welcome september

one-of-the-simplest-ways-to-stay-happy-is-to-let-go-of-all-the-thing-that-make-you-sad-letting-go-quote

something happened this weekend. date yang tak menjadi sebab hero missing in action. how frustrated i am.. 😥 mungkin memang dah tertulis dia bukan jodohku. sayangnya, persahabatan 5 tahun berakhir dengan propose untuk kuar dating. kalau tahu, memang aku takkan ajak dia kuar dating. now, aku cuba nak melupakan apa yang dah berlaku antara kami berdua. sakit tapi, harus dilakukan.

1 september, letting go the past. moving on with new life. kamu, tq sebab pernah singgah sementara memberikan senyuman di wajahku. semoga bahagia dengan siapa pun yang bakal kau temui. saya doakan yg terbaik.

Muncul Semula

Tajuk yang menyeramkan ke? Tak kot… dah hampir dua bulan tak update blog. Sibuk sikit. Lebih baik sibuk, supaya tak fikir sangat tentang dia. Memang, masih terasa sangat kehilangan dia. Tapi, hidup mesti diteruskan. Hidupku berjalan seperti biasa walaupun ada lompong kecil. Tak mengapa, time will heal the pain. (Eh, betul ke ungkapan ni?)

Minggu lepas, 10 hingga 11 mei, mengendalikan kem kepimpinan murid di sekolah. A bit stress guru-guru yang diharapkan, tidak memberikan kerjasama yang baik. Dahla bilangan peserta ramai, yang datang pulak sedikit. Apapun, yang penting kem tu berjaya dilaksanakan. Tak kisahlah orang asyik cakap kelemahannya. Ada juga pengajaran yang kami dapat. Orang yang mengkritik tu boleh jugak jadikan guideline untuk diorang plak handle kem motivasi hujung minggu ni. Biar diorang plak rasa macam mana nak handle bilangan peserta yang ramai dengan penglibatan guru yang sikit. Aku dan kawan-kawan, akan tengok dan perhati je. Sebab kitorang dah berhempas pulas bekerja minggu lepas. Hm, bila tym macam ni, harap sangat dia ada. Biasanya, dialah tukang bagi semangat. Boost up balik semangat sku. Dia akan cakap, pedulilah apa orang nak cakap. Yang penting kita dah buat all out. Itunyang selalu dia cakap. Walaupun dah berulang kali dia cakap benda yang sama, aku tak bosan. Sebab kata-kata tu dari dia!

Malam ni dinner hari guru di grand margherita. Dah prepare satu persalinan pakaian bertemakan oren, putih dan hitam. Hai, pening pala nak setting2 mekap2 ni… Bukan nak menonjolkan diri. Cuma, harap tak la nampak kolot sangat berbanding orang lain yang berhias sakan. Nak menarik perhatian lelaki? Tak terlintas sama sekali. Rasanya dah selesa bersendirian. Hampir setahun single, tak terfikir lagi nak mencari teman lelaki. Mak dengan kawan nya sibuk kenalkan aku dengan seorang lelaki tapi, hmmm belum ada feeling lagi kat dia. Hai, tak tau la macam mana nak cakap. Takde chemistry kot antara aku dengan dia. Sekarang ni, masing-masing buat hal sendiri.

Plan cuti semester? Dah beli tiket ke Sabah. My best friend’s wedding! Akhirnya….hehe. Antara kami bertiga, akulah yang terakhir menamatkan zaman bujang. Dah nasib… Tapi…ada ku kesah?.. 28 hingga 31 akan berada di negeri bawah bayu. Yang buat aku risau sekarang ni, lawatan GBK dari kelantan. Petang ni akan jumpa dengan pegawai JPN untuk taklimat tentang program tu. Apa-apapun, petang ni baru dapat confirm. Harap-harap cutiku takkan terganggu gars-gara program ni. Huhu, sapa nak ganti balik rm307 dan wonderful moment hang akan aku hilang if plan aku ni tak jadi?

Ok…masa menjaga exam dah nak tamat. Budak-budak dah mula bising. Hisy diorang ni…

kehilangan..masih aku terasa

melalui detik perpisahan dengan orang yang kita sayang amat payah untuk ditelan. apabila die pergi jauh dari dunia kita.sungguh maha pedih kenyataan itu..
hanya yang pernah merasai kehilangan tahu bagaimana luluhnya hati untuk menerima hakikat kehilangan itu..yang hilang tetap hilang..yang hilang itu cuma ada satu je dalam dunia ini..kalaupun ada pengganti..kehilangan itu tetap tak terpadam..hukum alam..sampai satu ketika..yang bermula pasti ada akhirnya..yang datang pasti akan pergi..yang bertemu pasti akan berpisah

Cerita Kita…

Actually baru lepas tengok cerita ni hujung minggu lepas dengan N. Ala, tak kisahla dia tu boyfriend atau bukan, yang penting sama-sama menghayati cerita tu. So far, memang best walaupun orang cakap, cite arahan Pierre Andre macam sampah. Ade ku kesah? Pandangan setiap orang kan berbeza… bagi aku, cerita ni buat aku terfikir bahawa cinta tu memang penting. Nak menjalinkan hubungan dengan seseorang pun mesti ada perasaan cinta juga. Dan, kenalah terima dia seadanya. Tapi kalau nak terima pun, berpada-pada la jugak.. betul tak???

kehilangan

dah lebih 2 bulan…dia pun dah pergi meninggalkanku untuk selama-lamanya. semalam hari lahir dia yg ke 29..tp dia sudah tiada lagi di sisiku. sangat sedih bila memikirkan orang yang disayangi pergi untuk selama-lamanya. lebih-lebih lagi dialah satu-satunya sumber kekuatanku selama ini. tanpa dia, aku kehilangan tempat mengadu, tempat berkongsi suka duka…selama tempoh 2 bulan ni, bukan tak pernah aku cuba luahkan kesedihan ni dalam blog tapi, aku masih tak mampu menanggung kesedihan setiap kali mengenangkannya. hari ini, aku kuatkan hatiku kerana aku dah tak tahu lagi ke mana nak meluahkan segala yang terbuku dalam hatiku selama tempoh “berkabung” ni…

terus terang, aku rindu suaranya..aku rindu kehadirannya disisiku walaupun dia jauh di seberang laut china selatan, aku rindu kata-kata semangatnya setiap kali aku bersedih, aku juga rindu usikannya. bagiku, dialah segalanya ketika aku rasa semua orang disisiku memandangku dengan sinis dan tanpa hormat. Ya ALLAH…air mata ini mula mengalir laju mengenangkan dia..

2 minggu lalu, aku terlibat dalam kemalangan. hujan sangat lebat, sehingga penglihatan menjadi sangat kabur. memandu sendirian membuatkan aku lebih berhati2..tetapi, tiba-tiba sebuah kereta dipandu laju ke hadapanku membuatkan aku panik.aku pantas menekan brek kerana berfikir, pasti keretaku akan menjunam ke bawah jambatan sekiranya aku membelok ke kiri.. lega kerana berjaya menyelamatkan diri. tiba-tiba keretaku dilanggar dari belakang. pemandu kereta di belakang memarahiku namun aku bersyukur kerana ada penunggang motorsikal yang menyaksikan perkara sebenar. dia memberitahu pemandu kereta itu dan membantu mengejar pemandu kereta kancil yang menyebabkan kemalangan. malangnya, aku terpaksa menanggung kerugian kerana terpaksa menanggung kos membaiki bumper keretaku yang rosak. pemandu kereta belakang tu tak mahu bertanggungjawab membayar kerugian yang kualami. it’s ok…Tuhan pasti akan membalasnya untukku nanti…

kemudian, aku dimarahi pula oleh Cikgu C dihadapan rakan-rakan sekerja. aku rasa sangat malu dan terasa seperti diperbudakkan. how come someone aged 28 like dipermalukan seperti itu? aku pun ada perasaan. dan aku bukannya melakukan kesalahan. i know what i should do. sekarang aku sangat benci kepada cikgu tu. i wont forget her for all her sins to me. kalau pertama kali dia marah macam tu, aku tak kisah…tapi dah berkali-kali. i have my own pride too…untuk cikgu C…dunia ni umpama roda. walaupun pada masa sekarang kau gah kerana berada di atas, suatu masa nanti, kau juga akan merasa bagaimana rasanya berada di bawah ketika maruahmu diinjak-injak seperti apa yang telah kau lakukan padaku.

this week became more stressful. kawanku kata, rumors tentang hubunganku dengan Encik Yang Gatal Miang tu dah tersebar dan diketahui orang kampung. aku rasa sangat malu. rasa demotivated untuk turun bekerja tapi, aku takkan mengabaikan tanggungjawab demi orang yang meaningless seperti mereka berdua.

at home….lagi stres. i wish i can get out of this house as soon as possible. but what’s the best reason to do that? rasa tersisih… my prince dah passed away dan i don’t have someone who will help me to get out of this hell…

kamu di mana?

rindu.sedih.marah. itu yang saya rasa sekarang. kenapa suka sangat buat macam ni? kalau dah suka, bagitau je. jangan buat saya macam ni. saya pun ada perasaan. tolong, jangan dipermainkan. walaupun dalam hati ni ada segunung cinta yg kuat untuk awak, tapi apa gunanya kalau hati awak untuk orang lain. apa gunanya kalau hati saya hanya untuk awak permainkan saja? [to be continued…]

kerna terpaksa

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tubuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka

sedih…kenapa harus berulang-ulang kali menghadapi situasi ini? dia menghilang lagi. kali ni langsung tak dapat dihubungi. entah kenapa…rasa terlalu penat bila terpaksa berulang ulang dan ulang kali melalui keadaan ini. adakah akhirnya nanti aku terpaksa menyanyikan lagu ini sebagai tanda pengakhiran hubungan cintaku?

target…

4 bulan lagi…kalau jadi, alhamdulillah. kalau tak jadi, terpaksalah terus menunggu ataupun beralih arah. apa tu? actually i’m still in love with someone..dah 4 tahun starting 2008. someone yg aku kenal from the place i get my degree. 🙂 dah plan dari awal tahun…hope semuanya berjalan lancar dan jadi kenyataan. bukan sekadar fantasi…takut tak jadi. kejadian yg lepas tu, buat aku trauma, fobia atau apa2 je perkataan yang seerti dengannya…tak mahu sejarah berulang lagi

persoalan yang terberat

ooohhh..ada lagi keluar isu ‘kahwin’. kahwin…kahwin…dan kahwin…makin bertambah usia, makin rasa tertekan plak. macam ni la rasa kawan sebilik ku dulu, masa dia berusia 28 TAHUN. ya tuhan…kenapa berat sangat permasalahan tak kahwin bila umur dah mencecah 28 TAHUN nie. memangla sekarang zaman dah berubah. tapi, tak semua orang dapat terima pemikiran bahawa, berkahwin di usia lebih 26 tahun ni is no big deal…pening kepala aku sekarang ni. fikir bila nak kahwin. dulu, masa belum capai umur 28 tahun, aku masih boleh rileks. tapi sekarang, tinggal beberapa hari aku rasa semakin muak dengar soalan, cerita dan apa2 je yang berkaitan dengan KAHWIN!!! oh no…nak je aku jawab, “nak buat macam mana, jodoh tak sampai lagi.” “nak buat macam mana, orang yang ditunggu tak datang2 lagi.” wahai manusia, cubalah faham keadaan aku sekarang ni. kalau aku nak kahwin, bila2 masa je aku tanya, confirm ada orang yang nak masuk meminang. masalahnya, orang yang aku tunggu tu….tengah menghilangkan diri. orang tu plak, macam tak faham2 plak perasaan aku sekarang. “awak, tolonglah faham keadaan saya sekarang. kerje, kerje jugak awak…jangan la sampai takde masa nak uruskan hal kita plak. stress saya macam ni tau tak…” huhu….

aku tak biasa

mungkin diriku harus pergi selamanya darimu….

Aku tak biasa bila tiada kau di sisiku
Aku tak biasa bila ‘ku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa bilaku tak memeluk dirimu
Aku tak biasa bila ‘ku tidur tanpa belaianmu
Aku tak biasa… Aku tak biasa…

Kucoba untuk terus berlalu dari hatimu, tapi tak bisa
Bayangan itu selalu menganggu dalam tidur, ‘ku menangis
Kini cintaku telah kaubagi
Tak sanggup kuhadapi semua ini

sedih…

pas tengok gemersik kalbu nie. tengok aqasha je, ingat dia. lebih2 lagi bila aqasha kenyit2 mata. huhu. teringat-ingat masa dia kenyit mata masa dia hantar aku ke UPM hari tu. aku terlalu rindukan dia. terlalu sayangkan dia dan terlalu takut kehilangan dia….