hujan

173983_hujan_663_382

(n.) titik-titik air yang berjatuhan dari udara. sering membuat genangan, kadang juga membawa kenangan

dalam hujan ada lagu yang hanya dapat didengar oleh mereka yang merindui sesuatu. senandung rindu yang menggamit ingatan masa lalu

katakan kalau hujan adalah utusan langit untuk bumi menghantarkan surat rindu yang tak tertahan selama enam bulan dalam 365 hari, lalu setelah ia selesai menjalankan tugas, hujan menyapa ramah tanah, mengajaknya bermain guli atau sekadar berlarian riang menyambut kedatangan pelangi

yeeee saya sangat jiwang pada pagi yang berjerebu ni…pagi ni, Kuching mencatat IPU 93. biasanya aku akan check status terkini IPU di website Malaysia Tercinta (http://www.malaysiatercinta.com/2013/06/indeks-pencemaran-udara-ipu-malaysia.html). kat sini, ia mencatatkan IPU secara real time di lokasi anda atau kawasan sekitarnya. nak tau pasal IPU ni, boleh la jenguk2 website ni dan ambik tahu apakah status terkini IPU di kawasan anda dan apakah tahapnya…

i am you secret admirer….

dear Mr. NH…

tak sangka kita akan bertemu lagi selepas 8 tahun berpisah. masa tengok awak di antara barisan fasi, saya terkejut. agaknya kalau mata nie tak ada kelopak, dah terkeluar biji mata saya tengok awak (huhu)…

penampilan awak sekarang, tak sama macam dulu. sekarang awak nampak lebih kemas. rambut pun dah tak hitam lagi macam dulu. sekarang rambut awak dah berwarna dengan stail rambut belah tepi. jauhnya beza penampilan awak dulu dan sekarang…

awak, kalau la saya ni muka tak malu…saya akan sapa awak. saya nak tanya awak dah kawin ke belum…kalau dah kawin dah berapa orang anak…dan yang paling penting, saya nak tau awak sedar tak kewujudan saya di kolej matrikulasi dan di universiti tempat kita sama-sama menuntut….

sayangnya, mulut saya berat nak menyapa apatah lagi bercakap dengan awak. saya pura-pura tak kenal awak (huhu….Tuhan ja yang tahu seksanya saya setiap kali awak dekat dengan saya)…curi2 saya tengok awak, walaupun kadang-kadang pandangan mata kita bertemu…saya pura-pura pandang ke arah lain.

kalaulah awak dapat baca perasaan saya…

 

I look down at the ground
I cannot meet your smile
I cannot look into your eyes
I cannot gaze upon your sweet vision..

My shiny hair falls delicately
Over my blushing face
And the secrets within me
Linger behind these hazel eyes..

My thoughts flash back and forth
Remaining here and there
Wanting to escape
Wanting to be told..

I hold my mouth shut
And let my eyes do the talking
I look at you bashfully
My eyes full of hope and love
Because behind these hazel eyes
Lay the secrets that wish to be revealed..

You look at me carefully
Not daring to believe
The secrets I am trying to expose..

Doubt fills your mind
Until you clearly see
That little smile
Placed carefully upon my sugary lips
And the sparkle of adoration
That floats behind these hazel eyes..

You gently pull
My face to yours
And place a gentle kiss
Upon my soft lips..

And as love drifts around

mimpi

bangun dalam keadaan mengejut pagi tadi. mimpi yang agak indah itu terhenti separuh jalan. bila kenangkan balik, berdebar-debar plak hati ni. maklumla…hero utamanya adalah seseorang yang pernah menjadi insan istimewa dalam hidupku. siapa sangka wajah itu akan muncul lagi dalam hidupku…dengan jalan cerita yang penuh harapan…semoga itu hanya mimpi kerana aku dah tak sanggup lagi menahan kesedihan setiap kali memikirkan tentang dia. fullstop…

layan jiwang

dah lama tak menulis. bila online pun, online ngan henpon baru…sony ericsson experia x8…tu pun just buka facebook. bila dah online phone, laptop pun dah tak tengok lagi (hehe…bongkak tu..) malam nie nak layan jiwang. dengar lagu fevret yang dah lama tak didengar. akhirnya ku menemukanmu…check the lyrics out!

akhirnya kumenemukanmu
saat hati ini mulai merapuh
akhirnya kumenemukanmu
saat raga ini ingin berlabuh

kuberharap engkaulah
jawaban segala risau hatiku
dan biarkan diriku
mencintaimu hingga ujung usiaku

Reff:
jika nanti ku sanding dirimu
miliki aku dengan segala kelemahanku
dan bila nanti engkau disampingku
jangan pernah letih tuk mencintaiku

nak menyanyi tapi, takut plak orang rumah marah. sapa suruh buat bising tengah2 malam…apa2 pun, nyanyi dalam hati je la…yang penting hepi. rindu kat dia, dia dan dia…erm, really a big problem. kata dia yang no.3, aku buat diorang macam coffeemix 3 in 1. semua sama rasa…huhu. betul ke macam tu? tak terniat pun nak men3kan diorang tapi, aku rasa…aku masih ingin memilih antara ke3 mereka, siapa yang patut jadi teman hidupku. sounds selfish but…i don’t know how to help myself with this.

whatever. layan lagu nie dulu….

…[silent mode]…

mula-mula dengar lagu ayat cinta, kemudian tercipta untukku dan sekarang, tanpa kekasihku…sungguh hati ni tersentuh. kenangan-kenangan lalu semakin sesak mengisi fikiranku dan nama itu hadir kembali setelah sekian lama…

sangat rindukan dia. beberapa bulan tanpa khabar, dia tidak menghubungiku tapi ada sekali aku menghubunginya namun tiada balasan. hampa, namun siapalah aku untuk mengharapkan balasan itu. jujur, sehingga kini nama itu tidak dapat kulupuskan dari ingatan kerana pada bila-bila masa, pasti ada sahaja perkara yang mengingatkan aku padanya. bila terkenang dia, mulalah aku tertanya-tanya bagaimanakah keadaan dia sekarang? apa yang dilakukannya? apakah dia bahagia? adakah dia sudah punya kekasih @ mungkin seorang isteri? dan yang paling teruk sekali, persoalan yang muncul difikiranku adalah adakah dia masih ada di dunia ini? [huhu..sangat sedih bila fikirkan dia ‘pergi’ tanpa kusedari]… walaupun sudah lama terputus hubungan, aku berharap dia masih mengingatiku dan sudi menghubungiku walau hanya sekadar satu perkataan ‘salam’…agar aku tahu, dia masih ada dan tidak meninggalkanku tanpa berpamitan. [ntah apa la yang aku fikirkan nie!]

malam 7 likur

sekali lagi, bulan ramadhan ni mengingatkan aku kepada seorang insan yang pernah mengisi hidupku. sungguh pun hubungan itu telah lama berakhir, namun memori yang terukir masih tetap ada di dalam ingatanku. aku masih sayangkan dia. dan sehingga kini masih tetap mengunjungi [more to stalking] facebook dia. huhu…tak pasti sampai bila rutin ini akan terus berlaku dalam hidupku. yang pasti aku ingin sentiasa tahu perkembangan dirinya. mana tau dia dah berkahwin,, bertunang ataupun dah ada teman istimewa. biarlah kehadiranku kini hanya sekadar angin lalu bagi dirinya…aku tak kisah.

malam ni malam 7 likur. raya tinggal beberapa hari lagi. duit plak dah hampir habis di belanja. rasanya raya tahun ni la kami belanja banyak giler! sabar je la. harap2 masih ada bajet untuk jalan raya nanti. dia dah janji nak jalan sama-sama raya tahun ni dan insya Allah akan datang ke rumah untuk beraya [bila pulak la dia nak bawak rombongan datang merisik ek…???]

please come back to me

minggu ni kurasa amat sukar sekali untuk bernafas. beban kerja kian bertambah. rupa-rupanya susah juga jadi SU Peperiksaan. banyak buat analisis dan guna aplikasi-aplikasi dan sistem-sistem yang sangat canggih dan memeningkan kepala. namun kesibukan ni sedikit sebanyak mengurangkan tekananku di rumah. konflik dengan dia juga mungkin boleh dikira langsung tidak ada.

tapi, masalahnya sekarang…kesibukan ini membuatkan aku lupa janjiku untuk memberikan jawapan kepada seseorang. hari isnin yang lepas, aku ber ‘chatting’ dengan pakcik. seperti biasa, dia pasti bertanya aku rindu tak kat dia. dan seperti biasa, aku takkan mengakui perasaanku yang sebenar terhadapnya. aku tidak mahu hatinya berubah. dia sudah jadi suami orang.

<pakcik> ko bila gik nak nikah?

<aku>belum gik. lamak gik kali

<pakcik>ney aku dengar ko dah ada calon

lama aku terdiam. berfikir, harus ke aku berterus terang dengan dia tentang statusku sekarang?

<aku> sik jadi

<pakcik>mun camya, ko nikah ngan aku jak.

terbeliak mataku membaca ayat di skrin laptopku. itulah impian yang pernah singgah di hatiku satu masa dulu. hidup bersamanya, menjadi pendampingnya. namun, impian itu sudah kupadam dan memori tentangnya sudah mula kulupakan sejak mengetahui dia akan berkahwin pada hujung tahun lepas. aku frust menonggeng, berendam air mata beberapa hari gara-gara itu. kenapa baru sekarang dia menyatakan kata-kata itu? kenapa tidak ketika dia masih belum menjadi milik orang lain? akhirnya, aku menguatkan hati untuk menganggap kata-katanya itu sebagai gurauan.

aku ‘mengutuknya’ kerana ada hati ingin berkahwin dua. dia menjawab, tak salah kerana itu sunnah nabi. aku pun berterus terang dengannya yang aku tidak dapat menerima poligami. aku paling benci poligami! kemudian, dia memaksaku mengaku bahawa aku rindukannya. dia juga mengaku dia merinduiku.

aduh…sakitnya bila mengingat perkara yang dibualkan semasa chatting tu. katanya, dia mahu memberikanku kasih sayang. jadilah kekasihnya dan dia akan memberikanku kebahagiaan. memberikan cinta yang tak sempat diberikannya satu masa dulu. dia mahu menjadi kekasihku sehingga aku menemui insan yang benar-benar mencintaiku. setelah itu berlaku, dia akan mengundurkan diri.

alangkah mudahnya berkata-kata. aku jadi emosi. kukatakan padanya, aku letih bercinta. bahagia hanya sementara dan di akhirnya pasti akan terluka.

dia kemudian mengingatkanku tentang kata-katanya suatu masa dulu, “kalau kau sakit, aku juga akan merasa sakit. kalau kau sedih, aku juga akan merasa sedih.” bagiku, apa yang dikatakannya hanyalah sekadar pemanis bibir. kalau benar dia dapat merasakan kesakitan yang kurasakan, kenapa dia kahwin dengan orang lain? kalau dia benar dapat merasakan apa yang kurasa, kenapa dia tidak merasakan perasaan cintaku terhadapnya?

Ya Allah…sedihnya aku rasa sekarang. Jap lagi, mesti hujan turun lagi. kenapa begini akhirnya???

kami dan kenangan

aku keluar dengan bestfriendku, aien dan christina dua hari lepas. mula-mula menjemput mereka berdua di rumah Aien di kuarters PERYATIM. hah, awal2 lagi dah kena gelak ngan budak dua orang tu sebab aku pegi tempat yang salah. rupa-rupanya, kuarters PERYATIM tu di luar Kompleks PERYATIM. isk, harap2 orang kat situ tak perasan kedatangan aku. lepas jemput Aien dan Chris, kami terus ke Terminal Bas Batu 3 untuk membeli tiket bas ke Bintulu. Settle hal tiket, kami ke Boulevard – tak jauh dari terminal bas. Sekali lagi…aku buat lawak bodoh. tersilap tekan butang interkom la pulak. patut la tiket parking tak kuar2. isk…ketawa sampai sakit dada. hampeh betul la…macam mana aku boleh malukan diri sendiri macam ni. di boulevard, kami mulakan misi window shopping. hehe, tengok2 je. sekarang ni mana ada fulus nak borong barang2 tu. sakit mata tengok tag diskaun 70% yang bergantungan kat kompleks membeli belah tu… lebih sejam, chris pun mengadu sakit mata jugak n ajak kitorang gi cuci mata. so, kitorang kuar dari boulevard dan terus ke waterfront…

duduk dan makan aiskrim d waterfront sampai 6.30 petang. masng-masing berkongsi cerita tentang kehidupan bergelar seorang guru. pelbagai cabaran dan ragam manusia yang perlu dihadapi. kisah rakan-rakanku membuatkan aku cukup bersyukur dengan apa yang kumiliki sekarang. ternyata aku cukup bertuah kerana dihantar posting di sekolahku sekarang.

lapar…kitorang menjamu selera di Raja Ayam Penyet tak jauh dari Masjid India. sedap la jugak…sekurang-kurangnya terubat rindu kat nasi lalapan yang kitorang selalu makan di Miri. huh.

7.00 malam, hantar chris ke terminal bas. sedihnya saat-saat perpisahan. sebelum balik, chris kata ada rahsia yang nak diberitahunya. isk, apa pulak la rahsia yang budak ni simpan? finally…argh!!! chris pun dah kawin rupanya. cis, sia2 je aku kira dia sekali masa tengah kira berapa orang lagi classmates kitorang yang belum kahwin. hm…patut la dia ngan Aien sengih2.

sebelum balik, singgah sekejap di rumah Aien. huhu…gembira tengok kehidupan dia dan suaminya. best juga rupanya dah kahwin ni. aku tengok wajah diorang berseri-seri. dan yang paling ketara, perubahannya ialah kulit Aien dan suami dia macam makin cerah je. hm, ada kaitan ke kahwin ngan perubahan warna kulit???

Lastly, minta tolong Aien dan husband dia iring aku balik. dah pukul 8 lebih, aku rasa takut plak nak drive sorang-sorang. menyusahkan orang je. sempat sharing ngan Aien tentang hidup aku sekarang. itupun lepas Aien komen pasal kekurusan aku… Haha…kalau tak ada orang tegur, memang aku tak perasan tentang perubahan diri aku.

ok lah. cukuplah cerita hari ni. saje je nak luahkan feeling… 😉

kisah semalam – Sarawak Cultural Village

dapat bangun lewat sikit hari ni. semalam Guru Besar cakap tak perlu datang ke sekolah. terus datang ke Kampung Budaya (Sarawak Cultural Village) memandangkan rumahku tak jauh dari situ. seronoknya, dapat juga bangun lewat sikit hari ni. selepas mandi dan berkemas…aku memanaskan enjin kereta. alamak! penanda aras minyak berkelip-kelip. hm, terlupa beli minyak. nasib baik kedai depan rumah tu ada jual minyak. selamat… 8.30 aku bertolak ke Kampung Budaya Sarawak…

8.45 sampai di parking lot tapi rombongan sekolah kami masih belum sampai. jadi, aku duduk menunggu di dalam kereta. berbual sekejap ngan buah hati tercinta. tak dapat bual lama-lama sebab dia kena g perbarisan. sempat lagi dia puji aku ‘comel’ semalam. hehe…makaseh abang…

9.15 – sampailah rombongan sekolahku. aku mengekori mereka dari belakang. nampak je kelibatku, semua kelihatan terkejut. hehe, surprise! diorang tak tau aku akan menyertai mereka dalam lawatan kali ni menggantikan Cikgu Ann. budak2 tu nampak gembira betul sebab sebelum ni diorang memang harap sangat aku dapat ikut diorang. akibatnya, semua nak ikut aku. nak jalan sama-sama, duduk sama-sama, ambik gambar sama-sama…dan sepanjang lawatan tu asyik nama aku je yang kena sebut. aduh, malu juga rasanya. tapi, yang best nya…dapat imbas balik zaman sekolah rendah dulu. percaya tak kalau aku cakap, dulu aku pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tarian tradisional? ha…disebabkan hal tu la aku selalu ke kampung budaya zaman sekolah dulu. memang seronok. selain dari ikut kumpulan tarian, aku pun pernah belajar main angklung…bangganya bila bercerita ngan budak2 tentang ‘zaman kegemilangan’ku dulu. 🙂

letihnya berjalan…perut pun rasa lapar. lepas belajar buat cincin manik, 12.45 baru dapat makanan. tiba-tiba aku panik. aiks, mana kunci kereta aku ni? habis isi beg aku selongkar. budak-budak dan cikgu-cikgu lain pun jadi panik. apa lagi aku yang takut sangat kalau-kalau aku tertinggal kunci di dalam kereta dan pastu kereta aku dibawa lari. sungguh-sungguh aku berdoa supaya kereta aku masih ada di parking lot dan kuncinya pun masih ada. tau apa terjadi? aku terselamat! kereta dan kuncinya masih ada di tempatnya. Alhamdulillah…masa tu aku rasa bersyukur sangat. marah juga pada diri sendiri sebab cuai sangat. nasib baik kereta aku tak dibawa lari. kalau tak…menangis air mata darah aku agaknya.

2.00 petang aku sampai di rumah. tau apa lagi yang tertinggal? kuih baulu coklat dan kuih cincin yang aku beli kat kampung budaya tadi…huhu….apa punya perempuan la aku ni? apasal pelupa sangat sejak akhir-akhir ni? teruk betul.

hm…perkara nak berlaku. apa pun, aku masih happy atas apa yang berlaku semalam. jumpa ngan buah hati yang dirindui. sekejap je…tapi cukup buat aku lupa nak buat kad ATM baru, lupa nak isi minyak kereta. hahaha….