welcome september

one-of-the-simplest-ways-to-stay-happy-is-to-let-go-of-all-the-thing-that-make-you-sad-letting-go-quote

something happened this weekend. date yang tak menjadi sebab hero missing in action. how frustrated i am.. 😥 mungkin memang dah tertulis dia bukan jodohku. sayangnya, persahabatan 5 tahun berakhir dengan propose untuk kuar dating. kalau tahu, memang aku takkan ajak dia kuar dating. now, aku cuba nak melupakan apa yang dah berlaku antara kami berdua. sakit tapi, harus dilakukan.

1 september, letting go the past. moving on with new life. kamu, tq sebab pernah singgah sementara memberikan senyuman di wajahku. semoga bahagia dengan siapa pun yang bakal kau temui. saya doakan yg terbaik.

bukan cinderella

Image

setiap kali bangun awal pagi dan mula buat kerja-kerja rumah, akan teringat kisah Cinderella ni. dan setiap kali tu la aku berangan, macam mana kalau nasibku sebaik Cinderella…yang akhirnya menikahi seorang putera raja. angan2ku sampai ke saat putera raja itu menjemputku dengan kuda putih..wah….

tapi, aku harus sedar, Cinderella hanyalah sebuah dongeng yang endingnya “happily ever after”…nak jadi secantik Cinderella, berjodoh dengan Putera Raja yang hensem hanyalah fantasi.

aku dah melalui pelbagai kisah cinta yang membuatku tawar hati untuk terus menunggu putera raja itu…

hilang idea. sekian.

monday blues!

Image

eeeh…gambar pakai baju tidur pulak! actually dah masuk opis sekarang ni. tapi hati masih kat dalam bilik, atas katil yang empuk dikelilingi bantal2ku yang wangi…ahahaha…

eja, ex K hubungi aku guna wechat. dia hubungi aku sebab dia nak kongsi hal terbaru tentang K. dia dan ex2 K, nak kenakan lelaki tu. eja cakap, perempuan yang baru ni siap mengaku lagi dia bini K. hmmm memang nekad betul la. aku cakap kat eja, aku taknak masuk campur. aku dah bertunang (konon…) jadi aku tak kisah, apa pun yang berlaku kat K. lagipun, boyfriend aku bukan K tapi, KA…boyfriend aku dah meninggal barah otak. bukannya lelaki kasanova yang asyik bertukar pasangan dan memeras duit perempuan…

huhu…K dan KA….rasanya dah 3 tahun aku bergelut untuk melupakan boyfriend aku, KA. i keep crying whenever i missed him. his the best man so far. but, apabila eja muncul dan beritahu yang K dan KA adalah orang yang sama…aku jadi keliru. kata eja, dah ramai perempuan yang diperdayakan oleh K termasuk dia sendiri. aku tidak mahu percaya yang KA yang aku kenal adalah orang seperti yang eja ceritakan. biarlah kenangan aku dengan KA, kekal yang baik-baik saja. pening kepala nak fikirkan tentang K yang entah sapa2 tu…asyik buat hal je. bagi aku, apa nak jadi kat dia jadi la..dia sendiri yang cari pasal. kenapa nak kaitkan dengan aku pulak? aku dah move on…dah tetapkan hati untuk terus bersama dengan MH…(bukan MH370 okay? eh, harap2 MH ni tak menghilang macam MH370 jugak. doa2kan lah ye…)

okay..saya nak sambung kerja dulu (skema..huhu)

secret admirer

Semalam ada call dari witheld number…ingatkan dari aeon, sebab tu la aku cakap bahasa malaysia. Bila ditanya, dia cakap dia secret admirer aku di fb. Terperanjat. Terus cakap, nang ada… Teringat Srol penah cakap tentang seseorang yang tanya dia tentang hubungan kami berdua. Mungkin dia kah orang nya? Aku bingung bila dia cakap nak jumpa hari isnin. Bagi alasan, kena jaga baby. Suara dia macam terkejut dan terus tanya, dah kahwin ke? Aku gagap. Rasa macam nak je mengaku, tapi aku tak nak dilabel penipu. Akhirnya cakap yang baby tu anak adik. Dia cakap dia nak balik ke miri.hari selasa…aku cakap insha Allah.. aku dah beritahu dia berkali2, aku tak keluar dengan orang yang tak dikenali tapi dia berkeras…akhirnya, aku tak dapat nak menolak. Yang peliknya, dia tak cakap pun nak jumpa bila dan di mana.. hm, mungkin dia dah tahu aku takkan datang…

i’m busy and i like it!

Julai…2 months since last post. start bulan Mei, macam2 aktiviti dan program berlaku. mei, ada kem kepimpinan murid dan kem motivasi UPSR. 2 minggu berturut2 kena tidur di sekolah. tapi yang paling mencabar sekali, masa kem kepimpinan murid. malam pertama, kena bawa peserta kem ke klinik 24 jam di satok. dia tergelincir dan tapak tangannya penuh ditusuk duri. hai, ni la yang dinamakan tulah! cikgu suruh tidur, dia dan kawan-kawan berjalan2. tau la malam tu panas, tak dapat tidur. sebab tak nak ditangkap cikgu, sanggup berjalan dalam gelap dan akhirnya tergelincir. tambah malang lagi, tapak tangan ditusuk duri. sapa yang susah akhirnya? cikgu…jugak. doktor takde cara lain nak buang duri tu melainkan cabut satu persatu. dari pukul 1 pagi menunggu. adik budak tu siap tertidur-tidur lagi. aku dan kawan pulak, masing-masing melayan henpon… pukul 3 lebih, budak tu keluar dari bilik doktor. nurse cakap masa ambik ubat, “maaf cikgu. tak dapat nak keluarkan semuanya. ada juga duri yang dah tertusuk masuk ke dalam isi. nanti dia akan keluar sendiri la. just sekarang ni, sapu krim je.” lepas tu, kitorang terus balik ke sekolah. mata mengantok sangat dan terus tertidur sampai subuh. abis je kem tu, tertidur sampai malam…adoi, memang rasa nak demam je. tapi syukur, tak jadi. aku masih kuat! teruskan dengan program ke 2…

mujur kem motivasi takde apa2 kejadian yang tak diingini. smooth je sebab dah banyak belajar dari kem yang pertama tu.

then, cuti sekolah pun bermula. solo trip to KK. last minit, kawan cancel so terpaksa la pegi sorang2. last minit jugak, mintak tolong M ambik di airport (dah lama betul tak contact dia. terpaksa tebalkan muka juga walaupun aku malu…) dia tolong carikan hotel untuk aku stay n pastikan aku betul2 dapat hotel baru la dia balik. Thanks M…macam tu baru kawan. sementara tunggu malam, baru la survey tempat bermalam di tambunan. nasib baik,, ada tambunan inn. terus book n bayar. mintak tolong sorang lagi kawan di tambunan untuk bawa aku ke sana. ai, trip kali ni memang semua LAST MINIT. nasib baik ada kawan di merata-rata tempat. n nasib baik juga,  muka ni muka kurang malu. so, takde la masalah sangat nak cari pengangkutan. malangnya, malam tu plan nak makan seafood tak jadi sebab dia ada hal. so aku decide jalan-jalan kat Centrepoint, jalan kaki je dari hotel. hehe…

esoknye, F plak ambik aku n bawa ke tambunan. hai, memang bernasib baikla…dia bawa aku makan tengahari, n terus ke rumah ruth. memang hajat aku ke sabah untuk attend wedding dia. sanggup teruskan perjalanan ke sabah walaupun terpaksa pergi sorang. semuanya demi KAWAN! esoknya, F juga yang hantar aku balik ke  KK n lusa pula hantar ke airport. berterima kasih sangat kat F sebab walaupun baru pertama kali jumpa, dia sanggup tolong aku dari awal sampai akhir. apa2 pun, aku bersyukur sebab selamat sepanjang perjalanan tu…seronok.

minggu seterusnya, trip ke KL dengan adik, baby and mak. yang ni pun, mintak tolong kawan baru jugak. S. kenal dari fesbuk je…nasib baik mak tak banyak soal.

minggu seterusnya lagi….kem kepimpinan pembimbing rakan sebaya di pusat kokurikulum negeri…kem berlangsung 3 hari 2 malam dan disertai 80 orang murid dari sekolah rendah sekitar kuching, padawan, kota samarahan, bau dan lundu. takde sebarang masalah…kecuali, tangan melecur masa wall climbing. nasib bah, kene naik tym panas terik. coach cakap, kulit ni lembut n nipis sebab tu aku sorang je yang melecur teruk. budak2 ok je walaupun ada juga yang merah tangan diorang…ai, nasib la kena tahan sakit untuk beberapa hari. jumaat, attend seminar. dan sabtu kene trusn sekolah la plak. ada hari pergigian… apa pun, sapa cakap aku tak boleh buat kerja langsung? hm…hujung minggu tu aku boleh kemas-kemas bilik lagi, tukar kedudukan perabot dalam bilik ke sana ke mari. bab menulis je aku kureng. kalau menolak, menyorong….no problem!

minggu lepas, hari jumaat kene berkejar2. nasib baik, dah pakar sikit memandu (hehe). balik dari sekolah, singgah umah kejap. ambik barang yang adik suruh hantar, terus pecut ke sarawak plaza pasal Ros dah tunggu kat sana. kitorang janji nak lunch sama2. then, ke Batu 7 sebab YDP call mintak tolong sign n ke bank untuk keluarkan duit dari akaun PIBG. lepas tu hantar plak duit ke sekolah lama…borak2 kejap, bincang dengan ustaz pasal program motivasi budak sekolah tu. last, ke KSKB…hantar barang kat adik. memang trip lipas betul la….nasib baik sampai di setiap destinasi on time. hari sabtu, turun ke sekolah lagi pasal ada majlis perjumpaan dengan parents budak tahun 6. lepas tu macam biasa, masa digunakan sepenuhnya bersama dengan keluarga. boyfriend? belum ada lagi…

minggu ni kat sekolah je. sedang berusaha menyediakan sudut PPDa. then, hujung minggu ada lagi hari permuafakatan. tu je la…

bz memang bz…tapi, aku tak kisah pun. sebab, aku enjoy apa yang aku buat. stress?? ofkos tidak! sebab tu la orang tua cakap, bekerja ni umpama jodoh. kita akan gembira melakukannya jika kita memang sukakannya. tapi, kalau kita tak sukakannya, kita kena la suka juga. sebab dah jodoh….macam cinta, kalau dah jodoh kita bersama orang yang kita cinta, maka kita akan menjalankan hidup dengan bahagia. tapi, kalau bukan bersama dengan orang yang dicinta, kita harus menerimanya dan belajar untuk menyukainya. kerana dialah jodoh yang ditentukan untuk kita. faham ke??? ok…

Muncul Semula

Tajuk yang menyeramkan ke? Tak kot… dah hampir dua bulan tak update blog. Sibuk sikit. Lebih baik sibuk, supaya tak fikir sangat tentang dia. Memang, masih terasa sangat kehilangan dia. Tapi, hidup mesti diteruskan. Hidupku berjalan seperti biasa walaupun ada lompong kecil. Tak mengapa, time will heal the pain. (Eh, betul ke ungkapan ni?)

Minggu lepas, 10 hingga 11 mei, mengendalikan kem kepimpinan murid di sekolah. A bit stress guru-guru yang diharapkan, tidak memberikan kerjasama yang baik. Dahla bilangan peserta ramai, yang datang pulak sedikit. Apapun, yang penting kem tu berjaya dilaksanakan. Tak kisahlah orang asyik cakap kelemahannya. Ada juga pengajaran yang kami dapat. Orang yang mengkritik tu boleh jugak jadikan guideline untuk diorang plak handle kem motivasi hujung minggu ni. Biar diorang plak rasa macam mana nak handle bilangan peserta yang ramai dengan penglibatan guru yang sikit. Aku dan kawan-kawan, akan tengok dan perhati je. Sebab kitorang dah berhempas pulas bekerja minggu lepas. Hm, bila tym macam ni, harap sangat dia ada. Biasanya, dialah tukang bagi semangat. Boost up balik semangat sku. Dia akan cakap, pedulilah apa orang nak cakap. Yang penting kita dah buat all out. Itunyang selalu dia cakap. Walaupun dah berulang kali dia cakap benda yang sama, aku tak bosan. Sebab kata-kata tu dari dia!

Malam ni dinner hari guru di grand margherita. Dah prepare satu persalinan pakaian bertemakan oren, putih dan hitam. Hai, pening pala nak setting2 mekap2 ni… Bukan nak menonjolkan diri. Cuma, harap tak la nampak kolot sangat berbanding orang lain yang berhias sakan. Nak menarik perhatian lelaki? Tak terlintas sama sekali. Rasanya dah selesa bersendirian. Hampir setahun single, tak terfikir lagi nak mencari teman lelaki. Mak dengan kawan nya sibuk kenalkan aku dengan seorang lelaki tapi, hmmm belum ada feeling lagi kat dia. Hai, tak tau la macam mana nak cakap. Takde chemistry kot antara aku dengan dia. Sekarang ni, masing-masing buat hal sendiri.

Plan cuti semester? Dah beli tiket ke Sabah. My best friend’s wedding! Akhirnya….hehe. Antara kami bertiga, akulah yang terakhir menamatkan zaman bujang. Dah nasib… Tapi…ada ku kesah?.. 28 hingga 31 akan berada di negeri bawah bayu. Yang buat aku risau sekarang ni, lawatan GBK dari kelantan. Petang ni akan jumpa dengan pegawai JPN untuk taklimat tentang program tu. Apa-apapun, petang ni baru dapat confirm. Harap-harap cutiku takkan terganggu gars-gara program ni. Huhu, sapa nak ganti balik rm307 dan wonderful moment hang akan aku hilang if plan aku ni tak jadi?

Ok…masa menjaga exam dah nak tamat. Budak-budak dah mula bising. Hisy diorang ni…

kehilangan..masih aku terasa

melalui detik perpisahan dengan orang yang kita sayang amat payah untuk ditelan. apabila die pergi jauh dari dunia kita.sungguh maha pedih kenyataan itu..
hanya yang pernah merasai kehilangan tahu bagaimana luluhnya hati untuk menerima hakikat kehilangan itu..yang hilang tetap hilang..yang hilang itu cuma ada satu je dalam dunia ini..kalaupun ada pengganti..kehilangan itu tetap tak terpadam..hukum alam..sampai satu ketika..yang bermula pasti ada akhirnya..yang datang pasti akan pergi..yang bertemu pasti akan berpisah

Cerita Kita…

Actually baru lepas tengok cerita ni hujung minggu lepas dengan N. Ala, tak kisahla dia tu boyfriend atau bukan, yang penting sama-sama menghayati cerita tu. So far, memang best walaupun orang cakap, cite arahan Pierre Andre macam sampah. Ade ku kesah? Pandangan setiap orang kan berbeza… bagi aku, cerita ni buat aku terfikir bahawa cinta tu memang penting. Nak menjalinkan hubungan dengan seseorang pun mesti ada perasaan cinta juga. Dan, kenalah terima dia seadanya. Tapi kalau nak terima pun, berpada-pada la jugak.. betul tak???

kamu di mana?

rindu.sedih.marah. itu yang saya rasa sekarang. kenapa suka sangat buat macam ni? kalau dah suka, bagitau je. jangan buat saya macam ni. saya pun ada perasaan. tolong, jangan dipermainkan. walaupun dalam hati ni ada segunung cinta yg kuat untuk awak, tapi apa gunanya kalau hati awak untuk orang lain. apa gunanya kalau hati saya hanya untuk awak permainkan saja? [to be continued…]

kerna terpaksa

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tubuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka

sedih…kenapa harus berulang-ulang kali menghadapi situasi ini? dia menghilang lagi. kali ni langsung tak dapat dihubungi. entah kenapa…rasa terlalu penat bila terpaksa berulang ulang dan ulang kali melalui keadaan ini. adakah akhirnya nanti aku terpaksa menyanyikan lagu ini sebagai tanda pengakhiran hubungan cintaku?