2 September tahun lepas

rupa-rupanya dah setahun berlalu. kalau aku masih lagi ada contact dengan F, pasti hari ni kami akan menyambut ulangtahun pertama kami ‘getting close to each other’. šŸ™‚ sayangnya, hubungan ni tak sampai ke hujung.

aku ingat lagi pada hari ini, setahun yang lepas aku masih lagi menjalani praktikum di sk st joseph, miri. bulan itu juga bulan Ramadhan. mungkin rahmat Ramadhan tahun itu, ialah rapatnya hubungan antara aku dan F yang sebelum ini langsung tidak dijangka sama sekali. bermula dengan mesej ucapan selamat menyambut Ramadhan, diteruskan dengan gurauan untuk berjodoh dan akhirnya… itulah yang terjadi.

apa pun,Ā masa-masa yang dah berlaluĀ tidak mungkin dapat diulang kembali. the past is past and the future has not yet come. tau lagu ‘jangan menyerah’ nyanyian kumpulan D’massive. best lagu tu…cuba la dengar mana tau akan dapat inspirasi.

tekanan!!!!

seandainya…dapat kau selam, sambil mentafsir lubuk hatiku. cuma tenang di permukaan, dan di dasarnya bergelora. persoalan demi persoalan, membelenggu akal dan fikiran. tidak kutemu jawapan. seandainya…dapat ku lari, jauhku pergi membawa diri….

teringat lagi kat F. susahnya kurasa nak lupakan dia. tadi, sempat lagi tengok friendster dia. dia baru je log in dalam masa 24 hours. rupanya dia belum buang lagi namaku di hujung nama dia. huhu… rindu…. tiada siapa pun yang tahu yang aku masih sayangkan dia. di mulutku selalu katakan telah lupakan dia, namun hatiku masih kuat mengingatinya. sungguh-sungguh dia orang yang paling kusayang sehingga kini.

A? aku rasa, perasaanku pada dia bukanlah perasaan cinta. aku rasa semakin rimas dengan sikapnya yang terlalu mendesak agar kami cepat-cepat berkahwin. ahad yang lepas, dia membawaku berjumpa dengan ibu bapa dan ahli-ahli keluarganya. dengan selamba, dia memberitahu yang kami akan berkahwin selepas hari raya. jiwaku memberontak! kenapa dia membuat keputusan sendiri…? hal ni belum pun dibincangkan denganku apatah lagi dengan ibu bapaku. aku rasa marah padanya. sangat marah, sehingga aku rasa tidak mahu bercakap dengan nya lagi.

aku betul-betul rasa tidak puas hati. dia sendiri yang setuju untuk menurutiĀ kehendakku agar kami tidak tergesa-gesa untuk berkahwin. aku sudah jelaskan kepadanya panjang lebar tentang situasi yang kuhadapi. aku masih belum rela melepaskan zaman bujangku. aku masih ingin hidup sebagai wanita bujang, masih ingin menikmati hidup seorang diri, masih belum tiba masa untuk berkahwin. tapi dia, dengan mudah dan lancar mengatakan akan berkahwin secepat mungkin. saudara mara dia apalagi, 100 % menyokong keputusannya. aku betul-betul sakit hati sekarang. kalau ikut hati, aku nak putuskan je hubungan dengan dia. tapi bila lihat wajah orang-orang yang menaruh harapan…aku tidak sampai hati.

apa yang aku betul-betul nak buat sekarang ialah, bersemuka dengan dia. berbincang tentang apa yang aku rasa. terus terang yang aku masih belum terima dia 100% untuk jadi suamiku. terus terang bahawa perasaanku padanya hanya sekadar suka, bukan cinta. terus terang yang aku masih tak dapat lupakan F. terus terang yang aku masih tidak bersedia untuk berkahwin.

Berkahwin Selepas Jumpa Surat Cinta

Steve Smith dan Carmen Ruiz-Perez akhirnya bertemu jodoh.

KALAU sudah jodoh tak ke mana. Begitulah yang berlaku pada sepasang kekasih di London, England, yang terpisah lama akhirnya berkahwin gara-gara surat cinta yang dihantar 10 tahun lalu ditemui semula.

Steve Smith dan Carmen Ruiz-Perez, masing-masing berusia 42 tahun, berkahwin selepas 16 tahun berpisah.

Pasangan itu jatuh cinta dan bertunang ketika usia mereka 20-an apabila Carmen berhijrah ke England untuk berlajar.

Bagaimanapun, selepas setahun pasangan itu terpaksa berpisah disebabkan Carmen berpindah balik ke Perancis.

Beberapa tahun kemudian Steve menulis surat kepadanya dalam usaha untuk menyambung percintaan yang terkandas.

Malangnya surat tersebut tidak sampai ke tangan Carmen apabila ia terjatuh dan terselit di tepi tempat pendiangan di rumah Carmen.

Carmen hanya dapat membuka surat cinta itu 10 tahun kemudian selepas ia ditemui apabila tempat pendiangan tersebut, baru-baru ini dirobohkan untuk pengubahsuaian.

Carmen yang masih bujang dan tidak pernah melupakan percintaan pertamanya itu – menerima surat Steve yang antara hanya menyebut: “Saya harap anda sihat. Saya menulis untuk bertanya sama ada anda telah berkahwin atau masih mengingati saya.”

Menurut Steve, dia tidak menulis panjang kerana mengagak Carmen sudah berkahwin.

“Tidak pernah terfikir selepas 10 tahun kami dapat bertemu semula,” katanya.

Pasangan itu kemudian bertemu di Paris beberapa hari kemudian dan mengambil keputusan berkahwin – 17 tahun selepas jatuh cinta kali pertama.

Sumber: Utusan Malaysia Online (22/06/09)

hujung minggu

dua hari aku turun ke changiran untuk belajar memandu. sakit kaki, sakit tengkuk, sakit telinga and sakit hati. hari pertama, aku di pass kepada abang Cikgu Pia. huhu, sakit telinga dengar dia berleter. erm, bukannya aku tak ambik perhatian masa bengkel 6 jam tu. aku terlupa je, pastu tak tahu nak buat apa. sebab tu la aku terkial-kial nak bawak keta. lagipun, itu la 1st time aku bawak keta manual. tak reti nak tekan clutch dan brake. second day, relaks sikit sebab Cikgu Pia sendiri yang ajar. boleh gelak-gelak and buat dia latah lagi. tapi, kaki memang sakit la sebab kena tekan-tekan clutch. tapi, aku rasa aku dah ada kemajuan sikit la. dah berani tekan clutch dan brake. kalau semalam, memang aku takut giler. habis belajar, baju pun habis basah sebab kepanasan. huhu…teruk betul la.

tentang dia…

sabtu lepas belajar memandu, aku minta hantar ngan adik g satok. sebab dia nak jumpa sekejap. sepatutnya hari tu dia kerja malam. tapi, tak dapat nak jumpa lama-lama sebab dia ada kerja di opis. hm, sekejap pun sekejap la. kalau ikutkan hati, aku memang nak balik terus. tapi, dia cakap dia rindu sangat jadi, tak mahu la hampakan hati dia. tak sampai sejam, kami pun berpisah…

bila balik rumah, aku beranikan diriĀ beritahu bapa tentang hubunganku denganĀ dia. panjang berjela-jela nasihat bapa. bapa cakap, kalau nak berkawan, kawan betul-betul. jangan kawan dua tiga orang…sampai bapa tanya, yang mana satu kawan yang betul. aik… dia tu la satu-satu nya kawan lelaki aku sekarang. kawan yang betul-betul, yang serius. bapa nasihatkan aku jangan sembarangan pilih kawan. orang sekarang ni, ramai yang merosakkan. pastu bapa cakap, kalau serius, bincangkan dengan bapa. hantar rombongan…kumpul duit lepas tu kawin. petang tu aku call dia and cakap apa yang aku bincangkan dengan bapa. dia macam seronok je dengar. malam tu, dia tanya aku benar2 sayang tak dengan dia. aku mengaku la. aku serius. takkan la nak main-main. dia pula, berterus terang tentang sikapnya yang selalu cakap nak cium, dan nak peluk aku…dia hanya nak menduga sikap aku. sanggup ke tak nak serahkan harga diri sebelum kahwin. dan katanya, aku bukan perempuan seperti itu. dia juga bukan lelaki yang suka mengambil kesempatan. malam tu aku lega sangat…sebab selama ni aku takut dia akan buat betul-betul apa yang dia cakap tu. aku bimbang, dia tergolong dalam kalangan lelaki perosakĀ yang dikatakan oleh bapa.Ā kalau dia buat juga, aku memang dah sedia nak lepaskan dia. sebab apa…sebab aku tak mahu bersama dengan lelaki yang tidak menghormati wanita.

semalam…kami langsung tak berhubung. dia pun tak telefon atau mesej aku. aku rindukan dia. aku pun mula takut kalau-kalau dia pun macam F. aku takut, sejarah itu akan berulang lagi. aku takut kekasihku yang baru ni buat hal juga macam F….huhu….macam2 la fikiran negatif singgah kat kepala otak aku ni sebab dah ‘trauma’ ngan peristiwa dengan F tu. berilah aku kekuatan ya Allah…jauhkan aku dari prasangka yang tidak berasas.

tanya sama hati

tanya sama pokok, apa sebab goyang
nanti jawab pokok, angin yang goncang…
tanya sama angin, apa sebab goncang,
nanti jawab angin tanyalah awan…
awan nanti kata, aku kandung air
sampai tempat sejuk, aku pun cair.
tengok dalam air, nampak bayang-bayang…campak 1 batu bayang pun hilang
tanya sama hati apa sebab sayang…
lepas tu, apa sambungannya ek??? sapa tau, tolong jawab!

hari makin dekat

tinggal beberapa hari lagi, mungkin kami akan bertemu semula. mungkin – kerana aku tidak pasti sama ada dia akan menghadiri majlis konvokesyen itu atau tidak. kurasa, beban perasaanku makin berat. ingin rasanya aku batalkan pemergianku ke miri tapi, pasti ibu akan kecewa dengan keputusanku. aku tidak ada pilihan lain selain meneruskan langkahku ke miri.

aku akan berangkat dengan bas malam ini. mujur sahabatku dapat membantu membelikan tiket bas. Ya Tuhan…kenapa debar hatiku makin kuat? aku tidak tahu bagaimana akan berhadapan dengannya nanti. aku takut sekali hatiku akan terluka melihatnya. aku juga takut tingkahlaku ku nanti akan menimbulkan syak di hatinya. aku tidak mahu dia tahu perasaanku yang sebenar. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi saat yang akan tiba itu

mimpi dan kisah hujan renyai-renyai

malam tadi akuĀ mimpikan dia. mimpi itu buat aku sedih kerana kami membincangkan tentang perselisihan faham yang berlaku antara kami sebelum menamatkan pengajian. dia seolah-olah telah jauh hati terhadapku kerana tindakan terburu-buru yang kulakukan.

bila terbangun, aku cuba mengingat semula kisah yang berlaku. bulan-bulan terakhir di institut, aku cuba menjauhkan diri darinya. kenapa? kerana aku sangat takut dia akan mengetahui perasaanku terhadapnya. aku juga tidak mahu diketawakan oleh kawan-kawan. bukannya aku memperkecilkan dia. tidak. hanya aku tidak mahu orang berfikir aku tidak pandai memilih pasangan hidup. jadi, sehingga sekarang aku memendamkan perasaanku walaupun ternyata aku menyukainya.

aku perasan, ketika itu dia semakin cuba mendekatkan diri padaku. dia sentiasa mencari alasan untuk dekat denganku. aku pula, dalam pada ingin mengelak darinya, tidak dapat menafikan kehendak hatiku untuk mendampinginya.

akhirnya, kedinginanku itu disalah anggap sebagai cemburu pada hubungannya dengan seorang lagi rakan karib kami, U. katanya aku membuatkan dia rasa kekok untuk bergaul dengan wanita itu sedangkan dia tidak dapat membuat pilihan antara kami berdua. aku menafikan. hatiku rasa sangat sedih kerana dianggap seperti itu. di hadapan mereka berdua, aku akhirnya bersumpah bahawa hubungan aku dengan P hanya setakat kawan dan kami akan kekal berkawan sampai bila-bila. biarpun bibirku tersenyum, hatiku hancur ketika melafazkan sumpah itu. kurasa, kami semakin jauh.

masalah melanda hubungan kami lagi. ada fitnah melanda yang membuatkan aku semakin menjauh. dan lebih teruk lagi, kami bergaduh tentang U sehingga memutuskan hubungan persahabatan kami. sejak itu aku tidak mahu lagi bertegur sapa dengannya. aku marah kerana dia lebih mempercayai U berbanding aku. sejak itu aku sedar, dia lebih sayangkan U. aku mengambil keputusan untuk mengundur diri dari kehidupannya. aku tidak mahu lagi jadi orang yang penting dalam hidupnya. aku sangat sedih…

malam terakhir sebelum tamat pengajian, kami bertemu di hadapan pejabat pentadbiran. aku ceritakan kepadanya semua yang terjadi dan sebab-sebab aku menjauhi dirinya. yang pasti, aku masih tidak dapat meluahkan perasaanku terhadapnya walaupun hatiku memberontak untuk melepaskan segala perasaanku sebelum kami berpisah.

suasana pada malam itu kurasa sangat romantis. hujan renyai-renyai dan kata-katanya, “kalau kau lihat hujan yang turun renyai-renyai seperti sekarang ini, kau ingatlah pada malam pertemuan kita yang terakhir sebelum tamat pengajian.” hatiku menangis. terus terang, saat perpisahanlah saat yang paling kutakuti. aku tahu aku akan sangat merinduinya. kerana sejak setahun ini kami tidak pernah berpisah lama. kami juga kerap bersama danĀ banyak perkara yang telah kami lalui walaupun kami bukan pasangan kekasih. saat yang kutakuti akhirnya tiba dan kami berpisah pada malam hujan turun renyai-renyai.

menunggumu

yesterday once more

when i was young i listen to the radio, listen to my favourite song, when it played i sing a long and that’s make me cry…
kenangan lalu akan sentiasa menggamit memori. kadang manis,masam, kadang pahit dan kadang-kadang pahit macam hempedu. apapun kenangan itu, ia tidak mungkin akan menghilang kerana ia telah menjadi sebahagian dari lukisan yang mewarnai cadar hidup kita.