya dia berdiri dalam hujan. sedih aku tengok keadaan dia. then, mula cari tempat untuk berbuka. pergi ke McD batu 3, full…tempat-tempat lain pun sama. akhirnya masuk waktu berbuka pun kami masih dalam kereta lagi. dia pun cakap, kawan-kawan dia kalau tahu nak berbuka di luar pukul 4 dah keluar. aku tahu dia rasa kesal sebab aku lambat dan akibatnya kami lambat berbuka. kan tak elok melambat-lambatkan waktu berbuka. 😦

akhirnya berbuka di Sugar Bun Tabuan. kena tunggu lama lagi, dia suruh aku duduk dekat meja. meja tu pulak orang baru tinggalkan dan masih berkemas. aku panggillah budak yang bekerja tu suruh bersihkan tapi budak tu cakap hold dulu. dia p kemaskan meja lain dan beberapa kali, meja tu dilimpas nya je. macam mana la aku tak marah! terus muka ku berubah masam. tak suka orang yang kurang ajar macam tu. kalau lelaki minta, cepat-cepat je dia buat. last-last kami pindah ke meja lain.

balik, aku rasa sedih sangat. tak dapat nak berbual sangat dengan dia. dia pun sibuk layan SMS raya dari kawan-kawan. last-last kami diam je sampai ke depan kem dia. macam biasa, sebelum dia keluar aku kena cium tangan dia. dia pegang macam tak nak lepaskan tanganku. tiba-tiba dia sentuh pipi ku. huhu…tahan tangisan. sedihnya! sebelum keluar, dia pesan jangan pandu laju-laju dan beritahu kalau dah sampai di rumah. aku hanya mampu mengangguk.

dalam keta, mula nangis. huhu..napa la aku macam ni….

sampai umah, orang umah tengah sibuk mengemas. aku terus masuk ke bilik. solat isyak dan jamak maghrib dan terus berkurung dalam bilik. lepas solat, tiba-tiba F hantar mesej. tangan ni gatal plak nak call dia. ingin nak luahkan kesedihan ni kat dia tapi, aku tak mampu. akhirnya aku cakap je aku hanya nak dengar suara dia je. lepas tu talian terputus.

baca Quran sampai mengantuk. tidur.

sampai hari ni, aku masih rasa sedih kenangkan F. dah takde harapan lagi dekat dia. sebab aku terbaca kat facebook, dia nak ke rumah bakal mertua raya ni. huhhuhhuhuhuhu…nangis sampai bengkak mata. terpaksa redha atas apa yang berlaku.

malam 7 likur

sekali lagi, bulan ramadhan ni mengingatkan aku kepada seorang insan yang pernah mengisi hidupku. sungguh pun hubungan itu telah lama berakhir, namun memori yang terukir masih tetap ada di dalam ingatanku. aku masih sayangkan dia. dan sehingga kini masih tetap mengunjungi [more to stalking] facebook dia. huhu…tak pasti sampai bila rutin ini akan terus berlaku dalam hidupku. yang pasti aku ingin sentiasa tahu perkembangan dirinya. mana tau dia dah berkahwin,, bertunang ataupun dah ada teman istimewa. biarlah kehadiranku kini hanya sekadar angin lalu bagi dirinya…aku tak kisah.

malam ni malam 7 likur. raya tinggal beberapa hari lagi. duit plak dah hampir habis di belanja. rasanya raya tahun ni la kami belanja banyak giler! sabar je la. harap2 masih ada bajet untuk jalan raya nanti. dia dah janji nak jalan sama-sama raya tahun ni dan insya Allah akan datang ke rumah untuk beraya [bila pulak la dia nak bawak rombongan datang merisik ek…???]